Showing posts with label apa2 jerlah. Show all posts
Showing posts with label apa2 jerlah. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Monday Blues

Hi,

Moga-moga hari ni dapat siapkan semua kerja yang terbengkalai. Belum sampai office dah dok terbayang banyak benda yang perlu diselesaikan sebelum outstation lagi esok selama 4 hari. Nasib baik kelas amali ada yang gantikan,tapi kena juga ambil tahu.....takkan nak let go je kat orang kerja kita kan. Mr Hubby sesudah subuh dah terbang balik ke KL,rutin dia setiap minggu. Bilalah kami dah kembali seperti keadaan normal macam dulu...tak suka22222 bila PJJ ni.....:-(

Mood : miss them so much Aina and Aleeya.......


Thursday, May 26, 2011

Akhirnya..! I Tergoda...u...

Kuang...kuang....sekali tergoda juga dgn Big Sales Air Asia.Setelah sessi suai padan a few place yg patut atau tak patut pi..ntah mcm mana Kota Bahru yg jadi pilihan untuk sessi jalan2 cari pasal next year.Done booking for flight on May 2012.Setahun lagi beb..sempat kumpul duit nak shopping sakan nanti .

Tapi berbaloi222 sebabnya, 2 adult 2 child pi balik hanya RM60 sajo yer!!!!!!!!! saper nak bagi kan....:-P
Kalau tak jadi pegi pun,takderlah frust sgt pun nanti.....kan kan kan .

P/s : Setelah sessi melepas kan sabar yg amat semalam selesai,dah mereka itu seolah2 insaf sekejap....nak tegur saya macam selalu pun takut (sebab tak pernahkan tengok saya mengamuk)...saya rasa amatlah lega.....kerana apa yg disimpan dapat dilepaskan.Lepas ni don't play2 bila hntr assignment kat saya,amaran keras sudah dibagi CAMPAK / KOYAK bagi assignment yg mcm sampah!


Thursday, April 7, 2011

Kursus Oh Kursus!

Hampir lima hari,takde entry baru.
Gara-gara badan yang kurang sihat + penyakit M + kerja2 yg menimbun = Zero Entry lah.
Harap-harap mood blogging tu kembalilah stabil :-P

Baru jer lepas packing bag,tapi tak settle lagipun..sambung esok lah.Lunch hour lari sat..kemas-kemas sikit rumah dan yangs sewaktu dengannya. Yerlah nak tinggalkan rumah seminggu,harus kena clear mana yang patutkan?

Saya berkursus next week start 10hb - 15hb di Taylor's University. So,kanak2 ribena akan dihantar ke kampung petang esok sesudah waktu kerja.Harus meroyan mama dorang ni,nanti startlah drama rindu kesumat selama seminggu dalam blog.So,sesiapa yang terterjah ke blog ni,bila terbaca entry2 berbaur rindu dendam...silalah jgn muntah.

Penginapan disediakan di Ruemz Hotel Taylor's ..tapi macam nak stay semalam jer..selebihnya..baik saya balik rumah di Puchong jer....Mr Hubby kan ada,so kenalah ambil kesempatan ni yer :-P

Cuma,risaukan Aleeya jer ni...harap2 dapatlah dia sesuaikan diri esp. time nak tidur tanpa mama dia ni.Harus berSkype setiap hari .

Nota Kaki : Total Pageviews semakin menghampiri angka 5555,so rajin2 lah jenguk sini yer.Kalau nak dapatkan 1st Give Away saya.

Wednesday, March 30, 2011

Bila time sengal datang

Toing toing biji mata dah ni,marking paper. Menimbun pulak...poningg.Macam-macam jawapan ada tu lagi poning.


Dahlah lapar ni......breakfast tak cukup tadi.(selalu heavy breakfast) sekali dpt ala-ala appetizer jer,mana tak sengal datang.


Masuk kerja jer tadi,terus masuk kelas buat test untuk budak2 ni.Hihihi..trick2 nak meniru tak payah lah erk...jeling kiri kanan pun saya nampak!
.
.
.
.
.
.
Nak makan siput sedut lah lunch hour ni :-)


Wednesday, March 23, 2011

After 5 pm



Selalunya kalau mood saya rajin dapatlah kanak-kanak ribena ni bersuka ria kat taman..tapi kalau mood malas saya menerpa jangan harap lah yer....Jadi,hari ni mood saya baik sikit..so dapatlah kanak-kanak ribena ni terlepas ke taman.Huh! Aleeya excited bangatlah.....Aina?lagilah......

Tiba-tiba Aina bertekak dengan kawan dia berebutkan buaian..erm....saya pun malas nak dengar....terus ajak Aina balik rumah.Lor......yang kelakarnya.....ramai pulak kawan-kawan dia mengikut...erm...habislah rumah pulak jadi port dorang.

Bila geng-geng Aina ni dah boring main dan bersepah kan rumah..dorang nak balik ke taman semula.Aina apalagi..macam disorongkan batal terus terpa keluar juga(padahal dia memanglah jarang ke taman tanpa saya).Tapi hari ni,biarlah dia dgn kawan-kawannya..bagi chance (taman kat bawah kuarters je)  orang luar memang tak boleh masuk..so confident lah nak lepas kan dia.

Usha juga dari atas..sebab balkoni belakang rumah saya betul-betul mengadap taman..syok jer dia main basikal sambil pegang aiskrim malaysia......enjoy sakan na...

Lepas tu,saya busy ngan Aleeya ..masak sikit and kemas2 rumah.Jam dah dekat pukul 7pm,tapi Aina tak balik-balik.Tengok kat taman..sorang pun takde.Tak boleh jadi ni.....saya kena turun juga cari dia.Kalau dah gelap,saya takut dia jadi gabra nak balik nanti.

Pusing satu apartment,basikal tak jumpa pun.Sekali ,saya nampak basikal dia nun jauh kat Padang Kawad,elok jer tersusun 4 biji basikal yang comel2.Apalagi gigih ok saya berjalan ke padang kawad dengan dukung Aleeya.Sampai je,seorang pun takde kat situ.

Depan padang kawad tu Dewan Besar,tengok terang menerang happening sebab ramai tengah main badminton kat situ.Nasib baik,kat situ ada seorang budak tengah dok bersenam,saya suruh dia panggilkan Aina kat dewan besar tu.Lagi jauh dia dah nampak saya,tersengih2 macam kerang busuk.Tau pun salah..buat saya risau jer.Dia pulak punya bangga cerita..pot per pot pet..sebab tengok orang amin badminton.Macam-macam hal tau :-)



Monday, March 21, 2011

Rutin Harian

Waktu Sekarang ; 11.01 PM (Anak2 dah tidur) so..lega sikit nak berblogging.
Sebagai seorang ibu yg PJJ dgn Mr Hubby ( Isnin - Jumaat jer)...weekend saya lega Mr Hubby dah ada,kenalah pandai berdikari dan berani!( chewah berani lah sangatkan saya ni).

So....rutin harian saya sangatlah mengikut aturan...sebabnya senang saya nak uruskan kanak2 ribena ni.

6:15 AM : Saya dah bangun...tak sempat pun alarm hp tu nak berbunyi..automatik saya terjaga.Tak pun azan Subuh dari Surau IKBN yang mengejutkan saya.Time nilah nak sediakan apa yang patut,nasib baik baju saya & uniform sekolah Aina dah saya iron sebelum tidur. Bag nursery Aleeya pun dah siap packing.

6.40 AM :Kejutkan Aina bangun,mandi dan bersiap untuk ke Tadika.Aleeya saya biarkan lena selagi dia tak terjaga.Sebab mudah saya nak mandi dan sembahyang subuh.Kalau dia terjaga memang haru biru sikit.Dan nasib baik Aina si kakak tu  senang nak bangun pagi dan bersiap .Syukur sangat ,macam dia faham2 jer tak nak mama dia kelam kabut pagi2.Bila dah siap dengan uniform , saya buatkan dia sebotol susu dan bagi dia layan channel Ceria  (kasi ceria pagi2)sebelum van sekolah sampai. So,senang sikit saya boleh mandi dan bersiap juga.

7.15 AM : Kami turun ke Ground Floor ...sebab taska kat bawah apartment kuarters ni je.(senangkan....).Hantar Aleeya dan saya lepak2 dulu sementara menanti van sekolah Aina sampai.Tepat 7.30 AM Geng Van Sekolah Aina pun sampai.Tata ti tut Aina!

7.45 AM : Saya pun melenggang kangkung ....5 minit berjalan2 sambil menikmati dan menghirup udara segar pagi selamat saya sampai di office.Done ! Thumbprint ....dan waktu kerja saya adalah 8.00AM - 5.00 PM.

1.00 - 2.00 PM : Waktu Rehat.Kalau takde plan merayap / lunch kat luar..saya balik rumah je.Boleh juga relax2 dan kemas2 sikit rumah.Sebelum tu singgah taska sat jenguk2 kanak-kanak ribena tu.Tapi selalunya time ni dorang semua tidur.




5.00 PM : Time balik kerjalah. Saya tak terus ambil Aina dan Aleeya. Tapi balik rumah dulu mandi dan sembahyang Asar.Supaya memudahkan kerja saya juga nanti.Dalam 5.30 PM baru saya ambil dorang dari Taska.Erm....lepas tu bawa juga dorang main di taman/ just pusing2 sekitar kuarters tu je.
Saya jarang masak petang2 ni,selalunya sebelum balik just beli makanan yang dah siap dimasak jer untuk dorang.

9.00 PM : Selalunya time ni Aina dan Aleeya dah selamat ZZZZzzzzzz.Masa nilah saya gunakan untuk iron baju,kemas bag nursery,kemas rumah dan sewaktu dengannya.

Simple kan rutin saya,Isnin hingga Jumaat.Dulu susah juga nak biasakan diri sebab dah biasa ada bantuan Mr Hubby uruskan anak. Tapi bila PJJ ni, mental and fizikal kena kuat. Kena ada satu sistem yang memudahkan kita menguruskan anak2 dan pada yang sama mengawal seta menjaga keselamatan mereka.
Bukan boleh dibiar je dorang main tanpa pengawasan, lagi-lagi bergantung pada diri kita seorang untuk mengawasinya.


Nota Kaki : GA still running.Capture 5555 Total Pageviews

 

Sunday, March 20, 2011

Kerana Tugas & Pilihan ; Ku Turutkan

Title sedih pulak hari ini kan. Petang  ni dah balik Melaka. Rasa kejap je cuti 4 hari kan? Apa nak buat kerana tugas yang diamanahkan dan kerana itu lah kerjaya pilihan saya,so berkorban lah apa sahaja.
Itulah risiko as goverment servant, terima dengan redha tempat posting yang ditetapkan.Dalam hati "Janganlah transfer aku jauh2 lepas ni, Melaka tu dah syukurlah sangat....Mr Hubby pun still boleh ulang alik every weekend".

Ok..tak nak moody2....harap hari ni penuh keceriaan. Sat lagi sebelum bertolak balik ke Melaka,pi jemputan kahwin dulu di Wisma Sejarah Jalan Tun Razak ;-)

Saturday, March 19, 2011

Lepak2 Malam Minggu


Layan Teh Ais.....pun sodap!


"Mana lah Roti Canai saya ni "

"Wow! Bila boleh makan ni?"

Mama pun nak posing juga :-P

Selamat Berhujung Minggu

Ke mana kita hari ini? Sure banyak jemputan kahwin kan?Saya...hari ini di Puchong dan esok di Jalan Tun Razak.Di Puchong..anak jiran kami di sini bersanding dan Jalan Tun Razak tu member Mr Hubby.Semoga majlis mereka berjalan lancar hari ni.

Hujung minggu memang membahagiakan lagi2 bila dihabiskan bersama keluarga tercinta. Tapi yang tak bestnya...masa tu terlalu cepat berlalu. So,gunakan lah masa yang ada ni sebaik mungkin.(jgn dok mengadap laptop jer ..hihihi).

Kalau diikutkan dah alang2 balik sini...banyak tempat yang nak dituju.Cuma malas atau rajin jer kaki ni merayap.Apapun...kepada para bloggers diluar sana Happy Weekend!


Thursday, March 17, 2011

1-300-82-2020 Hotline Pizza Delivery?


Saya cuti hari ni dan esok,saja ambil cuti..sebab student kan tengah cuti mid sem.Daripada kebosanan kat office tu,better cuti.So,sekarang saya di Puchong. Bertolak dari Melaka tadi 6.30pagi dan sampai sini pukul 8 pagi.Rush sikit,sebab Mr Hubby masuk kerja pukul 9.00 kan...

Kebetulan, bawak sekali cousin Aina yang duk tinggal dengan Atuk depa sempena cuti sekolah hari tu,ni hantar sekali rumah mama dia pulak ke Ampang.

Sampai jer,terus bawak kanak2 ribena ni breakfast ke kedai mama,kat rumah ni. Lunch tadi.....call Pizza Delivery je.Nampak sangat jakun kan,kat Melaka area kawasan saya duduk memang tak layan oleh Pizza Hut ke even McD..tak hingin depa hantar de.Tu yang balas dendam balik sini,kalau boleh semua nak call.

Punya lama tak call rasanya,rupanya service depa dah bertukar sikit.Sebab area saya tinggal ni  under Puchong Jaya.Hotline number bukan lagi 1-300-88-2525 tapi change to 1-300-82-2020 (ikut area kot).No gov tax & Free Delivery.Mantap seh......!Yang penting cepat sampai .Saya rasa tadi tak sampai setengah jam dah sampai.Bagus2222 good customer service !

Nota Kaki: Bila lah Masjid Tanah nak ada McD & Pizza Hut.....:-(

Tuesday, March 15, 2011

Bila Penyakit ni Datang,Memang Serius !

Tetiba tadi datang idea...nak buat nasi goreng ala-cincai untukbawak ke office pagi esok (Kafetaria tutup...student cutikan!Malas nak keluar pi cari breakfast) So,dengan semangat waja saya pun  keluarkan lah bawang putih,ikan bilis & cili padi untuk di tumbuk.Erm...letak sat kat tepi dulu...settle kan kain yang tak bersidai lagi, bag baju nursery budak2 ni & baju untuk melaram esok.Ok done ..kerja2 yg wajib tu....so masuk balik dapur!

Tapi...ntah macam mana mood yg berbunga2 tadi nak menumbuk bahan2 tumis esok pagi....berlalu macam tu jer.Apalagi..penyakit yang saya memang anti tu dah datang menyerang.Sebabnya,saya tengok ada 3 kotak frozen pizza dalam freezer yang tak terusik lagi.Automatik menu esok pagi bertukar!!!!!!!!!!! Heat up jerlah Pizza tu kan..settle masalah...tak yah saya nak tunjuk rajin goreng nasi.Ye tak!

Sendiri faham jerlah ye..penyakit apa! Susah nak elak kalau penyakit tu tetiba muncul....:-P

Lunch Hour ! Ini Kerja Kami Tadi...


Student cuti,mood bekerja pun kureng. So , lunch hour tadi lari sat ke Personnel School.Buat hair treatment. Cuci rambut & massage2 sikit ...pastu ntah macam mana terus tukar niat potong sikit rambut. Rimas beb....banyak rambut gugur la ni,so better kasi pendek!Tapi taklah pendek sangat pun....just nice jer.Senang nak jaga!

Kita ada,Dia pun ada

"Aku..pun.....bla bla bla bla...."sebenarnya sambungan tu lagi panjang.Bayangkan jerlah yer....bila wujud manusia yang suka bercerita...sampai tok nenek moyang dia punya hal pun nak citer.Tak kira lah baik ke, buruk ke semua nak cerita. Semua pekung kalau boleh nak satu dunia tau. Biar semua orang tahu.

Bagi saya, bila bercerita tentang kebaikkan orang memang takde salahnya, tapi jgn lah jaja keburukkan orang lain even org yg diceritakan tu memang tak dikenali si pendengar cerita.

Satu hal lagi beb,kalau cerita yang baik...huh dia lagi extra baik..tak kisah lah anak ke,anak buah ke,tok nenek , makcik pakcik belah itu ini...semua extra tip top punya!

Kita yang mendengar hanya mampu tersenyum...dan mengiakan sahaja. kekadang letih juga,bila cerita yang sama je setiap hari. Tapi itulah manusia, tak meriah dunia tanpa "cerita".



Monday, March 14, 2011

Gembira melihat mereka gembira

Tumpang gembira, bila dengar berita yang semua org pasti tersenyum bila mendengarnya.Nampaknya semakin meriah office ni,dengan ibu-ibu yg preggy. Ha! ambik musim ibu2 preggy kembali lagi...sekali 3 orang berderet bawak perut lah nampaknya kat ofice ni.
Tahniah!
Buat yang masih menanti kehadiran org baru, banyakkan bersabar..insyaAllah ada rezeki adalah nanti.

Saya?Nantilah dulu..tunggu Aleeya membesar dgn sihat dulu....family planning mesti ada :-). tapi kalau dah memang rezeki Allah bagi, terimalah dengan hati yg terbuka.

The Most Unique Hotels in Da World

Erm google about hospitality but find something unique to share. Unique hotels in da world...mana lah tahu maybe suatu hari nanti kita dapat menjejak kan kaki ke sana.Takpe berangan dulu...yer :-)

Das Park Hotel,Austria.

Ice Hotel, Quebec, Canada.


Hydropalace, Qingdao, China

Propeller Island City Lodge, Berlin, Germany.


Ariau Towers Hotel, Brazil.



Code Unique Hotel Dubai

Magic Mountain Hotel, Chile



Jules Undersea Lodge, Key Largo: Florida


Cappadocia Cave Hotel, Turkey


DogBark Park Inn, Cottonwood, Idaho


Capsule Hotel, The Hague, the Netherlands



Friday, March 11, 2011

Jumaat with smile :-)

Hari Jumaat sudah tiba, bagi weekend Husband Wife.....  hari ni kami "smile" je ok. Mr Hubby sampai petang ni....so bila dia ada di rumah..... start dah fikir menu nak masak apa, Saturday or Sunday nak pi mana?

Kekadang bila PJJ ni,best juga..sebab jarang jumpa..so bila spending time together tu amat berbaloi2.
Time ni lah boleh feeling2 same like falling in love dulu....(kan ayat jiwang dah keluar)

Thursday, March 10, 2011

Happiness with simple way :-)

Saya memang suka denngan term "happy"... sebab bila saya happy .... semua perkara yang saya lakukan tak mendatangkan stress..walaupun setiap hari ada jer...perkara yang boleh mendatangkan stress.Lagi-lagi bila tugas harian kita berdepan dengan anak-anak muda yang pelbagai ragam dan perangai.

Saya just nak kongsi a few tips.... supaya kegembiraan sentiasa terpancar di muka dgn hati yang tulus mulus ikhlasnya.
  • Terima lah orang sekeliling kita seadanya.
  • Sekali2 manjakan diri kita
  • Smile
  • Respect urself
  • Respect others
  • Give
Jangan Stress kan diri sendiri dengan perkara2 yang kecil dan perbesarkan hal yang boleh kita selesaikan dengan bijak.



Wednesday, March 9, 2011

Header thru picasa je

Nampak header kat atas tu yang tak seberapa comelnya....jenuh ok malam tadi mengadap Picasa edit..sekejap kocik sekejap bosar..puas dah adjust pixel untuk muatkan kat header atas tu..failed jugak.At last belasah jerlah.letak apa yang siap..tu pun tak full yang keluar.

Tension tau...grrrrr!

Monday, March 7, 2011

Kenapa mesti maki hamun di FB?

Oh please....walau geram macam mana pun kita pada seseorang.....janganlah luah perasaan marah dgn maki hamun secara terbuka di FB.
Dalam tak sedar sebenarnya, itu menunjukkan kelemahan diri kita sendiri.

Kekadang tu pelik dgn perangai manusia ni....perkara kecil diperbesarkan..hingga satu dunia tahu.Orang yang tak tahu boleh jadi tahu.....

Maybe ada yg menyokong dgn status maki hamun kita tu..padahal kita tak tahu yg mengutuk tu menimbun.......ingat2lah.....jagalah adab tak kira di mana kita berada even di wall Facebook.

Bila Berkursus...(start poning dah ni)

Musim berkursus sudah bermula untuk tahun 2011. Actually hari tu, bos suruh apply kursus di INTAN, additional  kursus under Kementerian untuk tahun ini yg dijangka berkurang sebab kekangan bajet.
So....mencarilah saya beberapa kursus yang sesuai.

Pagi tadi,bila saya check permohonan tu berjaya dan kursus TOT( Training for Trainers) tu start 28 March - 1 April.Sekali.... a few hours later, bos ke meja saya dan tunjuk memo untuk satu lagi kursus di Taylor's ( F&B Supervisory)----->Kursus yang memang bersangkut paut dgn bidang yang saya mengajar (memang rugi kalau saya tolak yang ini)...masalahnya kursus tu 10 March - 14 March..seminggu selepas kursus di Intan Kiara tu.

Nampaknya...saya terpaksa lah tolak kursus di Intan tu....sebab next time blh pergi lagi...dan kursus di Taylor's tu memang rugi tak pergi....sebabnya memang mustahil dapat peluang untuk pergi lagi sebab faktor bajet berkursus tahun semakin ciput.
Dan Aina pun tak payah nak ponteng sekolah sampai 2 minggu..saperlah nak jaga dia kat Melaka ni.Kalau Mr Hubby ada oklah juga.

Nota Kaki : Time kena pi kursus, startlah poning fikir pasal anak yang ditinggal2kan.