Showing posts with label Kids. Show all posts
Showing posts with label Kids. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

I'm gonna miss you again!

Hi,

Lega! Bila dapat tatap face to face kanak-kanak ribena setelah ditinggalkan 4 hari kat kampung ni. Follow field trip pun hati gundah gulana,kerana saya memang jarang tinggalkan depa lama-lama,kecuali terpaksa.Ikutkan hati memang malas nak join field trip tu,tapi apakan daya dah tugas kan.

Ingatkan seminggu je outstation,sekali bos bagi memo,sambung lagi next week ke Sepang untuk gubal soalan final exam..huhuhuhu...lagi seminggulah berjauhan dengan kanak-kanak ribena ni. Adus,hate this situation ok...bila berjauhan dengan anak,saya mudah touching.

Demi tugas,gagah kan juga kan....nasib baik kanak-kanak ribena ni..mudah dikawal bila mama dia ni tiada depan mata. Kanak-kanak kan bila tiada kita depan mata, pandai pulak berdikari.





Thursday, March 17, 2011

Bila Kanak2 Bersosial

"Mama..Nabihah mana...pergi rumah Nabihah kan?" Itulah ayat yang diulang2 sejuta kali sekiranya saya berjanji dengan dia untuk ke rumah cousin dia yg lebih kurang sebaya tu..just setahun je beza dorang.Sampai muntah hijaulah saya nak menjawabnya.Kekadang boleh meroyan saya di buatnya..dok ulang2 benda yang sama selagi tak menjejakkan kaki ke rumah close cousin dia tu.

Tapi bila dah jumpa... malu-malu kucing pulak...mula-,mula lah..tapi lepas tu  bila masing-masing  tak nak mengalah sewaktu bermain erm..pening nak leraikan.Kalau time mood baik & sopan santun je oklah....tapi kalau mood masing-masing start terpeliuk sikit..siap!Pelikkan budak-budak ni, seribu satu perangai yang perlu kita fahamkan.

Macam Aina..since lepas habis je cuti berpantang...Nurserylah rumah ke2 dia.So,maknanya...sejak berusia 3 bulan sebenarnya dia dah mula terdedah kepada kehidupan "bersosial". Hendak tak nak itulah hakikat yang perlu kita hadapi zaman sekarang....kanak2 membesar tanpa pengawasan kita lebih kurang 10 jam sehari.Dalam masa 10 jam itulah ,pelbagai perkara yang boleh dia pelajari tanpa sekatan yg sewajarnya.Pengaruh rakan sebaya dan sekeliling memang kita tak boleh elakkan. Itulah risiko utama apabila anak-anak kita mula bersosial.

Bagusnya...dalam pada mereka bersosial...akan ada satu interaksi dua hala yang boleh membentuk satu emosi semulajadi dalam diri mereka.Cuma kita sebagai parents kenalah pandai mengambil peranan membentuk semula.....sekiranya ada sedikit kepincangan sosial dalam diri anak kita. (saya pun masih belajar dan akan terus belajar dalam membentuk +ve social value dlm diri anak2 saya).


Tapi dalam kita sedar atau tidak...dalam zaman yang canggih ni social life anak kita sebenarnya telah dirampas oleh teknologi.Berapa banyak masa anak-anak kita habiskan sehari untuk melayari internet, menggunkan mp3, psp, sms dan sebagainya. Aktiviti2 inilah yang sebenarnya membantutkan aktiviti bersosial semulajadi yang ada.Yang juga boleh mempengaruhi cara mereka berkomunikasi.Tak adil juga kita nak salahkan kemajuan teknologi..cuma kita perlu seimbangkan kedua-duanya..supaya kanak-kanak sekarang tidak keliru dalam kehidupan social mereka.

Nota Kaki : Ibu bapa zaman sekarang memang berat tanggungjawabnya.....anak2 semakin advance dan jangan sampai orang lain / teknologi take over membentuk peribadi yang negatif pada anak-anak kita.


Wednesday, March 16, 2011

Situasi 1 (Temper Tantrum)


Di sebuah pasaraya besar ramai pelanggan senang membeli belah,lagi-lagi time Sales .....(bayangjerkanlah erk). Anda dan suami membawa dua orang kanak-kanak yang berusia setahun dan 4 tahun. Tiba di satu kawasan yang bagaikan mempunyai kuasa magnet,menarik anak2 anda ke kawasan itu.(toys section).
Secara tiba-tiba anak yang berusia 4 tahun tu, berhenti kerana tertarik kepada salah satu toys yang luar biasa harganya.As parents sure kita tak layan kan....tapi sebagai kanak2 yang tak mengerti apa-apa..bila permintaan dia tidak di layan..maka....berguling-gulinglah kanak2 tadi di lantai supaya dibelikan.

So,apakah tindakan anda untuk berhadapan dengan situasi tersebut?

A. Buat dek jer...cepat-cepat jalan tak pandang belakang dah..biar lah abah dia settle kan (sekiranya anda ibulah) & sebaliknya.

B. Belikan jerlah,tak sanggup tengok gaya/ aksi tu

C. Marah on the spot kat sini,pedulik lah apa org nak kata.

D. Pujuk sampai dia cair....cari alasan yang sesuai.

E. ADA CADANGAN LAIN?

Nota Kaki : ermmmm...contoh terbaik adalah sape lagi kalau anak dara saya no 1 tu lah.hihihihihi.Jom share!

Nak anak genius?


Siapa tak nak anak genius beb! tapi bagi saya alhamdulilah sekiranya anak saya seorang yg bijak ....:-)
Tapi as mother,expactation kita kekadang tu melampau juga,kalau boleh semua nak perfect...jadi kenalah banyakkan bersabar yer ibu2(termasuk saya) dalam mendidik anak2.

Cuma....nak kongsikan sikit info yang saya dapat dalam proses kita mendidik & membentuk anak-anak kita.

1) Belajar tentang muzik : dapat membantu supaya sel2 otak relax dan mudah menerima maklumat.
2) Susu Ibu : Ini memang tidak dapat dinafikan lagi ;-)
3) Bersukan (in group) : Membina confident level & semangat kerja berpasukan
4) Child Games : Tingkatkan kreaviti mereka & skill dalam berfikir
5) No Junk Food !makanan berkhasiat mampu merangsan minda mereka...esp untuk kids yg below 2 years.Irons : Help brain growth.
6) Belajar dari alam sekeliling : outside activities
7) More reading
8) Tabiat bersarapan pagi : Kajian menunjukkan kanak2 yg bersarapan mempunyai memori yg lebih kuat & boleh memberi tumpuan yg max. di dalam kelas.

Semoga tips2 ini,boleh membantu kita menjadi seorang ibu yang berpengatahuan dalam mendidik anak2.

Nota Kaki : Tetapi kadang2 tu pelik juga, bila ada je kanak2 genius yang didedahkan media,ada jer pihak yang nak mengambil kesempatan.


Monday, March 14, 2011

Mama Garang !

"Mama garang!" Jerit Aina.
Opssss garang ke saya? Saya memang garang esp dengan anak2.Tapi segarang2 saya takde lah sampai mendera anak. Maksud garang si Aina tu,bila mama dia membebel2.....pot pet pot pet marahkan dia. Marah pun bersebab...bukan membuta tuli nak marah kan anak.

Yang pelik nya tu...walaupun saya "garang" , apa-apahal...saya juga yang dicari. Walaupun sampai nangis saya buli dia, at last bila saya tanya balik..siapa yg buat? Boleh dia jawab "Abah........" padahal memang terang-terang saya yang marahkan dia.Hihihihi...nak tergelak pun ada...abah dia pun blur....yerlah nak marahkan anak pun susah alih2 dia yang kena tuduh.

Anak-anak saya memang susah nak rapat dengan orang lain...sampai member2 saya pun pelik...berkepit jer dengan mama dia ke mana sahaja. Huh! ni ke yang dikatakan "Garang"? Confuse seh....

Telatah anak memang boleh memeningkan kita sebagai parents.Boleh jadi stress kalau terlalu emosi. So,saya sentiasa beringat kalau boleh taknak tinggikan suara bila terlalu geram.Tapi memang payah...so dengan mereka kenalah pandai main tarik tali....bila marah..cepat2 pujuk.....tegas....pujuk...tegas ...pujuk.Sometimes memang memenatkan, emosi kena stabil.Once emosi pincang sedikit..amatlah bahaya..inilah yg terjadinya kes penderaan.

Keluh kesah sebagai ibu...memang semulajadi. Dalam diam,kekadang kita boleh menangis kerana anak. Tapi..sentiasa sematkan dihati kita...anak adalah anugerah illahi.Bentuklah mereka menjadi seorang insan terbaik.


Thursday, March 10, 2011

Sunday, February 13, 2011

Style Belajar Kanak2 Ribena.

Setiap petang, bila sampai jer rumah,tempat yang dituju Aina terus melekat kat meja dengan homework dia.Kalau tak ditegur boleh sampai berjam2.Mama dia yg muntah hijau tengok kekusyukkan kanak2 ribena No1 ni study + conteng2. Baguslah tu semangat tengah membara kan,tapi kekadang poning juga,kalau setiap hari nangis time buat kerja sekolah.Mana yg dia tak reti nak buat SIAP!!!!!SEDIALAH mama dia untuk hadapi.Kalau tidak berlakulah drama air mata.Kelakar pun ada juga,sebab homework mama & anak boleh bergaduh.
Oklah meh kita study sikit gaya kanak2 ni belajar...sebab setiap dari mereka ni ada cara tersendiri.Macam kitalah dulu zaman muda2, baring sambil membaca,muzik pecah rumah pun blh study,tv on tp mata tgk buku atau buku tutup muka ZzzZZZzzzzz.

Di sini saya sertakan beberapa cara yg boleh dikongsi bersama maklumat untuk membantu anak2 kita belajar dengan cara berkesan. Saya sendiri masih mencari seberapa banyak ilmu untuk pengetahuan saya sendiri dalam mendidik anak2 supaya dapat membantu saya menjadi seorang ibu yg berpengetahuan.


Ni masa Aina (Kanak2 Ribena NO 1) 1 tahun setengah kot.

 1) Jika anak kita aktif,suka berlakon dan membuat persembahan dan menunjukkan kepada orang lain apa yg boleh dia lakukan.Suka kepelbagaian dan gemar mencuba sesuatu yg baru.

---->JENIS PENGHIBUR
Dorong kanak-kanak ini dengan mengakui dan memuji kebolehannya, terutamanya kebolehan menghibur orang lain. Beri dia peluang menjadi tumpuan perhatian dan untuk menunjukkan aksinya.

Petua Pembelajaran
  • Beri arahan yang pendek dan jelas.
  • Aplikasikan pelajarannya dalam kehidupan sebenar.
  • Berikan dia ruang untuk bergerak dan jadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan menggunakan permainan dan objek.
  • Rehat setiap 15-20 minit semasa sesi pembelajaran.


2) Jika mudah beri tumpuan di dalam kelas. Gemar sesuatu yang rutin dan konsisten.Sukakan pelajaran yang dipersembahkan secara teratur.

---->JENIS PENERBIT
Dorong kanak-kanak ini dengan mengakui dan memuji kebolehannya untuk melakukan sesuatu dengan kemas, tepat masa dan teratur. Tetapkan rutin dan jadual rancangan, dan sentiasa mematuhinya.

Petua Pembelajaran
  • Beri arahan dan penjelasan dengan cara yang teratur.
  • Tandakan maklumat penting dalam buku dan nota.
  • Jadualkan sesi pembelajaran dan jangan tukar jadual jika tidak perlu

3) Jika bersifat ingin tahu dan meneroka sesuatu yang baru.Menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah.

---->JENIS PENCIPTA
Dorong kanak-kanak ini dengan mengakui dan memuji kebolehannya untuk menemui perkara baru dan menyelesaikan masalah dengan bijak.

Petua Pembelajaran

  • Bincang dan bertukar pendapat mengenai pelajaran yang sedang diajar.
  • Galakkan dia melukis dan membuat model, dan gunakan program komputer untuk mengajar.
  • Mintanya jelaskan apa yang telah dipelajari daripada menulisnya.

4) Jenis suka membebel walaupun disuruh diam.Gemar menghabiskan masa dengan kawan2 dan suka bekerja berpasukan.

----->JENIS PENGHUBUNG

Dorong kanak2 ini menumpu kesaksamaan,nilai2 murni dan semangat berpasukan di tadika/sekolah.Hargai kebaikan dan sifat timbang rasanya.

Petua Pembelajaran



  • Galakkan dia bermain secara berkumpulan dan berbincang apa yg sedang diajar.
  • Mintanya apa yg telah dipelajari daripada menulisnya.
  • Bergilir2 membaca dengan kuat antara satu sama lain.


5) Suka mengelamun dan mengusulkan idea baru.Pendiam dan pemalu.Cenderung kepada seni lukis dan kreativiti.
----> JENIS PEMIKIR

Dorong kanak-kanak ini dengan mengiktiraf kreativitinya dan memberinya peluang untuk mempamerkan karyanya.

Petua Pembelajaran
  • Galakkan dia menconteng atau melukis gambar sambil belajar.
  • Gunakan gambar, poster atau puisi untuk menjelaskan sesuatu subjek.
  • Sediakan masa tenang untuk dia bersendirian.
BOLEHKAH GAYA PEMBELAJARAN DIUBAH?
Gaya pembelajaran boleh berubah sepanjang masa kanak-kanak membesar, disebabkan pengaruh dan faktor persekitaran. Malah, seseorang kanak-kanak boleh mendapat kaedah pembelajaran baru bila dia membesar, dan gaya pembelajarannya akan turut berubah.