Monday, March 30, 2009

Serba Salah

Letter of Offer dari SPA dah selamat aku terima. Nasib baik this coming Thursday aku apply unpaid leave untuk exam di Uniten so lepas exam boleh aku rush for medical check up. Any idea, sesapa yg pernah buat medical check up untuk gov, kat mana ye senang nak buat?
So,sekarang just tunggu surat untuk tarikh lapor diri dari Kementerian Belia & Sukan je.

Apa yang membuat kan aku serba salah yelah...kan aku baru je start 2 minggu kat tempat baru nie....macam mana lah nak hantar surat resign. Ish serba salah tau..kesian kat depa......nasib baik under probition lagi..so boleh notis 24 hours.

Lagi satu yg dok bermain dalam otak fikiran aku nie yerlah..tempat posting..kalo Putrajaya oklah...tapi kalau jauh terpaksalah berkorban kan....lagipun aku mungkin aku ditempatkan di IKBN sebabnya tugas aku yg hakiki ialah memberi latihan dalam bidang yg sepatutnya. Maksudnya...masa aku di temuduga dulu depa inform kat aku mungkin aku akan jadi trainer dalam kursus pramusaji dan F&B di IKBN. Sebabnya, bersesuaian lah dgn apa yg aku study kat UiTM dulu Hotel Management. So, di Malaysia nie hanya ada 3 IKBN shj yg menjalankan kursus nie iaitu IKBN Alor Gajah, Kuala Kubu & Miri. Harap2 dapatlah yg dekat.Amin.Doakan aku yer semoga dipermudahkan segala urusan.

1

Friday, March 27, 2009

Tagged

Pn Wahida telah Tagged saya..so...sebab sy tgh free skg..boleh lah jawab yer

1.If u can have a dream to come true, what would it be ?

Dream, ikut kan hati aku memang banyak perkara yg diidamkan.....rumah besar,kereta besar, semua besar2 ..tapi ku masih sedar diri kemampuan yg ada. Apa yang ada sekarang syukur lah Alhamdulilah, suami yg best, aina yg bijak , rumahtangga yg aman, rezeki yg murah dan diberkati dan kesihatan yg baik cukuplah.

Tapi kalo suruh berangan dan menjadi realiti tentulah nak MONEY yg berjuta2 lemon. Boleh?mata duitan ker aku..?ala berangan...tak kisahlah....mana tahu jadi realiti kan..kan

2. What would u do with a billion dollars?

-Bayar hutang
-shopping
- pi haji bawak semua satu keluarga
-rumah besar
-kereta gedabak
- pi melancong
-sedekah
- shopping
-shopping
-shopping
-TAK PAYAH KERJA DAHHHHHHHHHHHHH

3. How would u see yourself in ten years time ?

wow..masa tu pun umur dah 37 tahun...so harap2 hidup dah betul2 stabil dikelilingi anak2 yg bijak dan soleh sekurang2nya 3 org kan...baba?

4. What's the first thing u do when u wake up ?

Tengok sebelah...Aina tidur lagi ker...selimut dia terbuka tak..pampers dia bocor ke....

5. Name a friend whose name starts with the letter 'F'

Feeza (rakan sekerja baru kat sini)

6. Why did u answer & post this ?

La..sebab wahida yg paksa suruh aku balas tagged nie :-))

7.List 6 people to tag :

Aku dah lama tak tagged people kan? so....tagged nie diberikan kepada

- Kak Intan
- Nur
- Ealyie
- mamadanish
- Kak Non
- Zetty

Thursday, March 26, 2009

Alhamdulilah####Update

Alhamdulilah!!!!


Berita yang aku nantikan berminggu2 akhirnya menjadi kenyataan.

Alhamdulilah..Syukur ke HadratNya............!!!!!!Syukuran Ya Allah!


Update:

Tahniah ! Anda telah berjaya dan surat tawaran akan dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan.Kementerian/Jabatan : XXXXXX

Alhamdulilah

Tuesday, March 24, 2009

Tagged

Aku gatal nak buat tagged nie, w/pun tak de sape yg sudi tagged aku.Padahal ada tagged yg masih belum di balas. Sajer jer takde idea to update.

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Cartoon.Terpaksa lah mengalah dengan Aina.

2. You’re out to eat, what kind of dressing does he get on his salad?
So far apa yg aku letak itulah yg dia makan.

3. What’s one food he doesn’t like?
Spagetti Bolognise.Nape ntah tak boleh masuk katanya.Padahal tu lah apa yg aku n Aina suka makan.

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Teh Halia..makan ikut mood dia.

5. Where did he go to high school?
SMK Bangsar,KL

6. What size shoe does he wear
8

7. If he was to collect anything, what would it be
Car, itupun kalo dah kaya raya.

8. What is his favorite type of sandwich?
Sekarang nie dia tengah addicted cheese sandwich,siap bawak bekal tu.

9. What would this person eat every day if he could?
Double Cheeseeeeeeeeeeeee Burger

10. What is his favorite cereal?
Takde kot..ape2 je dia tak kisah

11. What would he never wear?
Baju ala2 Superman.Nak mampos!

12. What is his favorite sports team?
McLaren F1

13. Who did he vote for?
Ntah.

14. Who is his best friend?
Banyak seh, tapi gue juga tempat meluahkan masalah.

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Shooping.

16. What is his heritage?
Melayu + Benggali ..Penang Mai

17. What is his favourite colour?
Blue

18. What is his habit?
Pantang tgk cicak, siaplah cicak tu. Pantang jumpa Watson/Farmasi yang sewaktu dengan nya...huhuhu lama betul duk dalam tu.....macam perempuan.Complete set pencuci muka n pelembab.

19. What is he proud of?
Her doter.

20. Lastly, do you think he will read this?
Maybe yups maybe nops,tak kosa kot dia nak baca.

Hapdate

Alhamdulilah...sudah seminggu aku di tempat baru...semua nya berjalan lancar, persekitaran dan rakan sekerja semua ok....kira satu kepala lah. Aku masih dalam proses belajar banyak benda, sebelum ditugaskan handle any course . Buat pengetahuan aku bukan bekerja dalam gov tapi di salah sebuah Uni. College di Sunway nie. Result SPA tu sampai sekarang aku masih tak tahu, setiap hari check dalam website depa still tak update....tension gue. Yang datang surat panggilan temuduga lagi, lepas nie malas dah aku nak pi.


Ok Chau..

*** tO wAHida n kak Intan...hutang tagged nanti ku bayar.Sori.


Wednesday, March 18, 2009

Busy

Aku busy sekarang nie, nak merayap blog korang2 semua pun tak sempat...boleh pulak time aku masuk nie intake new student...n this uni. college sibuk apply new system . huhu terkejar2 aku belajar nie ha..new things bagi aku.
Okielah..ada masa aku update, byk cerita nak story nie ha.


Monday, March 16, 2009

1st Day

Hari pertama aku di tempat baru. Just duk lepak menunggu kerja.Tunggu PC baru n curi2 update blog nie ha.hehehhee


Thursday, March 12, 2009

Makanan dan Kepintaran Anak

Artikel ini adalah dicedok tanpa kebenaran dari sini.

Faktor Pemakanan Anak menjadi Pintar.


Untuk membentuk anak yang ceria, cerdik dan cemerlang memerlukan kesabaran dan penelitian yang penuh dari kedua ibu bapa. Anak yang ceria adalah anak yang periang, anak cerdik adalah anak yang pintar dan cerdas minda manakala anak yang cemerlang adalah anak yang gemilang dan istimewa, dari segi fizikal dan mental.

Dalam memastikan anak-anak anda ceria, cerdik dan cemerlang, anda perlulah memberikan perhatian yang lebih kepada pemakanannya. Ini kerana 20 peratus dari apa yang dimakan oleh anak-anak anda akan ke otak. Makanan inilah yang akan membentuk fizikal, otak, fikiran, perasaan dan tingkahlaku.

Makanan terbahagi kepada dua kategori iaitu makanan neurofilik dan makanan neurotoksik.

Makanan neurofilik adalah makanan yang akan merangsang perkembangan otak dan saraf. Manakala makanan neurotoksik adalah makanan yang meracun otak dan saraf.Makanan neurofilik adalah seperti ikan, kekacang dan kekeras, bijirin, sayuran, buah-buahan, kismis, tamar, kurma, susu dan makanan dari susu, ayam, gula semulajadi (enau), koko atau coklat, belalang kunyit, majerin sayuran, minyak sayuran, beras warna coklat, roti mil penuh, ubi kentang, ubi keledek, madu lebah, daging tanpa lemak, makanan laut yang mengandungi iodin dan telur.

Makanan yang disenaraikan di atas adalah makanan yang boleh mnecerdaskan fikiran, menjadikan seseorang itu rajin, mencerdaskan akal, meningkatkan daya fikir, kreatif, menajamkan tumpuan dan ingatan, menghilangkan rasa resah, runsing dan takut, meningkatkan semangat serta menghilangkan bosan.

Sementara makanan neurotoksik adalah seperti aiskrim, air berklorin, cuka, asam, jeruk, biji dan ulam gajus, biskut dan kek, buah pala, kepala ikan, kicap dan garam, gula, kopi dan teh, makanan yang berminyak, belacan, budu, cencaluk, dadah dan makanan segera serta makanan ringan.

Makanan-makanan di atas akan menyebabkan mengantuk, malas, hilang ingatan, lupa dan gangguan emosi. Ini bukanlah bermaksud anda tidak boleh mengambil makanan neurotoksik, tetapi adalah memadai anda mengambilnya dengan jumlah yang sedikit.

Faktor pemakanan haruslah diambil kira oleh ibu bapa bagi melahirkan generasi yang ceria, cerdik dan cemerlang. Harus diingat, makanan yang diberikan kepada anak-anak anda akan menjadikan mereka seorang yang positif atau negatif. Anda sebagai ibu bapa tentunya ingin melihat anak anda sentiasa ceria, cerdik dan cemerlang dalam kehidupan. Dengan itu berilah makanan yang berkhasiat kepada mereka.

Wednesday, March 11, 2009

Petai


Petai,
Setiap kali sekiranya kami pulang ke N9, acara wajib adalah membeli petai di Kuala Pilah. Apa yang kami suka petai2 disitu,amatlah berpatutan dan segar.
Mr Hubby suka, abah aku suka, mak aku suka, adik aku suka, aku pun suka..taste orang kampung beb.
Tapi Mr Hubby lebih suka kan petai yang di rebus dahulu.

Petai contain three natural sugars -sucrose, fructose and glucose - combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute workout.
No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression: According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

PMS(premenstrual syndrome) Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anemia: High in iron, petai can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.

Blood Pressure: This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it the perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power : 200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Constipation : High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

Hangovers: One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Heartburn: Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief. Morning Sickness: Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites: Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation. Nerves: Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight : Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

Ulcers: Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control: Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In hoiland, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affective Disorder (SAD) : Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.

Smoking: Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress: Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.

Strokes: According to research in "The New England Journal of Medicine, " eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%"


Warts: Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape!

Tuesday, March 10, 2009

Ragam Aina Part 2

Entry yang berikutnya adalah Auto-Publish.(saya becuti sehingga 15th March) ~~~ bercuti2 di rumah~ kalau saya rajin saya online~ harap2 Maxis line takder masalah ~ w/pun saya berhajat untuk membatalkan perkhidmatannya kerana services yg tidak setimpal bayaran tetapi kontrak ku masih tinggal beberapa bulan~

Apabila anak membuli baba nya.


Case 1



Isnin lepas, di parking lot apabila kami tiba dari kampung.Setelah memunggah semua barang di dalam kereta ..... Aina membantu dengan membawa bantal & bebe. Tiba2, jiran kami mahu keluar bersiar2 bersama anak isteri,Mr Hubby yg peramah pun pot pet pot.....aku dan Aina berjalan bersaing terhegeh2 menuju ke tangga, tiba2 Aina berhenti dan pusing semula ke arah baba dia yang masih pot pet pot pet dengan jiran itu, pantas Aina menjerit "Baba, balik!!"(diulangi 2 atau 3 kali apabila disedari baba dia tak dengar) "baba,balik!!!^&^^&*&8*(&^&^(sambil potpet marahkan abah dia)aku pun tak faham..aku gelakkan jer.



Case 2



Malam semalam kami bersenang lenang di depan TV sambil menonton cerita yg mengarut(Julia Juli) walaupun mengarut aku tgk juga,sebab aku sukakan gaya Dynas.
Mr Hubby seperti biasa akan pot pet pot kan sesuatu..(huhuhu tak penat ke dia bercakap).Aina yg ketika itu,sedang leka bermain block dan menyepahkan buku2 dan majalah2 mama, menyedari yang ketika itu baba sedang memperkatakan sesuatu.

Terus Aina berkata..."Baba,diam.*&*&*&)&70,diam.....shhhhh"sambil diletakkan jari dibibir menyuruh baba dia berhenti bercakap.(aku dah bantai tergelak)
Baba dia tk puas hati ,so bercakap semula. dan Aina mengulangi perkataan yang sama "Baba,diamm..shhhhhhhhhhh..(*(&&^&889"sambil berdiri dan mecengkak pinggang.Hahaha padan muka baba..heheheh



Ragam Aina Part 1

Sejak akhir2 nie ragam Aina memang menggeli hati aku n Mr Hubby.



case 1



Sekarang sekiranya, aku hilang dari pandangan mata kasar dia even 5 minit je,dia akan mencari pelusuk rumah. Semuanya bermula , beberapa minggu lepas apabila MIL datang ke rumah....ketika tu pagi Sabtu aku ada class around 8am,so ketika Aina masih lena diulit mimpi, Mr Hubby hantarkan aku dan tinggalkan Aina bersama MIL.



Tak jauh pun class hari tu kat Serdang je, so dengan harapan sempatlah Mr Hubby sampai sebelum dia bangun.Tetapi, seperti dia tahu2 jer mama dan baba dia tiada,dia pun bangun sambil mencari2 ,sekali MIL datang untuk memujuk...mula lah dia meraung tak ingat. MIL keluar dari bilik...dia diam,duduk di sudut katil sambil menutup muka..taknak turun dari katil dan keluar dari bilik sehinggalah baba dia balik.



Ketika Mr Hubby jemput aku tengahari tu,di bawanya Aina bersama yang ketika itu sedang enak diulit mimpi di seat hadapan. Apabila aku,terjah masuk kereta duduk seat belakang dan bersuara, terus sepantas kilat dia bangun dan melompat ke blakang sambil memeluk aku dan tersengih2 seperti sudah bertahun tak jumpa.



case ke2

Last Saturday, aku ada mid term exam di Uniten. Just 1 jam jer...so decide bawa Aina sekali and Mr Hubby ditugaskan mengawasi kerana selepas exam kami akan pulang terus ke N9. So,aku tinggalkan depa breakfast kali ke2 di Kafe (padahal sebelum tu dah melantak nasi lemak kat restoran mamak). Aina yang ketika itu tidak menyedari kehilangan aku ke exam hall,enak menyamu mihun goreng dengan begitu asyik.


Dalam 1/2 jam aku berjaya menjawab kesemua soalan dengan begitu yakin sekali &%%#$%$%.Dari atas sudah kelihatan kelibat Aina dan kedengaran suaranya. Begitu berhati2 aku menuruni tangga exam hall d lobby library Uniten itu,gayat aku.Ketika di 2nd floor, Aina sudah mula perasan kewujudan aku di situ, so bermula lah drama,apabila dia terus berlari meninggalkan baba dia, sambil menangis tak ingat punya, bergema lobby tu dengan teriakan nyaring Aina. Semua disitu melihat perilaku dia, yg seperti kehilangan seorang mama.


Mr Hubby membuat laporan,sebelum tu dia sudah mula mencari2 aku,tetapi mungkin disebabkan dia sembunyikan perasaan untuk menangis..tu yang bila nampak jer aku..habis diluahkan perasaan dengan teriakan anak kehilangan ibu.

sambungan

Tiada selera


Sat tadi aku gatal turun ke 7eleven, so hajat dihati nak beli majalah,belek2 punya belek..takde pulak yg berkenan dihati, so tgk ice cream, rasa nak makan ice cream,so capailah Cornetto Royale nie, TAPI setelah dibeli dan membayar datang pulak angin tak de nafsu nak makan..terus makan dgn tiada perasaan. rasa nak termuntahlah...maybe aku makan banyak sangat masa lunch hour tadi (farewell lunch at Restoran sri Ratu Nasi Pandang **** test bos aku..so makan jerlah). So, ice cream tadi separuh jerlah aku makan...dah rasa nak termuntah balik nie..huhuhu.

Esok sampai 15th March..aku bersantai2 melayan Aina di rumah..cuti beb....


Balik Kampung


Aina & her cousin (Abam Ayoi) Aina panggil Abang=Abam

Sempena cuti Maulidur Rasul we all balik bercuti ke kampung aku. So,lepas exam di Uniten hari sabtu lepas we all pun bertolak balik. Cuma di area Nilai jammed sikit dan di laluan Bukit Putus yang di buka satu laluan akibat tanah runtuh last week. So far, tak lah teruk sgt jammed nya.
Semalam dah balik Puchong semula.Aina still lagi terbayang2 atuk abah n tok mak dia.


Friday, March 6, 2009

Hari2 Terakhir

Fuh! hari-hari terakhir.....di company nie, di office ni, di meja dan kerusi ni, di depan PC nie....
lepas nie semua saat kat sini pasti aku rindu yang amat sangat. 10 March adalah hari terakhir aku di sini. Selepas itu, 16th March bermulalah episod baru aku di tempat baru.

Jika nak disenaraikan pasti banyak yg aku akan rindui di sini

1) saat bersarapan dan lunch together2 dengan MR Hubby~~~ saat yg pasti aku rindui lepas nie sekarang nie pun dah terasa since Mr Hubby sudah transfer ke HQ start early month hari tu.

2)saat meroyan di Pavillion, Sg Wang,Lot 10, Bazar belakang The Weld dll. Lepas nie aku meroyan pulak lah kat Sunway Pyramid.

3) saat bersenang lenang bila waktu petang ~ bos aku selalu chau awal dalam pukul 4 dah blah..so lepas tu waktu enjoy kalo tak bz ` tapi lepas nie.....huhuhu

4) saat merindui balik awal ~ aku selalu chau pukul 5 (bos suruh ok) w/pun punch out pukul 6 ,
tgk betapa mulia hati bos aku~ yg pasti akan ku rindui kebaikan bos aku tu

5) rakan2 sekerja yg kekadang bikin hati aku panas tapi sbnrnya depa tetap best dan baik ngan aku. Ms Sia & Mr Chooi u're the best (depa baca tak blog aku nie)

6) saat mintak cuti suka hati bapak aku~ bos just sign jer borang cuti tanpa tanya apa pun ~ bab tu yg aku suka

10 March nie,sbnrnya aku half day, so depa arrange farewell lunch untuk aku .Tapi, disebabkan syg nak tinggalkan depa aku kerja full day lah.



Photo folder tagged

This tag comes from my sweet cousin. TQQ

Instructions:-

-Go to your photos folder in your computer.
-Go to the 6th folder of photos. (alamak,byk gambar sudah delete. Semua dalam laptop kat rumah.faham2 jerlah dah nak resign nie,so aku just letak apa yg ada dalam folder yer)
-Go to the 6th picture in that folder.
-Put the picture on your blog and description of it.
-Invite six friends to join the challenge.


Rasanya ramai dah buat tapi aku tagged juga my best friend.IDA buat yer!!!!
-Link them in your blog and let them know they have been challenged.



Okie...Inilah gambar nya!


Masa nie Aina 6/7 bulan kot..lupalah..kat Mid
Valley...tgh sibuk shopping kat Jusco adalah pulak
JOHNSON'S® baby buat roadshow untuk "Baby
of the year" ,secara kebetulan pulak masa tu aku beli produk depa..so dapatlah
snap this picture.
Tak dapat masuk pun.....saja suka2. Time nie
pulak Aina tengah meragam nak tidur,punya seksa nak kasi dia tersenyum....susah
bangat, dah macam badut sarkas dah aku ngan baba dia kat situ.

Okie dah :: settle satu tagged .Ida jangan lupa buat yer!!!!!



Thursday, March 5, 2009

Clik clik !

Sebenarnya dari pagi semalam hingga ke saat ini kojer aku ialah clik clik DI SINI

Jenuh dah aku check tetapi result yang dinanti2 tak juga muncul....suppose semalam dah keluar result temuduga aku tu...tetapi..hingga saat ini .....ayat nie jer yg keluar

Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini.

Ish depa nie betul lah...buat aku ternanti2.

Okie..nak pi check lagi nie ..harap2 adalah sinar baru. :-))

****** Hapdate : 06/03/09 (2:05pm) : still tak update lagi.huhuhu.


Wednesday, March 4, 2009

Penyakit M

Berkarat sudah blog ini apabila tuan punya nya sudah lama tidak update. Bukan apa,cuma penyakit M kalau datang...memang tak dapek nak menolong.
Lagipun., sekarang nie aku sibuk settle kan kerja2 yang bakal aku tinggal kan di sini....menimbun pulak tu...coz last day aku di sini on 10 March, so kiranya dapat lah bercuti sebelum start bekerja di tempat baru on 16th March.
.
.
..
Think..! Think!kejsap yer tgh cari bahan untuk update dalam blog nie