Tuesday, June 14, 2011

Gelagat Anak

Gelagat anak2 kadangkala  boleh mengubat stress yang ada.Layan jerlah erk..







Monday, June 13, 2011

Lipas mungkin punca asma di kalangan kanak-kanak

NEW YORK: Lipas dikenal pasti sebagai kemungkinan punca peningkatan kadar asma di kalangan kanak-kanak Bandaraya New York.
Di kebanyakan kejiranan di bandaraya itu, 19 peratus atau hampir seorang daripada lima kanak-kanak mengalami asma manakala kadar di tempat lain adalah serendah tiga peratus. Sebelum ini, kesibukan trafik, insinerator perindustrian dan sumber pencemaran udara luar lain dikatakan punca penyakit itu.
 
Namun penyelidik di Universiti Columbia mendapati kanak-kanak yang tinggal di kejiranan dengan kadar tinggi asma adalah dua kali ganda berkemunkinan membawa antibodi terhadap protin lipas dalam darah mereka, petunjuk bahawa mereka terdedah dan alah kepada serangga perosak itu.
Malah, kediaman di kejiranan dengan kadar tinggi asma mengandungi lebih alergen yang dihasilkan lipas dalam habuk rumah. - Reuters
 
Sumber: Berita Harian
 

Saturday, June 11, 2011

Terpesong Niat

Terpesong? tak de apapun,just pagi tadi idea asal nak breakfast di Mc Donald Ayer Keroh,tapi keluar jer dari gates kuarters terus Mr Hubby terpesong niat ke Port Dickson. Ambik ko, terus ke PD semata2 nak bersarapan. Hehehehe,bukan jauh mana pun,padahal lebih dekat dari Ayer Keroh tu.Just 25 minutes je dari Masjid Tanah ni.

Lepas  bersarapan dan ronda2 sat di Teluk Kemang,kami balik lah...satu hal kan....terus ke Tesco Cheng pulak shopping barang2 dapur.

Appaun ,sekali sekala idea ad hoc tu terjah,best juga....tukar2 angin di hujung minggu.




Friday, June 10, 2011

Rutin Rehat hari Jumaat

Rutin setiap hari Jumaat sejak saya mula menetap di kuarters ni 2 tahun dah, tepat 12.15 tengahari hingga ke pukul 2.45 petang,rumah lah jadi sasaran saya untuk berehat.Nak pi mana lagikan ,JJ & shopping mall yg best2 jauh ke Bandar Melaka,nak pi Family Store MAsjid Tanah dah muntah hijau.So,balik rumah lagi baguih!!!!!Boleh lepak2 tgk tv,layan Al-Kuliyah pun baguskan!

Teringat zaman bila bekerja area Jalan Raja Chulan 2 tahun lepas, time rehat Jumaat jer,berdesup naik monorail ke Sg Wang(padahal blh je menapak),Takpun cuci mata di Pavillion, lagi best merayau kat bazar depan Wisma Genting tu yg mcm2 ada.Miss sangat moment tu.Lagi2 bila satu ofis ngan Mr Hubby kan :-P.

Tapi kenangan tu semua dah menjadi memori terindah jer, sekarang dah lain.Persekitaran pun dah lain.Masa semakin pantas berlalu,semoga dengan penghijrahan ni,membawa satu kebaikan yang boleh merubah segalanya!!!!!!!!!!!

Tuesday, June 7, 2011

Manusia bila dapat kuasa

Kuasa....sesuatu yg amat bernilai bila kita dapat pegang dan genggam.Tapi bila kuasa tu menguasai kita,harus ada pertahanan yang jitu dan kuat.Kekadang keliru,dengan sikap manusia yang bila baru diberi kuasa,tapi berlagak seperti bertahun2 kuasa tu dipegang.Mungkin dia sendiri yang keliru, cara bagaimana harus mengendalikan kuasa yang diamanahkan.
So,mintalah nasihat pada yang lebih berpengalaman,jangan pakai terjah jer.Banyak hati dan perasaan pelbagai pihak harus dijaga.Peace!