Wednesday, August 10, 2011

Entry Pertama di Bulan Ramadhan

Alhamdulilah,dah 10 hari umat islam berpuasa.Syukur,kita masih dapat menunaikannya. Erm.....dan ini adalah entry pertama saya dalam bulan Ramadhan.Bukan malas nak update,cuma tak berkesempatan jew (tak nak mengaku malas tu :-P )

Tahun ni masuk tahun ke-2 berbuka sorang-sorang ditemani kanak2 ribena.Kata PJJ kan,so Jummat,Sabtu,Ahad jew dapat berbuka bersama.So,semangat nak berbuka tu taklah membara sangat. Tapi dalam tak membara tu,apabila kerja dalam bidang hospitality,nak tak nak terpaksa jugak mengadap makanan setiap hari.Lagi-lagi bila student buat jualan petang-petang,tak belikan kesian..fuh! memang menduga iman betul!


Tengok dengan berbakul-bakul depa duk terjah office.Mana tak tergugat nafsu.So hari ni menu dessert saya,kuih tako,choc moist cake,apam lady bird,kuih badak berendam.(kuang kuang tak payah terjah pasar ramadhan pun dah melayang RM...) .


P/S : Alhamdulilah,di atas pemberian bonus setengah bulan kepada kakitangan awam.Kalau nak bagi lagi pun tak kisah :-) .Semoga pemberiaan ni,dapat menambah semngat kami terutama dalam bidang pendidikan,untuk terus membantu anak-anak berjaya dalam kehidupan mereka kelak.

Monday, July 25, 2011

Fuh! 2 Minggu yang amat memenatkan!

Tamat sudah minggu paradigma untuk sesi Julai 2011. Sebagai salah seorang fasi yang berdedikasi :-) amatlah memenatkan. Malas nak cecita banyak2 , next entry nanti biarlah gambar yang menceritakan segalanya.Satu pengalaman yang enjoy dan penuh makna untuk dikongsi.


Saturday, July 2, 2011

Rendand Daging Rusa Done!

Muntah hijau dengan entry about daging rusa dua tiga hari ni. Setelah,excited sangat semalam akhirnya petang tadi,settle juga projek berdondang sayang kat dapur memasak daging rusa tu.

Fuh! berjaya juga rendang ala nogori 9 saya tu. Janji sodap ..so layan jerlah.Hihihi :-)


Friday, July 1, 2011

Imam Muda Final on Air

Jom layan Imam Muda Final. !!!!! IM Nazrul vs IM Hassan. Good luck buat mereka berdua.Teruskan perjuangan anda.




Daging Rusa dah sampai.....

Sanggup saya terjah ofis petang tadi walaupun on leave sebab dah janji dengan kak Nor dari http://rusaryan.blogspot.com/ .Thanks Kak Nor,pantas delivery ..hihihihi.Dari order 2 kg terus bertambah kepada 6 kg.Ambik, satu  ofis dah meroyan dgn daging rusa,gara2 mak buyung ngidam...opssssss bukan saya yg mak buyung nyer yer,tapi member sekerja saya.Layan jerlah taste dia kan.

Cuma,daging tu,elok jer betapa dalam freezer, sebabnya mood nak memasak malam ni still macam ditiup angin lalu.Esok jerlah,settlekan daging rusa tu.