Secara kebetulan ni ni adalah satu task dalam salah satu modul untuk semester ni iaitu 'Buffet Service' so dah alang2 menyeluk pekasam.....sekali jer kan lah denngan jamuan raya.Menu2 pun boleh tahan,dah kata ikut tekak dan selera masing2 kan.
Monday, September 27, 2010
Buffet Raya Jurusan aka Majlis Sayonara
Secara kebetulan ni ni adalah satu task dalam salah satu modul untuk semester ni iaitu 'Buffet Service' so dah alang2 menyeluk pekasam.....sekali jer kan lah denngan jamuan raya.Menu2 pun boleh tahan,dah kata ikut tekak dan selera masing2 kan.
Tuesday, December 9, 2008
Takder tajuk...caca merba
So macam mana Aidiladha korang semua....aku balik ke kampung aku hari Sabtu hari tu.....tak ke mana pun..just duk lepak kat rumah sambil makan..makan dan makan...tidor..tidor dan tidor shj.
Balik Kl petang semalam..huhu semangat..jammed teruk...w/pun bergerak...selalunya just 2 jam setengah dah smpi..semalam ambik masa 5 jam lebih baru sampai rumah.
Lotih mak....dalam kereta melayan Aina yang separuh jalan jer tidur..selebihnya terpaksa lah melayan kerenah dia yg tak reti diam and banyak songeh tu...huhuhu.Punca2 jammed tak dapek dikenal pasti..yg pasti dekat Jalan Bukit Putus kat Ulu Bendul tu jer...dah dokat 1 jam......bertolak pukul 3 petang sampai dalam 8 lebih....
Tu lah padahnya......Mr Hubby pot pet pot pet lah apa lagi.......mentang2 balik kg aku..kalau balik Penang sonyap lah tu....macam lah kalo dari Utara tu tak jammed...nasib lah asalkan selamat sampai.

Ha!!!! konon2nya nak start potty train ngan Aina....tp hampeh.....dia boleh takut kat potty tu...gambar di atas hanya nyalah paksaan daripada babah dia....kononnya nak poo poo..tp tak terkeluar pun....kena usaha lagi nie...
Tanda-tanda Anak Sudah Sedia Untuk Latihan ke Tandas (Potty-Train)
Skil Bahasa
1. Mampu mengikut arahan (cth: "Tanggal seluar, pergi ke tandas."). checked
2. Bercakap dua patah perkataan (cth:"babai yak", "jom yak"). kekadang jer..tak complee lagi
Skil Kognitif
3. Meniru perbuatan orang dewasa (cth: menyapu lantai) checked--lipat baju,vakum lantai
4. Memahami sebab dan akibat (cth: kalau kencing, seluar basah)-- checked..kalau hujan tutup kepala/pakai payung
Skil Emosi
5. Suka mendapat pujian dengan mengikut arahan anda-checked -
6. Menunjukkan bantahan, tidak patuh kepada arahan anda--checked
7. Cuba untuk berdikari dalam aktiviti seharian (cth : berkeras untuk makan sendiri, cuba menanggalkan seluar sendiri) --checked
8. Bangga dengan kepunyaan sendiri ("adik punya" dan "yak adik")---checked
Skil Motor
9. Boleh berjalan dengan baik-- checked
10. Boleh menanggalkan seluar sendiri---checked
11. Boleh berdiri tegak 5 minit tanpa bantuan---checked
12. Boleh menahan kencing dan berak (lampin akan kering lebih 2 jam tetapi bila basah, basah dengan banyak sekali)--XXXXX
13. Buang air besar pada masa yang sama hampir setiap hariPenjagaan Badan----checked
14. Tidak selesa dengan lampin yang basah atau bernajis---checked
15. Tidak mahu memakai lampin dan suka menanggalkannya---checked
16. Meminta untuk menggunakan kerusi 'potty'---XXXXXX
17. Menunjukkan ekspresi muka, badan, perbuatan atau percakapan jika mahu buang air. (cth: akan pergi ke satu sudut tertentu di rumah)----checked
Saturday, December 6, 2008
Salam Aidiladha
Kami akan beraya di Gemas kampung aku lagi...............bertolak sat lagi smpi isnin jer...tak boleh cuti lama2.......simpan hujung bulan nie....
Kepada yg balik kampung ...semoga kita semua selamat sampai dan dapat bersama keluarga di kampung melakukan ibadat korban.Amin.
Saturday, October 18, 2008
Open House (hapdate)

nie jer lah picture yang sempat aku snap. Masa nie kat Kajang....ambik kau siap pasang kanopi lagi.Nie rumah member Mr Hubby
Monday, October 6, 2008
Ceritera Raya
cilok dari Friendster Huda...sorry erk(nie baru suku dari keseluruhan family yg semoat bergambar..ramai lagi sebenarnya)cuba cari kami bertigaI'm Back!!!! Huahahaha malazzzz tahap gaban nak keje......skg nie baru boleh update blog......dari pagi .. menimbun kojoooooo....
Lepas sessi merayap blog selesai yg mana majoroti nya semua cerita psal raya..mood raya tgh membuak2 kan......so..... turn aku pulak nak cerita sikit.
27 hb Sept
Aku balik ke Gemas,selepas subuh terus bertolak......aku n MrHubby..kalo nak berjalan jauh memang suka balik pagi2...nyaman dan aman sentosa jer.Jalan clear dalam 2 jam setengah dah sampai.Sampai jer .. macam biasa kalo kat rumah aku relax jer memanjang......smpi Mr Hubby kalo balik kampung aku tak tahu nak buat apa selain tidur.....mak aku kan rajin mengemas....
Duk lah bertapa kat rumah....tolongmasak..pasang langsir..Aina ligat jer ngan Tok Abah dia.....
Balik Segamat 30hb sehari sebelum raya, sempat lah pi jalan shopping last minute kat Segamat.....malam raya ronda kat Bandar Segamat tu ngan adik aku yg 2 kerat tu jer.....akak aku balik rumah pak mentua kat Besut..tak syok lah dia tak der.....
Boring meronda2 kita org melantak KFC pulak padahal.......masa berbuka dah melantak macam222.
Raya Pertama.
Macam biasa kalo aku turn aku, 1st raya mesti kat rumah atok aku kat Segamat...memang wajib...setakat nie tak pernah lagi kita org sambut 1st raya kat rumah mak aku kat Gemas....tapi tak lah happening macam kecik2 dulu..time tu memang seronok cousin semua ada..tp kali nie berapa kerat jerlah...tp tetap best.....sebab ada hidangan wajib atuk aku " babat(in malay perut lembut) masak kicap(mix tempe,soun,dll) babat tu bhasa jawa...sodappppp. Biasa lah pagi raya...ziarah saudara mara lah...smpi tak larat dibuatnya.
Raya ke2.
Beraya lagi ke rumah sanak saudara kat Segamat nie......penat dah letih tak terkata.Balik ke Gemas dah petang...smpi jer terus membuta sebab kepenatan.
Raya ke3
Balik Penang , macam biasa kitaorg bertolak selepas subuh......jalan jauh nie........sempat singgah Tesco Ipoh beli pampers Aina yg kehabisan stok.Smpi Penang dalam pukul 2 petang......mana taknya dok kat Tesco Ipoh tu jer dah dekat 1 jam lebih..beli sandle lah.....makan lah.....(huaaaaa jeans baru aku + 2 helai baju aku yg baru jer beli = tertinggal kat Segamat lahhhhhhhhhhhh...Mr Hubby oiiii......saper nak ganti nie?????
Raya ke4
Ibu mertua ku masakkan nasi beriani special untuk kita org...sedapppppp.Disebabkan terlalu byk makan ...terus badan terasa panas semacam jer......nie mesti terlebih rempah kari nie....
aina tok sah lah nak cerita.....pantang tgk tanah...laju jer.....
petang pi Pulau....ziarah member MIL yg kena strok...tak sempat nak merayap...sebab dah malam....esok nya pagi2 nak balik KL balik.
Raya ke5(semalam lah)
Balik KL!!!!!! selapas subuh jugaaaa......pukul 11 kitaorg dah smpi ..jalan clear..kalo tak smpi lagi awal...sebab berhenti kat R&R Tapah..pekena nasi lemak....yg ramainya umat manusia....
Nasib baik tak balik petang sebab....dgr cerita petang semalam PLUS dua2 hala jammed terukk....so Tuan Puan...Rancanglah perjalanan anda sebelum bertolak.
Habis Cerita Raya....
Thursday, September 25, 2008
Salam Aidilfitri
Salam Aidiftri buat semua...Maaf Zahir Batin.
Buat kawan-kawan yang mengenali jemput2 datang rumah......calling2 yer nak dtg.Nak no. Phone e-mel ur no. at (rohaadam@gmail.com)
Aku start cuti Sabtu nie 27hb Nov smpi lah Ahad (5hb Oct).Balik Nogori dulu.Raya pertama n ke2 beraya di Segamat.Maybe kalo takder apahal......Mr Hubby larat nak drive raya ke3 baru terjah Penang.
So,camner shopping raya? Settle ker?
- Baju Raya aku,Mr Hubby and Aina dah lama settle dah yang tak settle2 lagi kuih raya....last2 nanti borong jer kat Jusco ker,Giant ker.....Jalan TAR ker....esok ingat lunch hour nak pi memenuhkan lagi Jalan TAR tu...sajer cari mood raya.



