Showing posts with label Moral. Show all posts
Showing posts with label Moral. Show all posts

Tuesday, September 23, 2008

Kuku dan Cincin




Aku ceduk dari FS Bulletin

Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1) jari manis
2) jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1) jari tengah
2) jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.


p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala


P/s : aku memang rimas kalo kuku nie panjang,macam tak kena jer...........

Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan 9

Aku sering tertanya-tanya kenapa,mengapa..setiap kali Ramadhan topik yang sentiasa meniti dibibir setiap manusia adalah mengenai makanan,shopping raya...balik kampung dll.Termasuk lah aku erk......sesekali kena juga ubah cara pemikiran nie...maybe iman masih tak cukup kuat..untuk membicarakan mengenai hal2 keagamaan yg aku rasa adalah lebih penting daripada semua2 hal tu.....bila lah aku nak berubah.....berubah ke arah kebaikkan supaya lebih menghayati Ramadhan.....teringat masa kat UiTM dulu..setiap kali Ramadhan, masing2 bersemangat betul solat terawikh..sanggup ke Masjid Shah Alam tu....at last masa nak habis Ramadhan just pi surau kat depan rumah sewa jer..surau kat Seksyen 7 Shah Alam ...seronok betul bila teringat saat2 tu....

Oklah....just aku berharap...aku akan berubah secara perlahan dan dapat menghayati Ramadhan dengan sebaiknya....
Berkongsi sedikit maklumat FAQ dengan Prof. Madya Dr. Asiah Ali

Wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, RASHID MAHFOF menemu bual pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Prof. Madya Dr. Asiah Ali bagi mengupas isu ini.

MEGA: Ramadan disambut dengan pelbagai perasaan. Apakah perasaan yang sepatutnya ada bagi umat Islam apabila menyambut bulan ini?

DR. ASIAH: Sewajarnya sebagai umat Islam kita rasa amat bertuah kerana dipertemukan dengan bulan Ramadan tahun ini. Sebabnya, bulan yang penuh keberkatan ini hanya datang sekali dalam setahun.

Sebab itu, Ramadan kerap dipanggil bulan karnival ibadat. Dari segi bahasa, ia bermaksud panas, dahaga dan terbakar. Maksudnya, Allah akan menghapuskan dosa hamba-Nya melalui amalan-amalan yang dikerjakan.

Ramadan juga adalah bulan di mana al-Quran yang menjadi petunjuk dan memberi hidayah kepada manusia diturunkan.

Ini dijelaskan menerusi firman Allah: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan salah… (al-Baqarah: 185)

Solat tarawih adalah antara ibadat yang amat dituntut kita mengerjakannya.

Apakah alternatif bagi golongan ibu yang tidak dapat menunaikannya di masjid atau di surau?

DR. ASIAH: Solat tarawih ini adalah salah satu lambang ibadat bulan Ramadan. Ia tidak ada dalam bulan-bulan yang lain. Sebab itu, kalau boleh dan jika tidak ada uzur syarie eloklah kita berlumba-lumba mengerjakannya. Rugi sangat bagi yang meninggalkannya.
Namun, bagi ibu-ibu yang mempunyai tanggungjawab menjaga anak yang masih kecil atau pun bayi, anda masih berpeluang menunaikan solat tarawih atau pun mencari pahala semasa di rumah.

Apabila berlaku keadaan begini, para ibu boleh menunaikan solat tarawih selepas anak-anak tidur. Solat ini tidak semestinya ditunaikan secara berjemaah. Ia boleh dilakukan secara bersendirian.

Barangkali kekeliruan tentang pelaksanaan solat tarawih ini berlaku disebabkan selama ini, majoriti kaum wanita hanya menjadi pengikut di surau atau masjid. Eloklah kita mengubah keadaan ini. Sekali-sekala kita menjadi pemimpin.

Kalau suami berjemaah di masjid dan kita tinggal di rumah bersama anak-anak, para ibu boleh mendidik anak-anak untuk solat tarawih bersama.

Apa yang penting, para ibu jangan berhenti mencari ilmu. Disebabkan tidak berilmu maka ada di kalangan kaum ibu yang terlepas peluang bersolat tarawih. Menuntut ilmu ini terutama ilmu ibadat khusus seperti solat, haji dan puasa perlu dibuat secara berterusan.

Ingatlah janji Allah terhadap mereka yang berilmu sebagai mana firman-Nya: Allah meninggikan darjat orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (di kalangan kamu) beberapa darjat. (al-Mujaadalah: 11).

Apabila bertembung antara menunaikan sunat tarawih dengan tanggungjawab menjaga anak yang masih kecil, apakah keputusan yang perlu diambil?

DR. ASIAH: Dalam hal ini, kaum wanita perlu bijak membuat keputusan. Jika tiada halangan, anak-anak semuanya sudah besar maka bolehlah kita ke masjid atau surau.

Yang penting, jika membawa anak ke masjid kita perlu pastikan mereka tidak mengganggu jemaah yang lain beribadat.
Jika ia mengganggu konsentrasi jemaah lain maka lebih elok kita berada di rumah. Sebab itu ada hadis yang menyebut, “Jangan kamu larang wanita ke masjid tetapi tempat yang afdal bagi mereka ialah di rumah”.

Ini menunjukkan keutamaan bagi kaum wanita di mana tempat yang lebih utama kepada mereka ialah berada di rumah mengurus rumah tangga dan anak-anak. Dalam sebuah hadis lain, “Kaum ibu (wanita) adalah pengurus dalam rumah tangga suami…”

Semua ini menunjukkan bahawa tugas utama para ibu ialah mendidik anak-anak. Namun demikian, semasa berada di rumah para ibu boleh mengambil peluang ini dengan mengajar anak menunaikan solat tarawih dan juga bertadarus dengan mereka.

Bukan pula bermaksud, tidak pergi solat tarawih di masjid dan surau pahala kaum ibu itu kurang.

Allah menciptakan lelaki dan perempuan daripada sumber yang sama tetapi mempunyai peranan yang berbeza.

Wanita dengan sifat lemah lembut lebih sesuai mendidik anak-anak kerana proses ini melibatkan emosi. Adakalanya kita marah, adakalanya kita belai anak-anak.
Dalam masa yang sama, para ibu berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk akidah, akhlak dan mendidik anak-anak dalam proses mereka membesar.

Ada yang berpendapat, menjalankan kerja rumah seperti memasak untuk suami dan anak-anak serta menjaga anak bukan ibadat. Benarkah dakwaan ini?

DR. ASIAH: Dalam kehidupan seharian, selama mana sesuatu itu dilakukan untuk mencapai reda Allah, ia dikira sebagai ibadat. Ibadat ini terbahagi dua iaitu khusus dan umum.
Ibadat khusus ialah membuat sesuatu sebagai lambang ubudiah (pengabdian) kepada Allah. Ini termasuklah ibadat seperti solat, haji, zakat dan puasa.

Ibadat umum pula meliputi kita melakukan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada golongan lain. Contohnya, kita berjual-beli, kita memberi kemudahan dan keringanan kepada orang lain.

Sebab itu, isteri yang menyediakan makan-minum untuk suami dan anak-anak, mengurus rumah tangga dengan niat mencari reda Allah turut diberi pahala. Sebabnya, ini juga termasuk dalam ibadat.

Bukan mudah untuk para ibu bangun pukul 4 pagi menyediakan juadah untuk bersahur. Tetapi jika kita reda dan berazam, ia menjadi mudah. Air tangan isteri yang memasak itu menjadi pengikat kasih sayang keluarga.

Malah adakalanya ia turut membuka peluang untuk kita melakukan ibadat yang jarang kita buat dalam bulan-bulan biasa.

Contohnya, solat tahajud, hajat dan sebagainya. Semua ini diberi pahala yang besar.
Sebenarnya, kaum wanita atau ibu sangat mudah mendapat pahala. Buatkan air untuk suami, memasak untuk anak-anak, semuanya dikira sebagai pahala.

Cuma kita perlu melihat kaitannya dengan Allah. Tanpa kaitan sebegini boleh membawa kepada timbulnya isteri yang merasa sentiasa di bawah perintah suami sedangkan sifat sebagai isteri ialah sebagai teman dan memberi ketenangan kepada suami.

Ganjaran pahala daripada Allah bukan diberi berdasarkan gender sebaliknya kepada sesiapa yang melakukan amal soleh. Allah berfirman: Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) walau sedikitpun. (an-Nisaa’: 124)
Ada di kalangan isteri yang rajin membuat kerja rumah tetapi dalam masa yang sama turut banyak berleter. Apakah nasihat Dr. kepada mereka terutama dalam bulan Ramadan ini?
DR. ASIAH: Bagi golongan yang begini, saya menasihatkan agar membuang sifat buruk ini lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Bercakap banyak, berleter atau mengomel ini adalah antara perbuatan yang makruh semasa berpuasa. Sebabnya, apabila banyak bercakap ada kemungkinan banyak salah dan silap.
Ramadan adalah bulan yang perlu diisi dengan kesabaran. Jangan budayakan suka berleter.
Seperti yang disebutkan di atas tadi, jika kita melakukan kerja rumah tetapi pada masa yang sama mengungkit-ungkit, ia seperti kita tidak reda. Maka kita bimbang, tidak diberi pahala melakukan kerja tersebut.

utusan

Monday, June 9, 2008

Perbohongan seorang ibu

Paste from e-mel

Memang sukar untuk ornag lain percaya, tapiitulah yang berlaku.Ibu saya memang seorang pembohong!Sepanjang ingatansaya, sekurang-kurangnya lapan kali ibu membohongi saya.Saya perlucatatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan andasekalian.Cerita ini bermula ketika saya masih kecil.Saya lahir sebagaiseorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serbakekurangan. Kami sering kelaparan.Ada kalanya, selama beberapa harikami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1keluarga.sbgai anak yg masih kecil, saya sering saja merungut. Sayamenangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk.Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.Sambilmemindahkan nasi ke mangkuk sya, ibu berkata: "Makanlah nak, ibu taklapar." -PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

Ketika saya mulai besar, ibu sering meluangkan waktu untukmemancing d tali air berhmapiran rumah.Ibu berharap dari ikan hasilpancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kamiadik-beradik.pulang memancing, ibu memasak gulai ikan yg segar danmengundang selera.Sewaktu saya makan gulai ikan itu,ibu duduk disamping kami dan memakan sisa ikan yg saya makan tadi.Saya sedihmelihat ibu begitu.Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu,saya memberikan ikan itu kepada ibu.tetapi ibu dengan cepat menolaknya.ibu berkata; "Makanlah nak,ibu tak suka makan ikan." -PEMBOHONGAN IBUYANG KEDUA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah.Ibu pergi kekedai dgn membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyarapersekolahan saya, abang dan adik.Suatu dinihari, lebih kurang pukul1.30 pagi,saya terjaga dari tidur.Saya melihat ibu sedang membuat kuihdengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya.Beberapa kali saya lihatibu terhangguk kerana terlalu mengantuk.Saya berkata; "Ibutidurlah,esok pagi ibu kena pergi ke kebun pula." Ibu tersenyum danberkata: "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." -PEMBOHONGANIBU YANG KETIGA.

Dihujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dpatmenemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaanpenting.Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari,ibu terus bersabar menunggu saya di luar dewan.Ibu sering kalitersenyum dan mulutnya terkumat kamit berdoa agar saya luluspeperiksaan ini dgn cemerlang.Ketika loceng berbunyi menandakanpepriksaan sudah selesai, ibu segera menyambut saya dan menuangkan kopiyg sudah siap dalam botol yg dibawa.Kopi kental itu tidak dapatdibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental.Melihattubuh ibu dibasahi keringat saya segra memberikan cawan saya untuk ibudan menyuruh ibu minum.Tapi ibu cepat2 menolaknya dan berkata:"Minumlah nak, ibu tak haus" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEEMPAT

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas beberapa bulansaya dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kamisekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lididan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.tapi apalah kudratseorang ibu.Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.Melihatkeadaan keluarga yng semakin parah, seorang pakcik yg bnaik hati dantinggal berjiran dgn kami datang untuk membantu ibu.Anehnya ibu menolakbantuan itu.Jiran2 sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agarada seorang lelaki yg akan menjaga ibu dan mencari wang untuk kamisekeluarga.Tetapi ibu yg memang keras hatinya tidak mengendahkannasihat mereka.Ibu berkata: "Saya tidak perlukan cinta,saya tidakperlukan lelaki." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah abang habis belajar dan mula bekerja, ibu pun sudahtua.Abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah.Tidak payahlah lagibersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit.Tetapi ibumahu.IBu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untukmemenuhi keperluan hidupnya.Abang bekerja jauh di kota besar seringmengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibutetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.Mlahan ibu mengirimbalik wang itu dan ibu berkata: "Jangan susah2,ibu ada duit."-PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM

Setelah tamat pengajian di unioversiti, saya melanjutkan pelajaranke peringkat sarjana di luar negara.Pengajian saya di sana dibiayaisepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.Sarjana itu saya sudahi dgncemerlang kamudian saya pun bekerja dgn syarikat yg telah membiayaipengajian saya.Dgn gaji yg agak lumayan, saya berhajat membawa ibuuntuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Pada pandangan sayaibu sudah puas bersusah payah untuk kami.Hampir seluruh hidupnya habisdgn penderitaan.Eloklah kalau hari2 tuanya ini ibu habis dgn keceriaandan keindahan pula.Tetapi ibu yg baik hati meolak ajakan saya.Ibu tidakamhu menyusahkan anaknya ini dgn berkata: "TAk payahlah nak,ibu takbiasa tinggal di negara orang." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.Suatu malam saya menerimaberita ibu diserang penyakit kanser.Ibu mesti dibedah secepatmungkin.Saya yg ketika itu berada jauh di seberang samudera terussegera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.Saya melihat ibuterbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.Ibukelihatan sangat tua,menatap wajah saya dgn penuh kerinduan.Ibumenghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksamenahan skit yg menjalari setiap inci tubuhnya.Saya dapat melihat dgnjelasbetapa penyakit ibu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjaditerlalu lemah dan kurus.Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan airmata.Saya cium tangan ibu kemudian mengucup pula pipi dan dahinya.Disaat itu hati saya terlalu pedih,sakit sekali melihat ibu dalam keadaanbegitu.Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata:"Jangan menangis nak,ibutak sakit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercintamenutup matanya buat selama-lamanya.Anda bertuah kerana masih mempunyaiibu dan ayah.Anda boleh memeluk dan menciumnya.KAlau anda jauh darimata,anda boleh menelefonnya sekarang dan berkata, "Ibu, saya sayangkanibu." Tetapi tidak saa. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yg amatsangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya tapitidak pernah sekalipun saya membisikkan kata2 itu ke telinganyasampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yg terakhir. Ibu, maafkananak mu ini. SAYA SAYANG IBU....

Sedih wo.....miss mak aku!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, April 11, 2008

Alangkah bahagianya menjadi seorang WANITA

KELEBIHAN SEORANG WANITA

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

5. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad

7.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8.Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Just my 2 cents

Seingat aku dan setahu aku..dalam blog nie aku tak pernah mengumapat..mengata....(kalo ada bagitau) sesapa...sebabnya...aku memang jenis tak suka mengata perihal orang..that's not my attitude..kalo bengang pun aku just luahkan to my dearest hubby..aku bukan lah warak sangat...n aku bukanlah....pakar agama....cuma aku nak luahkan kekesalan aku dengan kaum sejenis aku....WANITA

Tadi lunch time biasalah hari Jumaat kan.....so aku pi lah menerewang ke Sg Wang.....masa nak balik tadi kat monorail..ada sorang lady nie depan aku..elok jer berbaju kurung bertudung..suka aku tgk..muka pun cun....yg menjadi kan aku kesal bangat tu....baju kurung yang dia pakai..tu....memang jarang giler..suppose baju tu pakailah tube kat dalam...tapi dia just biar sampai terang2 aku nampak bra dia yg warna hitam tu.....spare2 tyre dalam badan tu pun boleh nampak ...memang transparent betul..tang kaki jgn lah cakap......kalo korang tgk macam tak pakai baju..just kain semata to cover her body.......


Aku perasan gak...beberapa org mamat ni duk usha,jeling2 skit...tp dia macam tak der perasaan jer......aku yg rasa malu..yer lah lagi kita yg bertudung nie..n dia pun bertudung....jgnlah sampai org lain memandang rendah kepada org2 yg bertudung nie...

Aku selepas kahwin try to dress up my self seelok2nya......aku tahu aku nie tak lah tinggi sangat taraf lmu agama tu..tp insyaAllah aku try jg maruah lagi2 untuk suami aku...

Last,aku link kan this : Dari Ust zaharuddin

Thursday, February 28, 2008

Susulan Kes Hilang Dalam Hutan

Aku kagum betui ngan semangat Umaisarah yang hilang masa ekspedisi Gunung Tahan . kalo akulah tak dapat dibayangkan hidup berseorang dalam hutan tu...even aku kena tinggal dalam rumah sehari tanpa orang lain aku dah rasa kosong nyer hidup.Tapi alhamdulilah selamat juga dia...dia hanya berserah pada tuhan agar setiap langkah dia mencari jalan keluar tu adalah satu petunjuk daripadaNya....syukur sangat...kan...

Bayang kan selama 19 hari dalam hutan tu dia mampu bertahan dengan minum air sungai je....kuatnya nyer fizikal dan mental dia kan..bersesuaian dengan semangat kesatria (Satria) aktiviti yang wajib semua pelajar2 baru UiTM ikuti...tapi masa batch aku dulu...kita orang the last batch sebelum satria diwajibkan kepada semua student.Disebabkan aku nie..jenis malas berkawad dulu..sanggup aku daftarkan diri dalam kelab perbahasan..kihkih...bila di ingatkan dulu aku sanggup berbahas daripada berkawad...ishhhh...
Apapun...seronok n tumpang bersyukur...atas kepulangan adik Umaisarah ke pangkuan keluarga dia..Alhamdulilah...

Saturday, February 9, 2008

??

Suddenly, aku teringin sangat menulis tentang berubat secara Islam nie.Aku aderlah kenal seorang hamba Allah....oklah aku kenal kan dia sebagai Mrs XX.Mrs XX ini megalami banyak tekanan dalam hidup samada daripada family,financial,kesihatan dan persekitaran.Mrs XXX terlalu banyak mengeluh dalam menghadapi dugaan2 nie...tapi yg aku perhatikan tanggungjawab sebagai seorang hambaNya kekadang dia seakan lalai menunaikannya...dia terlalu mengharapkan segala jenis perubatan tradisional untuk menghilangkan segala kesukarannya....
Kekadang tue aku terfikir,kenapa mesti dia bersusah payah mengeluarkan beribu2 duit padahal hasil tak nampak pun...kenapa tidak dia bermohon direct kepadaNya untuk meminta pertolongan kenapa perlu menggunakan org ke3 untuk memohon kepadaNya..

Mungkin aku tak berada dalam situasi dia skg..tu sebab aku tak memahami nya kot....kekadang kesian jugak tengok keadaan dia...maybe tak boleh salahkan dia dalam hal nie...mungkin...dalam keadaan tertekan dia hanya dapat berserah saja pada keadaan...

Aku bukan menolak kepada perubatan tradisional 100% tp aku masih yakin ader keberkesannya...tp dengan cara yg betul dan tidak menyalahi hukumNya...insyaAllah akan diterima....
Berubat melalui perubatan Islam adalah harus .Walau bagaimanapun berubat secara tradisonal adalah tidak bercanggah dengan syarak dengan mematuhi syarat -syarat seperti berikut:

1. Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau melalui mimpi berjumpa wali

2. Tidak boleh mengatakan bahawa Nur Muhammad atau orang-orang soleh menjelma ke dalam dirinya

3. Tidak boleh memuja atau memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk.

4. Tidak menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami serta bercampur aduk dengan ayat al-Qur'an

5. Jampi yang digunakan ialah ayat al-Qur'an, bahasa yang difahami dan tidak beriktikad bahawa jampi itu yang menyembuhkan penyakit.

6. Tidak menggunakan kata-kata pemujaan kepada berhala atau syaitan

7. Tidak boleh membaca ayat al-Qur'an secara songsang

8. Tidak menggunakan al-Qur'an dengan cara menghina seperti menggantung dan menunggunya berpusing.

9. Tidak boleh meninggalkan ibadat wajib seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan

10.Tidak menggunakan kaedah 'menurun' seperti memanggil roh simati..