Tuesday, June 7, 2011

'Layan macam pelacur'

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi. Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed. “Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.
“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.
“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.
Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.
Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.
 
P/s: Setuju  dengan artikel di atas, tapi tak berapa setuju dengan statement nak samakan seorang isteri dengan seorang pelacur.Pelacur tu dah bawa maksud lain dah.Memang betul tanggungjawab isteri kepada suami tu besar, cuma persamaan istilah layanan isteri dan layanan pelacur urmmmm macam tak sesuai jew.
 

Thanks Nuffnang

Dengan mood yang tak berapa stabil masuk ofis hari ni,disebabkan cuti semalam,sekali tersengih jap bila ada surat atas meja.Sekali buka,cheque from MR Nuff,walaupun seciput jer,dapat gak membuat kan hati ni berbunga2.Hehehehehe,thanks Mr Nuff!

Saturday, June 4, 2011

6th Wedding Anniversary

Hari ni genap usia perkahwinan kami menjangkau ke tahun yang ke-6. Semoga kami bertambah matang mengharungi perkahwinan ini.Cepat betul masa berlalu, pejam celik dah 6 tahun rupanya.:-) .Macam tak caya jer, kekadang nak tergelak juga,dari zaman bercintan cintun dulu sampai la ni dah anak dua,tak sedar rupanya usia perkahwinan dah semakin meningkat.Semoga kehidupan kami sentiasa di rahmatiNya..dan dikurniakan anak2 yang soleh solehah.Amin.


Friday, June 3, 2011

Nora Seth Tan Nora Seth Tan


Fenomena betul story ni,masuk2 jer ofis pagi2 dah keluar story mory pasal depa.
Tapi tulah best,cerita yang dinanti setiap petang.



Thursday, June 2, 2011

Manusia semakin zalim dan kejam!


SUNGAI SIPUT, May 31 (Bernama) -- A nine-month-old baby girl was found dead

with body injuries believed to have been inflicted by her mentally disturbed parents.
Sungai Siput deputy police chief DSP Ernest John told reporters today that
Norliyana was found wrapped in a sarong in a room of her parents'' house in Taman
Muhibah Jaya here yesterday.He said that the girl''s uncle found her dead at 2.40am reported to the
police. The body was taken to the Sungai Siput Hospital.Preliminary investigation showed that the infant''s 38-year-old father, a burger seller, and her 29-year-old mother both had a history of mental illness.
Police will wait for the autopsy report before classifying the case, John said "If the autopsy confirms that the baby died of abuse, her death will be investigated as a murder case," he said.