Thursday, March 31, 2011

After 5PM,Aktiviti Ibu-ibu PJJ

Officemate saya masing-masing tengah gian mencari remis di Pantai Kg Sungai Baru Linggi Melaka. Saya yang selama ni hanya menjadi tukang makan,akhirnya terpengaruh juga dengan aktiviti after office hour depa ni.Yang kelakarnya tadi, majoriti yg pi semua ibu-ibu yang PJJ ,apa nak buat dah Mr Hubby masing-masing takde kan.....so sekali sekala boring juga duk terperap jer kat rumah.Dalam 5.30 petang tadi berkonvoi lah kami 4 kereta ke sana.

Tapi,sekali air pasang da...bahayalah sikit ombak kuat. Hasil remis pun berkurang. Tapi tetap enjoy,lagi2 kanak-kanak ribena turut serta. Anak penyu pun ada tau! Yang bahaya dan berbisa pun ada obor2.Nasib baik nampak bila obor2 tu dah sampai ke tepi pantai.Kalau kena sengat ....huh! habislahhhh.

Anak penyu mendarat!

Obor-obor (1st time tgk live)

Sakan yer Aina..pantang jumpa laut

Geng2 taska

Opsssssssss...

Ibu2 sibuk cari remis,Anak2 sibuk main pasir

Cari jgn tak cari

Nota Kaki : Enjoy the moment! Abah dorang sampai  dua tiga kali call risau anak bini pi laut tanpa dia.

Menu Lunch Hari Ni !

Entry kejam tayang food lagi. Inilah menu lunch saya hari ini.

Chicken Chop + Black Pepper Sauce = RM5
Support jualan by student.

Ni boleh mendatangkan geram tau!!!! :-P
Student task : Sessi melantak & bagi komen


Komen jangan tak komen!!!!

Survey: Bila Busy apa yang anda lakukan ?

Sempat nak berkuiz-kuiz pulak.Padahal byk kojer ni..menimbun nak marking paper + paperwork. Sure,kalau time busy ni terpa kekadang tu bosan juga..duk buat kerja yang sama jer.Boleh pening tau kepala.



Jom survey,Apakah yang anda lakukan untuk gumbirakan hati lagi-lagi time kerja menimbun ?

A. Layan lagu yg rancak ,hindustan ke...dangdut ke..sambil2 buat kerja.
B. Mute segala lagu kat PC,concentrate dgn kerja 100%
C. Layan FB / Blog sambil bekerja.(Janji kerja siapkan!)
D. Sambil kerja,sambil tu makan-makan juga....
E. Bergosip sekali sekala hilangkan stress
F. Semua di atas.

Nota Kaki :

 Berikut adalah beberapa tips de-stress penting yang boleh membantu anda.* Mulakan dengan mengambil beberapa nafas dalam-dalam.
* Hembus nafas perlahan-lahan.
* Carilah perubahan di tempat yg baru.
* Ronda2 luar dari work station kita, boleh membantu untuk kembali fokus pada tugas.
* Ketawa!
* Tutup mata anda dan mendengar muzik menenangkan.
* Visualisasan diri anda santai di tempat bercuti kegemaran.

Wednesday, March 30, 2011

Wordless Wednesday (Tayang Seafood Lasagne)


Entry zalim..:-P Siapa yang kecur tgk jangan marah erk. Tengahari tadi dalam duk lapar2,teringin nak makan siput sedut lah apa kebendanya, sekali member yang ada kelas amali dengan student bawak masuk ke office 2 seafood lasagne.Memang rezeki ...tersengih I tau....lagi-lagi bila tgk favourite food di bawak masuk.


Bila time sengal datang

Toing toing biji mata dah ni,marking paper. Menimbun pulak...poningg.Macam-macam jawapan ada tu lagi poning.


Dahlah lapar ni......breakfast tak cukup tadi.(selalu heavy breakfast) sekali dpt ala-ala appetizer jer,mana tak sengal datang.


Masuk kerja jer tadi,terus masuk kelas buat test untuk budak2 ni.Hihihi..trick2 nak meniru tak payah lah erk...jeling kiri kanan pun saya nampak!
.
.
.
.
.
.
Nak makan siput sedut lah lunch hour ni :-)


Nilai Sendiri!

\
Kita nilai sendirilah..tak tau nak cakap macam mana !! Geram Sangat!

Hepi yer!


Tuesday, March 29, 2011

Masa ..sempatkah?

Sudah hari Selasa ya.....huh! Lambat seh Jumaat....:-P
Hari ni terjaga 6.48 am maknanya kelam kabut lah nak siapkan Aina & bersedia ke tempat kerja.Lupa nak set alarm malam tadi.Pang sekali..pelupa sangat la ni.
Tapi bagus juga..lambat2 pun cepat juga siap.Tau pulak tak tergedik2 buat tu buat ni..pantas jer....siap pun on time! Tau pulak menghargai masa kan.

" Kalau kita tau bila sampai masanya kita meninggalkan dunia...agaknya masa yang tinggal tu kita akan gunakan sebaik mungkin.Takdelah lalai dan leka dengan duniawi.Erm.....:-( "

Monday, March 28, 2011

Aleeya Yang Gigih

video

Layan jap gelagat Aleeya ni yer..gigih dia nak naik atas bekas plastik tu.Sampai marah-marah.Mama dia ni pun satu,buat dek jer....seksa dia nak naik benda alah tu.Gigih tau :-P

Ok...masuk cerita mama dia ni pulak, yang semakin lama semakin kurang pulak dengan entry. Busy lah....lagi-lagi bila student dah habis cuti sem, dengan kelas nya.....lagilah nak mengadap blog kat office tu...tak senang.Balik rumah busy dgn anak-anak...so niat nak update entry pun kekadang musnah....anak tidur..mama dia pun layu jer mata.

Next month pulak,kanak-kanak ribena kena hantar balik kampung. Saya ada kursus di Taylor's University College Lake Campus seminggu anjuran JPA.Nak bawak balik Puchong duk dgn abah depa,siang tak de pulak org nak jaga.Lagipun Aleeya ni pula,jenis susah sangat nak dengan orang yang dia tak kenal.Haru pulak jadinya nanti.Harap-harap nanti di kampung semua under control.


SKM oh SKM

Kami ke KEMAS Rembau tadi.Tujuannya untuk berjumpa dgn Pegawai Penilai bagi PPT SKM Tahap 1-3. Even dah ada Diploma/Degree bidang  dalam bidang tertentu, sebagai tenaga pengajar dalam bidang kemahiran untuk Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) seelok2nya kami pun kenalah ada SKM.Huh! Nasib baik untuk PPT SKM sekarang sudah dipermudahkan oleh pihak JPK.Harap2 Portfolio nanti dapat lah diselesaikan secepat mungkin.Tiga tahap sekaligus..gigih222!

Sambil-sambil tu...buat lawatan ler...seronok tengok bila ada pusat kegiatan untuk masyarakat setempat macam ni.Selain Tabika,ada juga kelas memasak,menjahit dan kecantikkan.Terbuka untuk suri rumah & penggangur yang berhasrat menambah kemahiran yang ada. So,rebutlah peluang macam ni.Sekarang Kemas pun dah follow SKM , mereka ajar pun dah pakai module..so lebih teratur.Tabik spring pada sesiapa yang ambil peluang ni untuk menambah ilmu didada.RM30 jer setahun Kemas ambil untuk yuran.Murah lah sesangat....:-).So,bukan alasan lagi untuk belia2 yang duduk rumah goyang kaki untuk menambah kemahiran yang ada.

Kelas Memasak untuk Ibu/Belia yg menganggur

Di begkel kecantikan....posing 1st yer

Muffin utk tempahan kenduri kahwin . 50 Sen je satu cup.

Di bengkel Jahitan

Meeting with Pegawai Penilai kami.Lembut jer orgnya.

Sunday, March 27, 2011

Cuti,Masak,Makan dan ZZzzzz

Hujung minggu adalah hari makan makan bagi kami. Dua hari ni Sabtu Ahad,malas nak keluar ke mana..lagi pun Air-cond kereta buat hal....Isnin baru boleh buat service..so lagilah malas nak ke mana-mana.

Sudahnya, duduk rumah ni buat aktiviti mengemukkan badan. Perut kenyang mata pun layu jer. Pagi ni layan lempeng kelapa...gara2 teringat lempeng kelapa kat office hari tu (member belanja 30 keping lempeng kelapa yang sedapppppppp). So hari ni,kami pun layan lempeng kelapa lagi.

# Lempeng yang org belanja Jumaat lepas(sambal dia meletop!)

Minggu ni betul-betul kami menikmati cuti Sabtu Ahad yang relax di rumah.Jap lagi duk fikir menu untuk tengahari pulak.Tengok..makan lagi...!!!!!!!!!Waaaa.........nak diet22222! 


Friday, March 25, 2011

Makan Again @ Mukmin Jaya Seafood Restaurant Limbongan Melaka


Lunch hour yang panjang hari ni,kami konvoi ke Bandar Melaka jalan2 cari makan at  Restaurant Mukmin Jaya Seafood(Chinese Food).Makan2 sempena majlis perpisahan dua org geng surau kami ni.Semoga mereka terus maju selepas ini.Food memang marvellous & mantap.Sedap seh!!!! Thumbs Up! Boleh datang lagi lepas ni.

* Si tudung hijau tu,yang bakal mengucapkan selamat tinggal kepada kami semua.

Shark Fin Soup yg sangat sedap !


Plus si tudung purple tu pun..(lepas ni mesti rindu this moment)
Beverages yg nyum slurppp

Si Tudung biru tu nak pose juga..hehehhe


Foods yg sedapppppp


Review Follower ke 100


Yeah! Akhirnya blog saya yang tak seberapa glamornya....mencecah juga kepada 100 Followers.
Siapa yer.....yang ding dong blog saya...ke 100 tu.



Welcome yer!
Juga Thanks kepada semua yang sudi menjadi Followers saya :-)

Thursday, March 24, 2011

Cake Again!

Choc. Moist Cake

CheeseCake

Inilah risikonya bila bekerja dalam bidang hospitaliti. Kiri kanan dikelilingi makanan setiap hari. So,lupakanlah hasrat nak diet atau control makan yer. Student task..bila kena rasa..takkan nak rasa sikit je..lagi-lagi kalau yang favourite ....:-P



Penangan Remis

Korek remis sambil pakai baju korporat lagi...balik kerja terus terjah lah ni...(gmbr chilok dari FB depa)sorry yer..:-)

Tinggal shell jer..hihihi

Puas hati mak2 buyung tu dapat makan...(baju pink,oren & biru)

Puas hati saya meratah remis hari ni. Semalam ada beberapa org staff pi mencari remis di pantai linggi area pengkalan balak. Agaknya berbaldi2 dorang bawak balik.

Yang bestnya hari ni,depa masak dan makan ramai-ramai time rehat pagi tadi.Memang puas hatilah!

Petang ni pun,depa duk pi mencari lagi.Mula-mula nak join juga,tapi perut ni macam tak stabil jer sebab sumbat macam-macam makanan hari ni,terus mood bertukar malas.

Wednesday, March 23, 2011

After 5 pm



Selalunya kalau mood saya rajin dapatlah kanak-kanak ribena ni bersuka ria kat taman..tapi kalau mood malas saya menerpa jangan harap lah yer....Jadi,hari ni mood saya baik sikit..so dapatlah kanak-kanak ribena ni terlepas ke taman.Huh! Aleeya excited bangatlah.....Aina?lagilah......

Tiba-tiba Aina bertekak dengan kawan dia berebutkan buaian..erm....saya pun malas nak dengar....terus ajak Aina balik rumah.Lor......yang kelakarnya.....ramai pulak kawan-kawan dia mengikut...erm...habislah rumah pulak jadi port dorang.

Bila geng-geng Aina ni dah boring main dan bersepah kan rumah..dorang nak balik ke taman semula.Aina apalagi..macam disorongkan batal terus terpa keluar juga(padahal dia memanglah jarang ke taman tanpa saya).Tapi hari ni,biarlah dia dgn kawan-kawannya..bagi chance (taman kat bawah kuarters je)  orang luar memang tak boleh masuk..so confident lah nak lepas kan dia.

Usha juga dari atas..sebab balkoni belakang rumah saya betul-betul mengadap taman..syok jer dia main basikal sambil pegang aiskrim malaysia......enjoy sakan na...

Lepas tu,saya busy ngan Aleeya ..masak sikit and kemas2 rumah.Jam dah dekat pukul 7pm,tapi Aina tak balik-balik.Tengok kat taman..sorang pun takde.Tak boleh jadi ni.....saya kena turun juga cari dia.Kalau dah gelap,saya takut dia jadi gabra nak balik nanti.

Pusing satu apartment,basikal tak jumpa pun.Sekali ,saya nampak basikal dia nun jauh kat Padang Kawad,elok jer tersusun 4 biji basikal yang comel2.Apalagi gigih ok saya berjalan ke padang kawad dengan dukung Aleeya.Sampai je,seorang pun takde kat situ.

Depan padang kawad tu Dewan Besar,tengok terang menerang happening sebab ramai tengah main badminton kat situ.Nasib baik,kat situ ada seorang budak tengah dok bersenam,saya suruh dia panggilkan Aina kat dewan besar tu.Lagi jauh dia dah nampak saya,tersengih2 macam kerang busuk.Tau pun salah..buat saya risau jer.Dia pulak punya bangga cerita..pot per pot pet..sebab tengok orang amin badminton.Macam-macam hal tau :-)