Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Akhirnya..! I Tergoda...u...

Kuang...kuang....sekali tergoda juga dgn Big Sales Air Asia.Setelah sessi suai padan a few place yg patut atau tak patut pi..ntah mcm mana Kota Bahru yg jadi pilihan untuk sessi jalan2 cari pasal next year.Done booking for flight on May 2012.Setahun lagi beb..sempat kumpul duit nak shopping sakan nanti .

Tapi berbaloi222 sebabnya, 2 adult 2 child pi balik hanya RM60 sajo yer!!!!!!!!! saper nak bagi kan....:-P
Kalau tak jadi pegi pun,takderlah frust sgt pun nanti.....kan kan kan .

P/s : Setelah sessi melepas kan sabar yg amat semalam selesai,dah mereka itu seolah2 insaf sekejap....nak tegur saya macam selalu pun takut (sebab tak pernahkan tengok saya mengamuk)...saya rasa amatlah lega.....kerana apa yg disimpan dapat dilepaskan.Lepas ni don't play2 bila hntr assignment kat saya,amaran keras sudah dibagi CAMPAK / KOYAK bagi assignment yg mcm sampah!


Friday, April 1, 2011

Di Terjah Media pagi tadi

Sekolah Hospitaliti,IKBN Alor Gajah diterjah pihak media pagi tadi.Tak silap dua/ tiga press dari media cetak yang datang.Tujuannya untuk mempromosikan kemasukan / pengambilan student melalui UPU Online . Start kemasukkan July ni, semua permohonan masuk ke IKBN adalah melalui UPU yer..

Buat adik-adik diluar sana yang masih tercari-cari pilihan untuk sambung study ,cepat2 online sebab tarikh tutup untuk fasa 2 ni dah nak tamat iaitu 4 April 2011.
Jadi cepat-cepat terjah

PERMOHONAN MASUK ILKA/TEVT

Masa ni bengkel amali Chinese Service ( F&B) tengah running.

Thursday, March 31, 2011

After 5PM,Aktiviti Ibu-ibu PJJ

Officemate saya masing-masing tengah gian mencari remis di Pantai Kg Sungai Baru Linggi Melaka. Saya yang selama ni hanya menjadi tukang makan,akhirnya terpengaruh juga dengan aktiviti after office hour depa ni.Yang kelakarnya tadi, majoriti yg pi semua ibu-ibu yang PJJ ,apa nak buat dah Mr Hubby masing-masing takde kan.....so sekali sekala boring juga duk terperap jer kat rumah.Dalam 5.30 petang tadi berkonvoi lah kami 4 kereta ke sana.

Tapi,sekali air pasang da...bahayalah sikit ombak kuat. Hasil remis pun berkurang. Tapi tetap enjoy,lagi2 kanak-kanak ribena turut serta. Anak penyu pun ada tau! Yang bahaya dan berbisa pun ada obor2.Nasib baik nampak bila obor2 tu dah sampai ke tepi pantai.Kalau kena sengat ....huh! habislahhhh.

Anak penyu mendarat!

Obor-obor (1st time tgk live)

Sakan yer Aina..pantang jumpa laut

Geng2 taska

Opsssssssss...

Ibu2 sibuk cari remis,Anak2 sibuk main pasir

Cari jgn tak cari

Nota Kaki : Enjoy the moment! Abah dorang sampai  dua tiga kali call risau anak bini pi laut tanpa dia.

Survey: Bila Busy apa yang anda lakukan ?

Sempat nak berkuiz-kuiz pulak.Padahal byk kojer ni..menimbun nak marking paper + paperwork. Sure,kalau time busy ni terpa kekadang tu bosan juga..duk buat kerja yang sama jer.Boleh pening tau kepala.



Jom survey,Apakah yang anda lakukan untuk gumbirakan hati lagi-lagi time kerja menimbun ?

A. Layan lagu yg rancak ,hindustan ke...dangdut ke..sambil2 buat kerja.
B. Mute segala lagu kat PC,concentrate dgn kerja 100%
C. Layan FB / Blog sambil bekerja.(Janji kerja siapkan!)
D. Sambil kerja,sambil tu makan-makan juga....
E. Bergosip sekali sekala hilangkan stress
F. Semua di atas.

Nota Kaki :

 Berikut adalah beberapa tips de-stress penting yang boleh membantu anda.* Mulakan dengan mengambil beberapa nafas dalam-dalam.
* Hembus nafas perlahan-lahan.
* Carilah perubahan di tempat yg baru.
* Ronda2 luar dari work station kita, boleh membantu untuk kembali fokus pada tugas.
* Ketawa!
* Tutup mata anda dan mendengar muzik menenangkan.
* Visualisasan diri anda santai di tempat bercuti kegemaran.

Monday, March 28, 2011

Aleeya Yang Gigih


Layan jap gelagat Aleeya ni yer..gigih dia nak naik atas bekas plastik tu.Sampai marah-marah.Mama dia ni pun satu,buat dek jer....seksa dia nak naik benda alah tu.Gigih tau :-P

Ok...masuk cerita mama dia ni pulak, yang semakin lama semakin kurang pulak dengan entry. Busy lah....lagi-lagi bila student dah habis cuti sem, dengan kelas nya.....lagilah nak mengadap blog kat office tu...tak senang.Balik rumah busy dgn anak-anak...so niat nak update entry pun kekadang musnah....anak tidur..mama dia pun layu jer mata.

Next month pulak,kanak-kanak ribena kena hantar balik kampung. Saya ada kursus di Taylor's University College Lake Campus seminggu anjuran JPA.Nak bawak balik Puchong duk dgn abah depa,siang tak de pulak org nak jaga.Lagipun Aleeya ni pula,jenis susah sangat nak dengan orang yang dia tak kenal.Haru pulak jadinya nanti.Harap-harap nanti di kampung semua under control.


Wednesday, March 16, 2011

Increase Level of Working Mood

Hari ni motto,kerja kena settle kan apa yang patut,Khamis & Jumaat ni cuti dah. Tapi bila student cuti...mood pun kureng..sebab kalau ada student happening tu lain macam sikit. Takde student sunyi sepi jer sekeliling....so mood pun ala2 sepi jer ni.
Sebabnya...seminggu suara tak dilontarkan sepenuhnya...so masuk angin tekak ni dah.Rindu pulak nak pot pet pot pet dgn dia org ni.So,anak tekak pun maintain jer....sempat nak berehat sepuas-puasnya sebelum digunakan semula.

Hari ni, ada kursus "Preparation Hot Beverages", kursus yang diminta oleh Kolej Kemahiran Tinggi Mara Masjid Tanah untuk a few students mereka....so saya sekadar membantu jer bila perlu....biar pakar yang menjadi trainer nyer.....:-)

Nota Kaki : Bila student cuti baru tahukan tahap kobosanan melampau melanda!

Monday, March 14, 2011

Sunyi Sepi

Minggu ni adalah cuti mid semester bagi para pelajar IKBN. Student cuti,kami kerja okey...just ambil cuti Khamis & Jumaat ni je. Time student takde nilah..boleh settle kan kerja2 yang sepatutnya.


Friday, March 11, 2011

Masuk "Kitchen" Selepas 6 Tahun++

Yang pakai Lab Coat (Kitchen pun pakai lab coat juga tau) , tu lah sifu saya..kihkihkih..preparation buat Roasted Chicken, Red Snapper (fillet) & Prawn Cocktail.



Done ! Memang sedap ok..yg hitam2 sikit tu we all sapu madu sesuka rasa (tapi part tu lah da best)

Jangan salah faham tentang tajuk di atas. Selama ni saya setiap hari jengah "kitchen" di rumah ye...yang saya maksudkan "kitchen industry" dulu  time study di UiTM walaupun bukan student Culinary (Chef Training) tapi as student (Hotel Management) kami pun tidak terkecuali masuk kitchen yer (from basic cooking --> liltle bit advance cooking) walaupun saya bukanlah pakar sangat pun.

Tapi hari ni , dapat jugak menghilangkan rindu kesuma bau "kitchen" yang semerbak tu.Apapun memang enjoy..selama ni just front da house je,sebab bidang saya lebih menjurus kepada bidang F&B (Restaurant Service)...bila dapat masuk "Kitchen" memang enjoy.Tu pun sebab masakkan untuk student yg training PKM(Pertandingan Kemahiran Malaysia) bidang Restaurant Service 20/Mac/2011 di UPM nanti.

Wednesday, March 9, 2011

Settle semua Exam Confirmation Jawatan

Alhamdulilah, settle sudah semua Exam ....Undang2,subjek jabatan, Induksi & Kursus Pedagogy (wajib untuk skim E & J under Kementerian Belian & Sukan).So,amatlah lega yg amat. Hampir setahun setengah nak settlekan semua ni tau.Betapa susahnya bila nak sahkan jawatan bila keje gomen ni.(nak dpt pun susah..so bersyukurlah seadanya).

Sebenarnya tadi, keluar result subjek jabatan , tunggu exam ni jerlah yang boleh selesaikan segala penantian.Alhamdulilah lepas ...3 kali ok ambil..ntah mana silapnya....sampai 3 kali saya ambil exam tu..ish ish ish......Tapi,bila dah settle semua lega! Just tunggu surat confirmation jer..yeah!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, February 25, 2011

Sekitar Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IKBN Alir Gajah







Sekitar perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat IKBN Alor Gajah,yang melibatkan pegawai & kakitangan IKBN AG,para pelajar,penduduk setempat dan agensi2 kerajaan berhampiran. Lebih kurang 28 kotinjen yang turut serta dalam perarakan.Layan jer gambar dulu ye.

Nota Kaki : Gambar byk lagi nak dikongsi,tapi nak upload nya memang take time.Line malam ni mcm hampeh!
Hari yg betul2 memenatkan,pagi dgn perarakannya, petang dgn senamrobiklah,poco2 lah tapi yg paling tak boleh blah tu ,akhirnya utk kali pertama terjebak juga dengan paintball.

Friday, February 18, 2011

Assignment Rules!

Oh please ye,pelajar-pelajar semua..... here some tips for success with your assignment : Lecturer pun pernah jadi student,so pada zaman yg serba canggih manggih ni..jangan harap yer nak copy paste je thru internet. Bukan tak boleh google & search then copy & paste...tu semua boleh, but kenalah pandai, use ur brain!

Rules No 1 : Start with draft,outline the point. Jumpa  lecturer atau bincang dengan member.Kalau dah last minute baru terhegeh-hegeh nak buat draft tak payah lah yer, sure ntah apa2 idea yg keluar nanti.Dapat jer topic,terus outline the key point. From draft dari situlah kembangkan  idea,search and google bantuan yg diperlukan.Ambil key point jer then baru kembangkan.

Rules No 2 : Brainstorming ! Perah otak tu keluarkan idea.Kumpulkan dulu idea2 yg mencurah-curah tu  before u start writing.

Rules No 3 : Check ur grammar, at least itu cara nak menunjukkan tahap kepintaran anda dalam menulis.Agak-agak kalau ayat lintang pukang ,apa persepsi orang yang membaca tu? Lu fikirlah sendiri... (ayat dalam blog jangan diamalkan / dijadikan panduan sebab blog ni adalah tempat merapu,lainlah kalau blog tu memang bertujuan untuk pengajaran)

Rules No 4 : Bila dah siap draft tu dengan idea2 yg bombastic, better jumpalah ur lecturer dulu.....confirm boleh pakai idea tu..start ur writing.

Rules No 5 : Don't just copy paste ! Olah ayat tu mengikut kreativiti anda!----> kalau dah ambil idea orang jangan lupa kan orang itu ,letak rujukan dari mana sumber tu u all dapat.Lagi banyak lagi bagus,tu tandanya u all ada usaha mencari maklumat dan buat kajian.

Rules No 6 : Please ikut format yang sudah ditetapkan.Jangan syok sendiri jer yer,ingat nak tulis surat cinta untuk awek?

Rules No 7 : Twin assignment elakkan! Taulah cari maklumat sama-sama,cari idea pun bersama-sama juga, tapi bila hantar report dari muka depan sampai muka akhir pun sama,urm agak2 lepas tu apa akan jadi yer?

Rules No 8 : Kemas ! Sedap mata memandang dan tersusun. Kekemasan kerja anda amat penting.Mana tau,kalau lecturer tu baik hati,jatuh cinta dengan kekemasan anda,extra bonus di situ.

Rules No 9 : On time ! Due date perlu di patuhi. Itu wajib.Macam saya sendiri memang pantang student hantar assignment lambat......nak reject kesian,so terimalah dengan hati yang panas membara.So,faham2lah tang markah tu yer.

Rules No 10 : Ingat ! jangan meniru 100%. Gunakan kebijaksanaan anda sewajarnya!

Nota Kaki : Ha,kan dah merapu lagi malam ni...gara-gara menanda assignment lah ni.

Monday, February 7, 2011

Jom Minum Per'l Cafe dulu!

Saya dilanda Monday Blues hari ni kat office. Masuk jer office datang dah sengal2 satu badan. Uwaaaa tak suka situasi ni....banyak kerja nak buat.Kelas kena masuk..takkan nak tunjuk muka letih depan student kan.
So..untuk mengelakkan mood yang tak stabil dengan sakit tekaknya (ulser lak tu) ditambah dengan sengal-sengal badan ni bermaharajalela..jawapannya!