Friday, July 1, 2011

Daging Rusa dah sampai.....

Sanggup saya terjah ofis petang tadi walaupun on leave sebab dah janji dengan kak Nor dari http://rusaryan.blogspot.com/ .Thanks Kak Nor,pantas delivery ..hihihihi.Dari order 2 kg terus bertambah kepada 6 kg.Ambik, satu  ofis dah meroyan dgn daging rusa,gara2 mak buyung ngidam...opssssss bukan saya yg mak buyung nyer yer,tapi member sekerja saya.Layan jerlah taste dia kan.

Cuma,daging tu,elok jer betapa dalam freezer, sebabnya mood nak memasak malam ni still macam ditiup angin lalu.Esok jerlah,settlekan daging rusa tu.




Thursday, June 30, 2011

Gara-gara layan taste Mak Buyung

Suasana pejabat  tenang dan aman damai minggu ni disebabkan pelajar-pelajar sedang syok bersuka ria sempena cuti semester,dicemarkan dengan pot pet para pengajarnya yang agak-agak lemau sampai berpinar biji mata uruskan markah-markah final exam minggu lepas.

Sekali adalah seorang mak buyung yang sungguh tinggi tahap ngidamnya,nak makan daging rusa.Habis dijelajahnya macam-macam website nak cari info pengedar daging rusa.Huh! makcik sorang tu,pantang org sebut makanan2 yang agak2 pelik dan jarang2 dapat,siaplah datang terus selera dia yg tinggi bebenor tu.

Disebabkan tahap keterujaan yang amat tinggi,akhirnya dapat juga dia cari pembekal daging rusa di Melaka.On the spot calling, dan saya yang mula-mula dok mengutuk tadi pun dok sama tertempah juga sekilo.Adussss...mak cair lah bila terbayang pulak daging rusa masak rendang ala nogri 9.

Dalam dok kecoh2,mula2 order 2 kilo jeww,tapi disebabkan tahap keterujaan tu dah beralih arah ke saya,maka pesanan pun meningkat kepada 6 kilo.Bab2 memujuk yang lain2 boli,serah jer pada saya,gerenti semua terjangkit juga..hihihihi.

So,esok walaupun saya on leave,tetap akan ku terjah juga office petang tu,sebanya dah janji dengan pembekal  untuk received after 3pm.Huh!!! excited mak lebih dari mak buyong pulakkkkkkk.



Wednesday, June 29, 2011

Keikhlasan Kerja Vs Faktor RM

Bila berbicara tentang kerja. Perkara pertama yang difikirkan adalah imbuhannya. Saya pasti 98% akan secara jujurnya mengaku faktor RM adalah pengaruh kuat kenapa dan mengapa wujudnya istilah bekerja.

Faktor RM juga membuatkan jiwa kita kental walaupun kekadang jiwa memberontak dengan tekanan kerja. Sebab faktor RM juga kita teruskan walaupun kadang kala pahit terpaksa kita telan.

Tapi,adakah kerana faktor RM itu,kerja yg kita laksanakan tidak ikhlas? Adakah faktor RM itu mempengaruhi tahap keikhlasan kita bekerja. Dan kadangkala,keikhlasan kita diuji dengan mainan RM yg kadangkala menggugat nafsu.

Jiwa mengharapkan keikhlasan yg sebenar, dan nafsu mengatasi jiwa yang kadangkala terlalu berkira.

Apapun keikhlasan sebenar itu datangnya dari niat.Semoga niat kita yg jujur dari bisikan kecil hati dapat mengatasi segala-galanya.



Monday, June 27, 2011

Shhhh Ular Beb!

Lampu lip lap tu,kereta bomba ler.....golap pulak gambar

Dalam pukul 8 lebih tadi,tengah syok saya dok sidai kain ,sekali tengok mcm meriah jer rumah Pak Haji kat bawah tu,pelik gak bila tengok Guard semua dok berkumpul depan rumah dia,pastu dok bising2.Hati ni pun berbunga2 lah nak tau,kata jiran prihatin kan? Sepantas kilat,saya sambar terus hp,tekan sms ke member,yg dok sebelah rumah dia.Tanya ,apa yg happening sgt kat situ.Rupanya rumah dia,diceroboh oleh Si Snake.

Uikss,dup dap dada mak bila dgr Si Snake dtg ceroboh.Tak lama lepas tu dtg lah Bomba & team,tak smpi sebulan bomba & team dtg lepas case lebah kat rumah saya hari tu.Hari ni , depa datang lagi,tapi kali ni pasal Si Snake punya angkara.Fuh! Nasib baik depa jumpa juga,Si Snake tu ..Alhamdulilah...dapat tidoq lena penghuni kuarters malam ni.

Risau juga bila persekitaran kuarters ni dikeliling pokok-pokok getah.Lagi2 bila hutan belakang tu dah diceroboh & dibuka untuk pembangunan,sure penghuni2 hutan tu,nak cari tempat baru.Risau mak tau.....udahlah laki weekend jew ada,apa2hal harap kat jiran2 ni lah yg ada.Nasib baik depa semua ok,minta tolong senang je nak membantu.Kekadang,syukur sangat bila ada jiran2 yg begitu memahami.:-)

Monday, June 20, 2011

Eagle Ranch Resort PD

Kami celebrate 6th anniversary & hari bapa di Eagle Ranch Resort PD  semalam  & hari ni. Kebetulan tempat ni,dekat je dari rumah,so malas lama2 on the road,kami pun decide ke sini je.Dalam 20 minit dah sampai.Best sebab banyak aktiviti yg boleh dilaksanakan di sini. Room pun unik dan bersih.Rate memuaskan.Breakfast buffet sempoi jer,tapi oklah.Persekitaran bersih,unik & staff pun friendly.

Untuk company yg nak adakan team building pun sesuai sangat.Sebab kemudahan untuk team building semua ada.Sebab kami pilih resort ni untuk percutian yg singkat kerana,location,rate,concept dan aktiviti2 yg disediakan.Bosan juga kalau selalu sangat lepak hotel2 tepi laut kan,so sekali sekala meh jengah resort yg ala2 red-indan ni.

Layan jer gambar ni yer.
Bandwagon,kita org stay kat tingkat atas.Best! Unik coz semua daripada kayu.

Bandwagon from other side.

Ada loteng kat atas tu,blh lepak2 kalau nak ler.

Jakuzi.

Dapat juga naik kereta kuda ni.

Mr Hubby & Aina laya Go-Kart.


Teppees

Budak kecik ni,tak nak masuk pelampung,nak berendam jer...konon2 terrer lah.

Kanak2 red Indian