Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Pagi Sabtu :Pantai Klebang + Econsave Sg Udang


Sebenarnya tak tahu nak ke mana hari ni,so ronda-ronda by car je tepi Pantai Klebang..tak keluar kereta pun..malas nak berpasir2. Aina dah meroyan bila tengok layang-layang tu.Mama dia je malas nak layan.Zalim kan ! Lepas tu breakfast kat kedai makan tepi jalan Pantai Klebang tu.....jauh sikitlah nak nampak pantai sebab pantai tu kan dah kena tambak.

Sebelum balik,singgah sat Econsave Sg Udang,apa lagi beli barang-brang dapur lah yer.Biasalah hujung2 minggu ni,mood memasak tu di paras kemuncak kan?


A.Yang best Econsave ni,org tak ramai tapi barang2 basah banyak pilihan & fresh.
B.Whole Chicken : RM6.49/kg
C. Ikan pun banyak pilihan
D. Big Boss massage jap,penat sangat agaknya,KL-Melaka-KL setiap minggu

Nota Kaki : Total Pageviews semakin menghampiri angka 5555. Jangan lupa yer capture & Prt SC.

Sunday, March 27, 2011

Cuti,Masak,Makan dan ZZzzzz

Hujung minggu adalah hari makan makan bagi kami. Dua hari ni Sabtu Ahad,malas nak keluar ke mana..lagi pun Air-cond kereta buat hal....Isnin baru boleh buat service..so lagilah malas nak ke mana-mana.

Sudahnya, duduk rumah ni buat aktiviti mengemukkan badan. Perut kenyang mata pun layu jer. Pagi ni layan lempeng kelapa...gara2 teringat lempeng kelapa kat office hari tu (member belanja 30 keping lempeng kelapa yang sedapppppppp). So hari ni,kami pun layan lempeng kelapa lagi.

# Lempeng yang org belanja Jumaat lepas(sambal dia meletop!)

Minggu ni betul-betul kami menikmati cuti Sabtu Ahad yang relax di rumah.Jap lagi duk fikir menu untuk tengahari pulak.Tengok..makan lagi...!!!!!!!!!Waaaa.........nak diet22222! 


Friday, March 11, 2011

Jom Terjah MATTA Fair


MATTA Fair dah start at KL today.Nasib baik saya di Melaka sekarang,kalau tak dah selamat berlenggang kangkung di PWTC.
Melaka on July..ok...lambat bangat seh.Takper dah paksa Mr Hubby suruh terjah at PWTC hari ni dulu.

MATTA Fair Kuala Lumpur March 2011 : 11 - 13 Mar 2011

MATTA Fair Sarawak 2011 : 11 - 13 Mar 2011

MATTA Fair Perak 2011 : 11 - 13 Mar 2011

MATTA Fair Johor 2011 : 25 - 27 Mar 2011

MALAYSIA TOURISM EXCHANGE 2011 (MTEX 2011) : 22 - 25 May 2011

MATTA Fair Negeri Sembilan 2011 : 8 - 10 Jul 2011

MATTA Fair Penang 2011 : 22 - 24 Jul 2011

MATTA Fair Melaka 2011 : 29 - 31 Jul 2011



Thursday, February 24, 2011

Backdated Picture - Ronda2 Kota Melaka





Entry ni sebenarnya dah out of date , rasanya dah sebulan lebih dah,baru terhegeh2 kan nak post juga.At least walaupun lambat,tapi sekurang2 ada juga kenangan kan?Gambar2 ni sewaktu saya and family,adik2 saya dan 2 orang anak buah tu....berjimba2 at Melaka.So,dah dorang datang sini,so tak adillah kalau tak bawa ronda2 kota Melaka kan?

Memang best and enjoy dengan depa ni.2 hari berturut2 kami bersuka ria.1st day mana lagi kalau tak ke Dataran Pahlawan,Menara Tamingsari,Kota Afamosa dan kawasan2 sekitarnya.
Second day,kami bermandi2 manda di Melaka WaterPark pulak.So ....layan jerlah.


Saturday, February 19, 2011

Mini Camping at Pengkalang Balak





Inilah aktiviti kami,di pagi Sabtu yang aman damai. Lama dah plan tapi duk tertunda jer. Mr hubby dengan pancingnya dan saya dengan kanak-kanak ribena just melepak  kat khemah,makan makan dan makan lagi. Apapun memang best,walaupun sakit tekak duk jerit kan Aina yang tak tau duk diam.

Ikan? urmmmm umpan jer hilang. Ikan2 kat situ dah lali dah,tak payah lah nak perangkap depa.Kata2 kecewa..hahahaha.

Saturday, February 5, 2011

Menghabiskan Sisa2 Cuti CNY

Menghabiskan sisa-sisa cuti CNY, sebelum balik semula ke Melaka esok. Layan jerlah kehendak kanak-kanak ribena ni....redah jerlah.Cepatnya cuti 4 hari ni kan?

 Tak dapat masuk Sunway Lagoon, bergambar dengan Mr Duck ni pun ok ....

Sampai hati Aina sama kan Mr Perut Boroi ni dgn abah kan?Ish ish.....mama tak cakap....Aina yg cakap..

Tak nak kawan mama!!! Aina nak main jugak Piano tu........(Lantak lah Aina....ada mama kisah?)

Aleeya : Besarnya rabbit tu mama!

Mama dah penat lah Aina..jom balik!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, January 26, 2011

Langkawi Trip Day 2 (Episod 2)

Selepas sessi menipiskan wallet di Pekan Kuah, kami buat keputusan untuk ke Langkawi Cable Car.Pada mulanya, aku tak sanggup nak naik, tapi Mr Hubby dok perli jer ....... so berani kan jer lah diri erk..tak pergi nanti menyesal pulak.

Apapun pun memang enjoy dan mengayatkan kat atas tu.



Yang tepi sekalilah , tu lah Mira..cousin hubby yg menjadi tourist guide kami.Thanks Mira!





Tuesday, January 25, 2011

Langkawi Trip Day 2 (Episod 1)

Ok..sambungan dari episod 1, hari ke2..cousin Hubby datang pick up kami. Lepas jer breakfast, kami pun menuju ke destinasi yang pertama. Tempat yang wajib dilawati kalau dah sampai Langkawi ni.

Dataran Helang lah..lepas posing sana posing sini sampai penat....kami ronda-ronda ke Taman Lagenda...sebelah jerkan...ishhh sayang kan tak jaga taman ni..nampak terbiar sangat tau.Walaupun mcm arca yang dibina....tapi tempat ni macam tak dijaga langsung.




Erm.....agak2 dah bosan kat taman tu.....mana lagi kalau tak ke Pekan Kuah.Shopping Time!!!!!!!!

Sunday, January 23, 2011

Day 1 Langkawi Trip (Episod 2)

Di Langkawi,kami tak sewa kereta pun,sebab kebetulan cousin Mr Hubby mengajar kat sini,so hari ke2 nanti dia yang akan jd tourist guide kami.Senang sikitkan bila ada org yg dah biasa tentang selok belok pulau ni.

Untuk hari pertama,disebabkan kami pun sampai dah petang, so tempat yg terdekat utk diterjah adalah Pantai Cenang. Wow......happening Pantai Cenang ni.....bak kata Mr Hubby ..dah jd ala2 Bali pulak.

So sape2 yg nak cuci2 mata.....silalah terjah Pantai Cenang.Ish ish ish.


Aina memang pantang jumpa air, Aleeya takut2 sebab sejukkan....

Day 1 Langkawi Trip 20-22 Jan 2011(Episod 1)


Selamat sudah pulang dari Pulau Lagenda.So,sekarang time to share moment2 terindah di sana.Sebenarnya plan ke Langkawi ni dah lama,cuma budget dan masa yang x kesampaian.At last,hujung Dec hari tu...godek2 AirAsia.com,tgk2 ada package yg menarik tu yg hati tertarik2 tergoda2....terus booking.
Plan asal..booking just we all anak beranak jer...tp bila fikir2 kesian pulak adik yg dok tunggu result SPM dok meroyan kebosanan kat rumah,so kakak dia yg baik hati ni pun....booking lah utk dia sekali.

Kami bertolak dari Melaka ke LCCT lebih kurang 9am ,park kereta kat LCCT parking jugak.RM90 for 3 days.Flight ,1405. Ala...sejam dah sampai.Nak lena pun tak sempat.Cuma yang penatnya melayan kanak2 ribena 2 org ni,huhuhuhu blh bikin sakit jiwa mama dia ni.

Sampai jer,Airport Langkawi...1st sekali cari Taxi. Taxi ke Pantai Cenang (kami menginap di Nadias) ,rate RM18 . oklah kot...sebab Airport ke Pantai Cenang just lbh kurang 15 minit.

Yang penting,sampai jer bilik..masing2 landing dulu..penat seh.Petang kami terjah Pantai Cenang dulu..seberang jalan hotel jer.....




Wednesday, January 19, 2011

Flight to .....

Esok cuti...tapi Melaka tak ambik pun Thaipusam as Public Holiday. Tapi ada aku kisah...tak bagi public holiday....aku ambik annual leave (yg tahun lepas pun ada balance lagi ni)


Deng deng.....
Esok kami anak beranak akan ke mana yer?



Sure semua tahu punya location helang ni kan?

Semoga perancangan kami berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.



Sunday, September 19, 2010

Cuti Raya Part 4

Sambungan dari PArt 3, Sebenarnya planning awal kita orang balik dari Penang nak singgah ke Cameron,tapi last minute tukar plan.....(nasib baik x pi on the way balik Penang - KL hujan lebat sepanjang jalan).
Lepas tu fikir2 ke Morib jer nak rehat2 jer kan...tu pun tukar plan lagi...x jadi pergi sebab kes yang tengah hot yang berlaku kat kawasan sekitar Morib tu....
At last lepas survey online,akhirnya kami ke PD jew....dokat senang lepas tu terus balik Melaka.

Try call Rumah Peranginan Perseketuan,harap2 ada kosong...Alhamdulilah ada kosong on Friday...17Sept..hihihi....

Sekarang ni Rumah Peranginan Persekutuan PD diambil alih pengurusannya oleh MITC Ancasa Hotel....yang uruskan Permaisuri Resort.So,kami amatlah berpuas hati dengan service & harganya esp untuk gov servant.
 Link :

http://www.mitcchainhotel.com/wt-permaisuriresortpd.php
Untuk goverment  servant abaikan yer room rate dalam website tu, yang sebenarnya jauh lebih murah.

Kita orang just ambik Apt 2 bilik kat blok lama,dengan rate RM46(inc. service tax ) per night jer...tu pun dah puas hati.Cuma, jangan lupa bawa ubat nyamuk sebab nyamuk akan berdondang dengdang.

As gov servant,x payah susah nak apply online thru BPH mcm rumah perangina persekutuan lain tu,just call this number 066621558 untuk booking bilik...make sure tanya gov rate,kalo x dorang akan charge harga macam dalam website tu...sebagai contoh Apartment 3 bilik VIP untuk weekend RM650/night tapi untuk gov. servant just RM177/night jer.

So cuci2 mata yer tgk picture ni..



Antara yg kemudahan yang disedikan :

1) Tmpt BBQ (byk jugak disediakan)
2) Private Beach
3) Swimming pool yang dijaga rapi
4) Makanan x taulah pulak sebab kami makan diluar

Cuti Raya Part 3

Hihi...masuk part 3 dah...ambik ko sekali update berderet-deret..kalo x update bersawang-sawang blog ni..

Ok part 3 ...just berkisarkan hari raya kami di Penang jer...alhamdulilah..perjalanan dari N9 ke Penang ,berjalan lancar....sebelum sampai...MIL dah beritahu satu rumah pi keluar ke Kedah ada kenduri..so dalam kepala otak kami sampai tengahari nanti surelah..dapur x berasap..so bila kita orang sampai jer terus cari kedai makan pulak tu perut tengah berkeroncong...biasalah time2 raya ni..jarang2 kedai bukan time lunch hour yang ada pun kat Penang ni kedai Nasi Kandar...bosanlah...Sekali masuk jer Sg Dua...tengok2 kedai Mee Udang buka....so apalagi.....slurpppp jerlah.

Kat Penang lagi zalim..hihi..just beraya jiran2 sebelah rumah jer...lagi malas tahap gaban..hahahahah...Lepas tu pi meronda2 ke pulau .....cari jeruk....pusing2 gurney road....tu jerlah..selebihnya lepak kat rumah jer...sebab cuaca..panas...hihihi..kesian baby ...again alasan menggunakan baby.

Bercanda dengan Aleeya di tepi bendang

FIL dengan cucunya(merangkap anak buah aku lah kan?) hihi