Friday, February 5, 2016

Masih ada yang sudi?


Salam 2015,

Agak-agak masih ada tak yang sudi singgah blog ni. Tetiba sampai seru pulak nak jengah blog yang dah berlumut ni. Rindu zaman-zaman aktif berblog..geng-geng lama pun entah ke mana menghilang. 

Tup tap tup tap dari zaman anak sorang sekarang dah masuk 4 anak mak. Erm..... nampak tak betapa derhakanya aku untuk tinggal dan lupakan blog yang satu masa dulu sebagai tempat luahan perasaan.


Mak baru lepas habis pantang anak NOMBOR 4... ye.... 4! Kejam kan... anak no 1 gigih update setiap moment, masuk anak seterusnya.... fuh! 

Meh mak payung anak2 syurga !

No3 : Muhammad Ameer Nadhif 

No 1 & 2 : Nur Aleeya Yasmin & Nur Aina Sarah


No 4 : Muhammad Lutfh Danish






Monday, May 6, 2013

Cuti am diumumkan

Jangan nak dok mimpi.....masing2 semalam duk menunnggu pengumuman cuti...yang tak kumjung tiba.... Tapi saya tetap cuti even Melaka tak umumkan cuti...sebab dah ambil cuti rehat awal2....hihihi.

Dok berperang dgn anak2, nasib baik kakak pi sekolah. Itulah bila PJJ dgn en hubby,kena pandai2 uruskan 3 kiddos ni, dia pagi2 tadi dah bertolak balik KL, rutin mingguan, awatlah KL X umum cuti.,,

Keputusan rasmi PRU13

Akhirnya .... selesai sudah. Rakyat Malaysia sudah membuat pilihan. Kerajaan yg dibina, Anda perlu berkerja kuat slps ini. Tingkatkan semula keyakinan rakyat.

Peace ...

Sunday, May 5, 2013

Macam menunggu pengumuman raya

Seluruh Malaysia berdebar menanti keputusan... di Muka buku...berdesap desup result keluar...apapun ... mana2 parti yg mana... moga Malaysia sentiasa dilidungiNya.

Friday, May 3, 2013

Tagine from Morocco jom order

Mesti Ada yg minat dgn masakan Morocco kan, sy ada stock tagine yg limited qty utk dijual..c.o.d KL n Melaka area.... RM60 tidak termasuk postage.

Doa Sempena PRU13

 
Buat yang confuse nak mengudi mana , sebab sekarang macam2 story terutama di media sosial..jom kita buat solat isthikarah mohon petunjuk...yg dah confirm nak ngdi yang mana pun jom sama2 buat...moga dapat petunjuk terkahir.
 
 
 

Thursday, May 2, 2013

Habatussauda ! In da house...

Confirm ramai dah tau apa kebaikkan habatussauda... malas nak story banyak..goggle je kompem banyak jumpa kebaikkannya...
Kalau ada yg berminat..boleh je tanya....nak beli mmg saya ada stok la ni....
Berapa RM? RM12 je... tu tak termasuk postage yer...COD pun boleh...cover area KL n Melaka....caj bergantung pd jarak....

Taraaaa my new kiddos.... dah 6 bulan uolls..

Ambikkkkk.... anak dah masuk 3.... since berblog sejak anak 1st dulu..... masuk anak ke2...jarang2 hapdate....masuk yg ke3...dah 6 bulan baru tunjuk muka kat blog ni...

Anak first sungguh excited meng 'update'....pengalaman pertama kan.....sungguh manis moment tu.,.rakan2 sepejuangan dulu pun entah kemana...kalau ada yg masih ingat....meh lah kita berkomen2 semula,,..

Wednesday, May 1, 2013

Hujan

Bila lama dah tak menulis, dok baca blog org je...maka time cuti2 ni dan dengan cuaca yg sejuk turunnya hujan..macam ada sentimental feel bila menulis.

Best bila cuti2, hujan turun...tak pi mana bersantai2 je dalam rumah , bagai satu nikmat yg tak terhingga....rindu pulak zaman2 masa aktif berblog dulu....bila lah aku ada kudrat dan satu perasaan yg kuat utk rajin berblog semula.

In shaa Allah, mungkinkah..... dlm masa terdekat ni...hobby lama kembali bertaut?

Tuesday, October 9, 2012

Jom sapu sawang


Penuh sungguh sawang dalam blog ni. Susahkan bila mood bersihkan sawang dalam blog ni sungguh lah berswing-swing.

Tetiba naluri keibuan meronta-ronta untuk kembali mencoret apa yang patut dalam blog ni.

Sekarang, saya dah 39 weeks preggy...menunggu masa dan menghitung hari baby keluar ni.....anak ke3..hah! ambik.....masa anak sulung punyalah rajin update sentiasa perkembangan anak, anak ke2 ala-ala suam-suam  kuku je update..masuk yang ke3 lagi hampeh tak update langsung perkembangan kehamilan.Bukan tak excited cuma...MOOD tu turn to -ve .

Harap-harap lepas kelahiran anak ke3 ni,mood tu dapat kembali semula macam dulu.

Mana yang sudi terbaca atau tersinggah blog ni semula,doa-doa kan moga dipermudahkan proses kelahiran baby ni ye....


Wednesday, January 4, 2012

First Entry 2012

Sudah 4 hari kita melepasi tahun 2012. Ini bermakna usia kian bertambah,apatah lagi this year angka 2 depan tu dah menjadi 3 ....wawawa...... kematangan usia yang semakin mengusik jiwa.(terimalah hakikat kan)

Hari ni juga hari pertama Aina di Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah,Melaka. Besar sudah anak dara aku ni. Belajar rajin-rajin tau Aina!

Azam tahun baru?

Erm...semua nak yang terbaik kan?
Aku just inginkan sebuah family yang semakin erat kasih sayangnya, kerjaya yang terbaik serta kesihatan yang baik!

Thursday, November 10, 2011

Sedarkah Kita!

1. Sekurang kurangnya 2 orang di dunia ini amat mengasihi dan menyintai diri anda.. Mereka sanggup berkorban apa saja. Utk. Anda!

2. Sekurang kurangnya 15 orang di dunia ini mengasihi anda dgn. Cara dan sebab yang berbeza.

3. Tiap malam 'SESEORANG' Sentiasa mengingati anda sebelum tidur nya.

4. Diri mu amat bermakna pada seseorang.

5. Jika tidak kerana mu. 'Seseorang' tidak akan 'Hidup' kini.

6. Anda adalah insan yang sungguh istimewa dan unik.

7. Senyuman manis lagi ikhlas dari anda boleh memberi kegembiraan pada seseorang walaupun jika mereka 'Tak Sukakan' anda!

8. Seseorang sentiasa mendoakan keselamatan, kebahagiaan & kejayaan anda.

Sedarilah...
Anda disayangi
Hargailah diri anda!


Tuesday, October 25, 2011

Good Girl Aleeya! Jom Solat ;-)


Hi,

Good girl Aleeya!Semoga dipermudahkan segala urusan anak mama dunia dan akhirat :-)

Monday, October 24, 2011

Cucur Udang Kuah Kacang

Hi,

Cucur udang kuah kacang, menu minum petang kami semalam. Sengalkan , baru nak upload and update malam ni. Takpelah janji update jugak,sebab kesian Aina dah posing with kuah kacang tu.




Resepi Kuah Kacang

  • 300 gm kacang ( salai n kisar --- > jangan halus sangat dan jangan kasar sangat)
  • 20 helai cili kering (agak2 kalau tak nak pedas sikit jerlah,nak pedas kasi extra....kisar)
  • 3 ulas bawang putih, 2 inci halia, 4 ulas bawang putih, sebatang serai ,2 inci belacan bakar (kisar)
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 3 sudu gula pasir
  • sebatang serai
  • sedikit garam
CARA MASAK
  1. Tumis bawang,halia,belacan dan serai yang dikisar.
  2. Masuk cili kisar dan serai sebatang.
  3. Masuk kacang kisar dan air sikit demi sikit.(jgn masuk semua nanti kembang , so masuk sikit2 erk,top up dgn air)
  4. Masukkan serai yang dititik.
  5. Masukkan gula melaka, gula pasir dan garam.
  6. Taraaaaa,siappppp!

Monday, October 17, 2011

Stupid People yang tidak berperikemanusian

Hi,

Nota untuk Aina dan Aleeya.

Mama touching sangat malam ni,sudahlah feel silence alone kat rumah without abah yang dah balik KL dan without Aina dan Aleeya kat rumah atuk tu...dikejutkan dengan berita yang begitu menyayatkan hati.Menitis air mata bila menaip kata-kata dan melihat sendiri kejadian yang menimpa rakan sebaya yang lebih kurang umurnya dengan Aleeya  dilanggar van dan tidak dipedulikan oleh orang-orang yang lalu lalang.Stupid people yang tidak berperikemanusia.

Aina & Aleeya,

Sebenarnya mama tak sanggup nak tengok video ni,tapi mama nak kongsi untuk semua yang kat luar sana,please janganlah perkara sebegini berlaku kepada kanak-kanak lagi .... prihatin lah pada mereka yang memerlukan perhatian dan pertolongan daripada kita.

Aina & Aleeya,

Please sabar ye anak-anak mama,this coming Friday mama datang  dan kita balik rumah ye.Mama rindu sangat kat Aina & Aleeya.....




P/S : Mood : Packing bags & leaving home again ---> Empress Hotel ,Sepang(Bengkel Gubal Soalan Peperiksaan Akhir)

Monday Blues

Hi,

Moga-moga hari ni dapat siapkan semua kerja yang terbengkalai. Belum sampai office dah dok terbayang banyak benda yang perlu diselesaikan sebelum outstation lagi esok selama 4 hari. Nasib baik kelas amali ada yang gantikan,tapi kena juga ambil tahu.....takkan nak let go je kat orang kerja kita kan. Mr Hubby sesudah subuh dah terbang balik ke KL,rutin dia setiap minggu. Bilalah kami dah kembali seperti keadaan normal macam dulu...tak suka22222 bila PJJ ni.....:-(

Mood : miss them so much Aina and Aleeya.......


Sunday, October 16, 2011

Bila Kanak-kanak ribena di kampung....

Hi,

This is driving me crazy! Yeah....rasa macam hambar je buka pintu rumah bila kanak-kanak ribena takde.Huh! padahal baru beberapa jam je, balik jenguk depa kat kampung. Hati mama ni,dah start tak keruan! See the clothes , terbayang depa...see the toys .....terbayang depa...even see the bed pun terbayang depa. Nasib baik ada Skype..... kan... :-P

Aina & Aleeya,
Sian mama tau, bila abah dah balik KL esok...tinggallah mama alone .... huhuhuhu..cepatlah habis bengkel.Padahal pi pun belum bengkel tu,yang start on Tuesday till Friday...mama dah meroyan!Waaaaaa....awatlah berturut2 kena outstation ni.....tak sanggup tinggalkan depa lama2 kat kampung tu :-(.

Aina & Aleeya,
Nak tau apa mama buat tadi bila korang takde, dok mendownload berpuluh-puluh lagu yang memang confirm mama tak dapat buat time korang ada. Kesian suara mama ni......takdelah nak terjerit-jeritkan korang......kesian mama..takde orang nak merajuk dengan mama .......:-(

Cepatlah,next Friday datang......


Saturday, October 15, 2011

I'm gonna miss you again!

Hi,

Lega! Bila dapat tatap face to face kanak-kanak ribena setelah ditinggalkan 4 hari kat kampung ni. Follow field trip pun hati gundah gulana,kerana saya memang jarang tinggalkan depa lama-lama,kecuali terpaksa.Ikutkan hati memang malas nak join field trip tu,tapi apakan daya dah tugas kan.

Ingatkan seminggu je outstation,sekali bos bagi memo,sambung lagi next week ke Sepang untuk gubal soalan final exam..huhuhuhu...lagi seminggulah berjauhan dengan kanak-kanak ribena ni. Adus,hate this situation ok...bila berjauhan dengan anak,saya mudah touching.

Demi tugas,gagah kan juga kan....nasib baik kanak-kanak ribena ni..mudah dikawal bila mama dia ni tiada depan mata. Kanak-kanak kan bila tiada kita depan mata, pandai pulak berdikari.