Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Cuti,Masak,Makan dan ZZzzzz

Hujung minggu adalah hari makan makan bagi kami. Dua hari ni Sabtu Ahad,malas nak keluar ke mana..lagi pun Air-cond kereta buat hal....Isnin baru boleh buat service..so lagilah malas nak ke mana-mana.

Sudahnya, duduk rumah ni buat aktiviti mengemukkan badan. Perut kenyang mata pun layu jer. Pagi ni layan lempeng kelapa...gara2 teringat lempeng kelapa kat office hari tu (member belanja 30 keping lempeng kelapa yang sedapppppppp). So hari ni,kami pun layan lempeng kelapa lagi.

# Lempeng yang org belanja Jumaat lepas(sambal dia meletop!)

Minggu ni betul-betul kami menikmati cuti Sabtu Ahad yang relax di rumah.Jap lagi duk fikir menu untuk tengahari pulak.Tengok..makan lagi...!!!!!!!!!Waaaa.........nak diet22222! 


Thursday, March 3, 2011

Jala Emas

Teringat kisah tentang Jala Emas.Sejenis kuih dari Kelantan yg 1st time saya dengar last year.masa tu Pertandingan Pra-Kelayakan PKM yang mana kami menjadi tuan rumah. Masa tu,saya salah seorang pegawai yang  incharge untuk 'Restaurant Service'---.memang bidang sayalah....sekali dapat menu dari pihak JPK,terselit Jala Emas dalam dessert item.

Bila rujuk dgn Pastry Department..confirm depa tak pernah buat.Akhirnya ada juga  a few student yang memang berasal dari Kelantan yang boleh buat.Settle beb masalah.Tapi satu lagi masalahnya..adalah menggunakan telur itik.Mahal oooooooo......Settle je...bila rasa manisnyaaaaaaaa......tapi kuih tu pun memang sepatutnya manis.Yang kelakarnya, depa memang surrerder nak buat lagi..memang complicated sikit nak buat..memerlukan kesabaran yang amat tinggi.



....
....
....
....

Taraaa.....siap pun kan!




Sunday, February 27, 2011

Sausage Roll & Bread Roll with Bolognese Sauce

Breakfast kalau hari2 cuti memang memeningkan.Hari-hari macam benda yang sama jer makan. Hari ni,blur nak masak apa / beli apa for breakfast. So....bila jenguk-jenguk kat dapur tu apa yang ada belasah jerlah.

1) Roti ----> ada
2) Sausage -----> ada
3) Telur -----> ada
4) Bolognese sauce (lebih buat spagetti smlm) ----> ada

Ok ....done . Gulung-gulung roti tu masuk sausage / bolognese sauce.....cover dgn telur.Masuk oven-,bakar!
Tara...siap!!!!!!!!!


Licin gak..hehehehe

Nota Kaki : Lunch hari ni pun  blur nak masak apa,nak makan kat luar pun blur nak makan kat mana best di Melaka ni.ayaaaaaaaaaaaaa!