Monday, January 3, 2011

Bravo Aina (Geng Van Sekolah)

Hari ni, Aina memulakan sesi pra sekolahnya secara rasmi.

Untuk hari ni, abah dan mama secara berbesar hati menghantar Aina hingga ke pintu gate sekolah(esok naik jer Van Sekolah yer Aina).

Saat untuk berpisah sedikit tergugat bila,Aina dah start merengek dan mengejar mama yang sedia melangkah keluar untuk balik.

Mama dengan buat tak tahu tanpa belas kasihan,biar jerlah Aina nak nangis ke apa....

Tapi,berkat dengan adanya cikgu yang lemah lembut memujuk,akhirnya masalah seciput tu dapat diatasi.

So,mama and abah sedikit lega meninggalkan Aina di sekolah.

Beberapa jam kemudian, mama yang dup dap dup dap kat office memikirkan keadaan Aina,segera mendail no. cikgu besar Aina..menanyakan keadaan kanak2 ribena tu.

Jawapan yang diterima sungguh menenangkan jiwa . "Dia terrrrrrlebih ok!' hehehehehe...

So,balik dari sekolah hari ni Aina memulakan perjalanan pulang ke rumah menaiki Van Sekolah.Mr Abah setia terpacak di guard house jam 12.20 pm..menanti ketibaan Aina.(hari ni jer....dah tentu2 Mr Abah lepas tu dah balik KL).

So,kesimpulannya, Hari ni berjalan lancar.Macamanalah esok yer...1st day Aina ke sekolah pula....menaiki Van Sekolah.Tunggu..............yang penting Aina dah ada Geng Van Sekolah.:-))

Shhhhh....................

Shhhhhhhhhhhhh.................kat ofice blog sudah tidak di block lagi ka?



Saturday, January 1, 2011

1/1/11

Nak jugak update sebab 1/1/11.

Erm....takde apa plan yang menarik sempena cuti new year ni sebab ada big planning mid of January nanti.

So,hari ni kami just ke Jusco AEON Melaka, ambil hadiah Aina 2nd place pertandingan Sand Art hari tu..(huhuhu macam tak percaya ..Aina menang 2nd place)

Lepas tu cari Bag & Kasut Sekolah dia....esok dah start Orientasi kat Tadika. Mama nyer excited tau.

Moga2 esok berjalan lancar,Aina tak sabar dah nak sekolah. Mama nyer lagilah ..... berdebar2 walaupun sekolah tadika jer.

Lepas tu,makan2 at Papa John's.


Besar dah Aina....cepat betul masa berlalu



Friday, December 31, 2010

WELCOME 2011,GOODBYE 2010.

2010 bakal menutup tirainya beberapa jam jer lagi. So, sempena hari terakhir 2010, jari jemari ni pun diringankan untuk menaip entry baru.
Pelbagai suka duka diharungi sepanjang tahun 2010 ni.Terlalu banyak kalau nak diceritakan satu persatu.

Apa yang penting,setiap peristiwa yang berlaku ada hikmahnya, semoga tahun 2011 yg bakal menjelma nanti, memberi seribu satu kenangan terindah.

Azam?
Biarlah rahsia.....
Biar tuan empunya diri ni,menggapai azam dengan jiwa yg semangat dan kental.

Tapi salah satu azam harus dikongsi....

AKTIFKAN BLOG SENDIRI NI SEMULA.BUKAN SEKADAR BLOG HIASAN LAGI.

WELCOME 2011.
GOODBYE 2010.