Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Sedarkah Kita!

1. Sekurang kurangnya 2 orang di dunia ini amat mengasihi dan menyintai diri anda.. Mereka sanggup berkorban apa saja. Utk. Anda!

2. Sekurang kurangnya 15 orang di dunia ini mengasihi anda dgn. Cara dan sebab yang berbeza.

3. Tiap malam 'SESEORANG' Sentiasa mengingati anda sebelum tidur nya.

4. Diri mu amat bermakna pada seseorang.

5. Jika tidak kerana mu. 'Seseorang' tidak akan 'Hidup' kini.

6. Anda adalah insan yang sungguh istimewa dan unik.

7. Senyuman manis lagi ikhlas dari anda boleh memberi kegembiraan pada seseorang walaupun jika mereka 'Tak Sukakan' anda!

8. Seseorang sentiasa mendoakan keselamatan, kebahagiaan & kejayaan anda.

Sedarilah...
Anda disayangi
Hargailah diri anda!


Monday, March 14, 2011

Mama Garang !

"Mama garang!" Jerit Aina.
Opssss garang ke saya? Saya memang garang esp dengan anak2.Tapi segarang2 saya takde lah sampai mendera anak. Maksud garang si Aina tu,bila mama dia membebel2.....pot pet pot pet marahkan dia. Marah pun bersebab...bukan membuta tuli nak marah kan anak.

Yang pelik nya tu...walaupun saya "garang" , apa-apahal...saya juga yang dicari. Walaupun sampai nangis saya buli dia, at last bila saya tanya balik..siapa yg buat? Boleh dia jawab "Abah........" padahal memang terang-terang saya yang marahkan dia.Hihihihi...nak tergelak pun ada...abah dia pun blur....yerlah nak marahkan anak pun susah alih2 dia yang kena tuduh.

Anak-anak saya memang susah nak rapat dengan orang lain...sampai member2 saya pun pelik...berkepit jer dengan mama dia ke mana sahaja. Huh! ni ke yang dikatakan "Garang"? Confuse seh....

Telatah anak memang boleh memeningkan kita sebagai parents.Boleh jadi stress kalau terlalu emosi. So,saya sentiasa beringat kalau boleh taknak tinggikan suara bila terlalu geram.Tapi memang payah...so dengan mereka kenalah pandai main tarik tali....bila marah..cepat2 pujuk.....tegas....pujuk...tegas ...pujuk.Sometimes memang memenatkan, emosi kena stabil.Once emosi pincang sedikit..amatlah bahaya..inilah yg terjadinya kes penderaan.

Keluh kesah sebagai ibu...memang semulajadi. Dalam diam,kekadang kita boleh menangis kerana anak. Tapi..sentiasa sematkan dihati kita...anak adalah anugerah illahi.Bentuklah mereka menjadi seorang insan terbaik.


Sunday, March 13, 2011

Student Dulu Vs Student Sekarang (Part 1)

Saya bukan nak mencari kesalahan atau kelemahan.Cuma saya nak berkongsi pengalaman seciput yang ada. Student sekarang yang sedang membaca blog saya jangan cepat melenting ye..bukan semua yang bermasalah cuma segelintir sahaja.Zaman saya study pun dulu ramai juga yg bermasalah cuma bezanya berlainan masa dan keadaan.

Student kini semakin advance , anda sangat beruntung kerana segala-galanya tersedia didepan mata, maklumat hanya dihujung jari..bahkan kalau ponteng class pun, sure anda tak ketinggalan sekiranya rajin mencari maklumat adalah motto anda.So, ambillah peluang ini jangan sia-siakan ..gunakan sebaik mungkin segala teknologi yg ada,  bukan untuk benda2 yang terpesong dari matlamat anda sebagai seorang pelajar.

 Late 90an ,early 2000 tu zaman saya semasa study dulu...laptop bukan semua antara kami mampu untuk miliki, ingat lagi zaman tu bersepah2 CC. Kalau di UiTM dulu, port Seksyen 2 tu lah tempat kami .....berhempas pulas menyiapkan assignment(plus zaman MiRC tengah hot masa tu). Memang payah ok...lagi2 kalau musim assignment,  memang sentiasa penuh setiap ceruk cc di kawasan tu...memang mcm hampeh....sampai tengah malam kat CC pun ada.


Erm, tu baru 2 situasi yang membezakan antara 2  generasi, sebenarnya banyak lagi yang saya ingin kongsikan.Tapi biarlah dulu....just renungkan yang tersirat antara 2 situasi ini.Semoga sama-sama kita saling ingat mengingati.Syukur atas segala-galanya dengan segala kemudahan yang diberi :-)

Nota Kaki : Top up hp pun  masa tu paling murah pun RM60 ok.Mana ada RM5 macam sekarang!

Thursday, March 10, 2011

Happiness with simple way :-)

Saya memang suka denngan term "happy"... sebab bila saya happy .... semua perkara yang saya lakukan tak mendatangkan stress..walaupun setiap hari ada jer...perkara yang boleh mendatangkan stress.Lagi-lagi bila tugas harian kita berdepan dengan anak-anak muda yang pelbagai ragam dan perangai.

Saya just nak kongsi a few tips.... supaya kegembiraan sentiasa terpancar di muka dgn hati yang tulus mulus ikhlasnya.
  • Terima lah orang sekeliling kita seadanya.
  • Sekali2 manjakan diri kita
  • Smile
  • Respect urself
  • Respect others
  • Give
Jangan Stress kan diri sendiri dengan perkara2 yang kecil dan perbesarkan hal yang boleh kita selesaikan dengan bijak.



Wednesday, March 2, 2011

Cara untuk bergumbira di tempat kerja

Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk bergumbira di tempat kerja.Jangan sampai tekanan menghantui kita. Seboleh-bolehnya setiap kali menjejakkan kaki ke dalam office / kelas -----> mood negative dibuang segera. So...kosongkan minda dgn segala masalah luaran......tumpukan pada kerja/ proses pembelajaran.(sonanglah cakap erk..tp sebenarnya sukar untuk dilaksanakan) tapi tidak mustahil kita mampu lakukan sekiranya minda / aura positif dapat kita gapai.

1)  Gembiralah di Tempat Kerja : Itu pilihan kita sama ada mahu tersenyum atau berduka ketika sampai tempat kerja.Caranya?Think positively about ur work....elakkan gosip( itulah yg sbnrnya menghilangkan stress) . Pilih rakan sekerja  sekepala yg boleh membuatkan kita ketawa! Sure ...anda akan sentiasa bergumbira dan tersenyum ketika bekerja.

2) Lakukan sesuatu yang anda suka / minat : Bukan semua org akan sukakan dgn apa yang dia lakukan...(alhamdulilah saya amat minat dgn kerja saya sekarang). So...cari dah terus mencari sesuatu yang boleh anda lakukan untuk menjadikan pekerjaan anda itu sesuatu yang menarik.

3) Ambil inisiatif untuk mengetahui apa yg berlaku dalam company. Sometimes bos busy dan tak sempat nak deliver info. kepada kita...so take personal action seek out any news...gunakan network yang ada...sekurang2nya kita taklah jadi katak di bawah tempurung...tak tahu apa yang berlaku di company sendiri.(bukan busy body okey..cuma biar kita jd seseorang yg up to date)

4) Dapatkan maklum balas sekerap mungkin : Sometimes akan keluar statement " Bos..jarang nak bagi feedback/penghargaan tentang apa yg aku dah lakukan"..jgn sedih2 okey ...bila jadi macam ni.... kita kenalah berani kan diri jumpa bos....tanya abt performance kita sendiri (tp ada yg berani jumpa ke?).

5) Komitmen pada kerja yg kita mampu laksanakan ! Don't over promised yang kita boleh laksanakan kerja tu..walaupun sebenarnya kita dah overload dgn kerja lain.Dalam erti kata lain....jgn tunjuk anda tu terlampau rajin sampai semua kerja nak buat! Itulah yg boleh mendatangkan stress sebenarnya.
"Don't volunteer if u don't have time" .Kecualilah kerja tu memang arahan yg wajib dan adhoc perlu dilaksanakan.

6) Elakkan negativity : Gossip liar & negatif people....Jauhkan diri anda dari org2 sebegini...sebabnya boleh memberi kesan kepada personality kita.

7) Be Proffesional : Jgn jebakkan diri anda dlm sebarang konflik.Gunakan akal fikiran yang waras untuk menyelesaikan sebarang permasalahan.Jangan bertindak terburu-buru tanpa usul periksa.

8) Make Friends : Jangan jadi kera sumbang dalam office tu.Carilah sahabat yang kita boleh berkongsi segala-galamya( jgn berkongsi suami / isteri sudah!). Sharing is caring!

9) Job Searching : Kalaulah semua di atas tu dah dilakukan dan anda masih bermuram durja di tempat kerja ....apa lagi nak di tunggu. Google new job & resign ------>Akhirnya barulah anda akan tersenyum gumbira bila melangkah keluar dari situ.

Credit Info :About.Com