Thursday, November 10, 2011

Sedarkah Kita!

1. Sekurang kurangnya 2 orang di dunia ini amat mengasihi dan menyintai diri anda.. Mereka sanggup berkorban apa saja. Utk. Anda!

2. Sekurang kurangnya 15 orang di dunia ini mengasihi anda dgn. Cara dan sebab yang berbeza.

3. Tiap malam 'SESEORANG' Sentiasa mengingati anda sebelum tidur nya.

4. Diri mu amat bermakna pada seseorang.

5. Jika tidak kerana mu. 'Seseorang' tidak akan 'Hidup' kini.

6. Anda adalah insan yang sungguh istimewa dan unik.

7. Senyuman manis lagi ikhlas dari anda boleh memberi kegembiraan pada seseorang walaupun jika mereka 'Tak Sukakan' anda!

8. Seseorang sentiasa mendoakan keselamatan, kebahagiaan & kejayaan anda.

Sedarilah...
Anda disayangi
Hargailah diri anda!


Tuesday, October 25, 2011

Good Girl Aleeya! Jom Solat ;-)


Hi,

Good girl Aleeya!Semoga dipermudahkan segala urusan anak mama dunia dan akhirat :-)

Monday, October 24, 2011

Cucur Udang Kuah Kacang

Hi,

Cucur udang kuah kacang, menu minum petang kami semalam. Sengalkan , baru nak upload and update malam ni. Takpelah janji update jugak,sebab kesian Aina dah posing with kuah kacang tu.




Resepi Kuah Kacang

  • 300 gm kacang ( salai n kisar --- > jangan halus sangat dan jangan kasar sangat)
  • 20 helai cili kering (agak2 kalau tak nak pedas sikit jerlah,nak pedas kasi extra....kisar)
  • 3 ulas bawang putih, 2 inci halia, 4 ulas bawang putih, sebatang serai ,2 inci belacan bakar (kisar)
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 3 sudu gula pasir
  • sebatang serai
  • sedikit garam
CARA MASAK
  1. Tumis bawang,halia,belacan dan serai yang dikisar.
  2. Masuk cili kisar dan serai sebatang.
  3. Masuk kacang kisar dan air sikit demi sikit.(jgn masuk semua nanti kembang , so masuk sikit2 erk,top up dgn air)
  4. Masukkan serai yang dititik.
  5. Masukkan gula melaka, gula pasir dan garam.
  6. Taraaaaa,siappppp!

Monday, October 17, 2011

Stupid People yang tidak berperikemanusian

Hi,

Nota untuk Aina dan Aleeya.

Mama touching sangat malam ni,sudahlah feel silence alone kat rumah without abah yang dah balik KL dan without Aina dan Aleeya kat rumah atuk tu...dikejutkan dengan berita yang begitu menyayatkan hati.Menitis air mata bila menaip kata-kata dan melihat sendiri kejadian yang menimpa rakan sebaya yang lebih kurang umurnya dengan Aleeya  dilanggar van dan tidak dipedulikan oleh orang-orang yang lalu lalang.Stupid people yang tidak berperikemanusia.

Aina & Aleeya,

Sebenarnya mama tak sanggup nak tengok video ni,tapi mama nak kongsi untuk semua yang kat luar sana,please janganlah perkara sebegini berlaku kepada kanak-kanak lagi .... prihatin lah pada mereka yang memerlukan perhatian dan pertolongan daripada kita.

Aina & Aleeya,

Please sabar ye anak-anak mama,this coming Friday mama datang  dan kita balik rumah ye.Mama rindu sangat kat Aina & Aleeya.....




P/S : Mood : Packing bags & leaving home again ---> Empress Hotel ,Sepang(Bengkel Gubal Soalan Peperiksaan Akhir)

Monday Blues

Hi,

Moga-moga hari ni dapat siapkan semua kerja yang terbengkalai. Belum sampai office dah dok terbayang banyak benda yang perlu diselesaikan sebelum outstation lagi esok selama 4 hari. Nasib baik kelas amali ada yang gantikan,tapi kena juga ambil tahu.....takkan nak let go je kat orang kerja kita kan. Mr Hubby sesudah subuh dah terbang balik ke KL,rutin dia setiap minggu. Bilalah kami dah kembali seperti keadaan normal macam dulu...tak suka22222 bila PJJ ni.....:-(

Mood : miss them so much Aina and Aleeya.......


Sunday, October 16, 2011

Bila Kanak-kanak ribena di kampung....

Hi,

This is driving me crazy! Yeah....rasa macam hambar je buka pintu rumah bila kanak-kanak ribena takde.Huh! padahal baru beberapa jam je, balik jenguk depa kat kampung. Hati mama ni,dah start tak keruan! See the clothes , terbayang depa...see the toys .....terbayang depa...even see the bed pun terbayang depa. Nasib baik ada Skype..... kan... :-P

Aina & Aleeya,
Sian mama tau, bila abah dah balik KL esok...tinggallah mama alone .... huhuhuhu..cepatlah habis bengkel.Padahal pi pun belum bengkel tu,yang start on Tuesday till Friday...mama dah meroyan!Waaaaaa....awatlah berturut2 kena outstation ni.....tak sanggup tinggalkan depa lama2 kat kampung tu :-(.

Aina & Aleeya,
Nak tau apa mama buat tadi bila korang takde, dok mendownload berpuluh-puluh lagu yang memang confirm mama tak dapat buat time korang ada. Kesian suara mama ni......takdelah nak terjerit-jeritkan korang......kesian mama..takde orang nak merajuk dengan mama .......:-(

Cepatlah,next Friday datang......


Saturday, October 15, 2011

I'm gonna miss you again!

Hi,

Lega! Bila dapat tatap face to face kanak-kanak ribena setelah ditinggalkan 4 hari kat kampung ni. Follow field trip pun hati gundah gulana,kerana saya memang jarang tinggalkan depa lama-lama,kecuali terpaksa.Ikutkan hati memang malas nak join field trip tu,tapi apakan daya dah tugas kan.

Ingatkan seminggu je outstation,sekali bos bagi memo,sambung lagi next week ke Sepang untuk gubal soalan final exam..huhuhuhu...lagi seminggulah berjauhan dengan kanak-kanak ribena ni. Adus,hate this situation ok...bila berjauhan dengan anak,saya mudah touching.

Demi tugas,gagah kan juga kan....nasib baik kanak-kanak ribena ni..mudah dikawal bila mama dia ni tiada depan mata. Kanak-kanak kan bila tiada kita depan mata, pandai pulak berdikari.





Wednesday, October 12, 2011

Penang Field Trip

Hi,

Saya berada di Penang sekarang, field trip with students. Bila bawa student ni, yang dah besar panjang tua bangka,memang migrain kepala nak ikutkan demand dari dorang ni :P,grrrrr!

Monday, October 10, 2011

Should I Delete My Blog?

Hi ,

Need support on how to update my blog at least once a week.Reason didnt update ? Crazy busy or crazy lazy? Huh! Padahal memang dasar pemalas.Tapi sayang nak kuburkan je blog ni..since 2007 sampai sekarang dapat juga blog ni bernyawa.

Rui Cruz asks:


I’m done updating some blogs because I’m not motivated anymore. And I can’t find why, I just don’t want to. Any idea or tip on how to get motivated for something we really do for MONEY? Just “money” isn’t motivating enough.

Money is not my goal. Tujuan utama,masa starting of this blog dulu,just to share my 1st doter stories.....my family activities / any issues yang saya rasa nak mengarut. Tapi sekarang, mood tu semakin pudar,padahal setiap hari tu rasa banyak sangat benda yg nak share.







Wednesday, August 24, 2011

Mereka perlu makanan!!!


Kita bertuah dilahirkan dibumi yang mewah dengan makanan.Tapi mereka...? Sedih sangat bila lihat bayi-bayi ,kanak-kanak,warga tua yang sangat memerlukan sesuap makanan untuk meneruskan hidup.Bantulah mereka......dengan niat ikhlas supaya mereka-mereka ini dapat meneruskan kehidupan yang ada.


Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan?Syawal?

Dalam tak sedar,Ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainya.Dan Syawal sedang menggapai2.Erm.....sudah bersediakah kita meninggalkan bulan yang penuh rahmat ni.Pasti rindu kita pada Ramadhan akan muncul kembali.Rindu yang akan berterusan sehingga berjumpa semula seandainya usia kita dan jodoh kita pada Ramadhan akan datang masih bertahan.

Syawal seolah-olah tidak sabar membuka tirainya.Dan kita sering kali goyah dengan panggilan Syawal.Datangnya Syawal,bakal membuka satu lebaran baru.Memohon ampun maaf pada sudi memaafkan dan hadirnya rindu pada insan2 yang sudah meninggalkan kita.

Pada semua rakan-rakan blogger yang sudi menjengah ke sini,mohon maaf zahir dan batin.Selamat Hari Raya Aidilfitri . Ikhlas dari saya sekeluarga.

Wednesday, August 10, 2011

Entry Pertama di Bulan Ramadhan

Alhamdulilah,dah 10 hari umat islam berpuasa.Syukur,kita masih dapat menunaikannya. Erm.....dan ini adalah entry pertama saya dalam bulan Ramadhan.Bukan malas nak update,cuma tak berkesempatan jew (tak nak mengaku malas tu :-P )

Tahun ni masuk tahun ke-2 berbuka sorang-sorang ditemani kanak2 ribena.Kata PJJ kan,so Jummat,Sabtu,Ahad jew dapat berbuka bersama.So,semangat nak berbuka tu taklah membara sangat. Tapi dalam tak membara tu,apabila kerja dalam bidang hospitality,nak tak nak terpaksa jugak mengadap makanan setiap hari.Lagi-lagi bila student buat jualan petang-petang,tak belikan kesian..fuh! memang menduga iman betul!


Tengok dengan berbakul-bakul depa duk terjah office.Mana tak tergugat nafsu.So hari ni menu dessert saya,kuih tako,choc moist cake,apam lady bird,kuih badak berendam.(kuang kuang tak payah terjah pasar ramadhan pun dah melayang RM...) .


P/S : Alhamdulilah,di atas pemberian bonus setengah bulan kepada kakitangan awam.Kalau nak bagi lagi pun tak kisah :-) .Semoga pemberiaan ni,dapat menambah semngat kami terutama dalam bidang pendidikan,untuk terus membantu anak-anak berjaya dalam kehidupan mereka kelak.

Monday, July 25, 2011

Fuh! 2 Minggu yang amat memenatkan!

Tamat sudah minggu paradigma untuk sesi Julai 2011. Sebagai salah seorang fasi yang berdedikasi :-) amatlah memenatkan. Malas nak cecita banyak2 , next entry nanti biarlah gambar yang menceritakan segalanya.Satu pengalaman yang enjoy dan penuh makna untuk dikongsi.


Saturday, July 2, 2011

Rendand Daging Rusa Done!

Muntah hijau dengan entry about daging rusa dua tiga hari ni. Setelah,excited sangat semalam akhirnya petang tadi,settle juga projek berdondang sayang kat dapur memasak daging rusa tu.

Fuh! berjaya juga rendang ala nogori 9 saya tu. Janji sodap ..so layan jerlah.Hihihi :-)


Friday, July 1, 2011

Imam Muda Final on Air

Jom layan Imam Muda Final. !!!!! IM Nazrul vs IM Hassan. Good luck buat mereka berdua.Teruskan perjuangan anda.




Daging Rusa dah sampai.....

Sanggup saya terjah ofis petang tadi walaupun on leave sebab dah janji dengan kak Nor dari http://rusaryan.blogspot.com/ .Thanks Kak Nor,pantas delivery ..hihihihi.Dari order 2 kg terus bertambah kepada 6 kg.Ambik, satu  ofis dah meroyan dgn daging rusa,gara2 mak buyung ngidam...opssssss bukan saya yg mak buyung nyer yer,tapi member sekerja saya.Layan jerlah taste dia kan.

Cuma,daging tu,elok jer betapa dalam freezer, sebabnya mood nak memasak malam ni still macam ditiup angin lalu.Esok jerlah,settlekan daging rusa tu.




Thursday, June 30, 2011

Gara-gara layan taste Mak Buyung

Suasana pejabat  tenang dan aman damai minggu ni disebabkan pelajar-pelajar sedang syok bersuka ria sempena cuti semester,dicemarkan dengan pot pet para pengajarnya yang agak-agak lemau sampai berpinar biji mata uruskan markah-markah final exam minggu lepas.

Sekali adalah seorang mak buyung yang sungguh tinggi tahap ngidamnya,nak makan daging rusa.Habis dijelajahnya macam-macam website nak cari info pengedar daging rusa.Huh! makcik sorang tu,pantang org sebut makanan2 yang agak2 pelik dan jarang2 dapat,siaplah datang terus selera dia yg tinggi bebenor tu.

Disebabkan tahap keterujaan yang amat tinggi,akhirnya dapat juga dia cari pembekal daging rusa di Melaka.On the spot calling, dan saya yang mula-mula dok mengutuk tadi pun dok sama tertempah juga sekilo.Adussss...mak cair lah bila terbayang pulak daging rusa masak rendang ala nogri 9.

Dalam dok kecoh2,mula2 order 2 kilo jeww,tapi disebabkan tahap keterujaan tu dah beralih arah ke saya,maka pesanan pun meningkat kepada 6 kilo.Bab2 memujuk yang lain2 boli,serah jer pada saya,gerenti semua terjangkit juga..hihihihi.

So,esok walaupun saya on leave,tetap akan ku terjah juga office petang tu,sebanya dah janji dengan pembekal  untuk received after 3pm.Huh!!! excited mak lebih dari mak buyong pulakkkkkkk.



Wednesday, June 29, 2011

Keikhlasan Kerja Vs Faktor RM

Bila berbicara tentang kerja. Perkara pertama yang difikirkan adalah imbuhannya. Saya pasti 98% akan secara jujurnya mengaku faktor RM adalah pengaruh kuat kenapa dan mengapa wujudnya istilah bekerja.

Faktor RM juga membuatkan jiwa kita kental walaupun kekadang jiwa memberontak dengan tekanan kerja. Sebab faktor RM juga kita teruskan walaupun kadang kala pahit terpaksa kita telan.

Tapi,adakah kerana faktor RM itu,kerja yg kita laksanakan tidak ikhlas? Adakah faktor RM itu mempengaruhi tahap keikhlasan kita bekerja. Dan kadangkala,keikhlasan kita diuji dengan mainan RM yg kadangkala menggugat nafsu.

Jiwa mengharapkan keikhlasan yg sebenar, dan nafsu mengatasi jiwa yang kadangkala terlalu berkira.

Apapun keikhlasan sebenar itu datangnya dari niat.Semoga niat kita yg jujur dari bisikan kecil hati dapat mengatasi segala-galanya.



Monday, June 27, 2011

Shhhh Ular Beb!

Lampu lip lap tu,kereta bomba ler.....golap pulak gambar

Dalam pukul 8 lebih tadi,tengah syok saya dok sidai kain ,sekali tengok mcm meriah jer rumah Pak Haji kat bawah tu,pelik gak bila tengok Guard semua dok berkumpul depan rumah dia,pastu dok bising2.Hati ni pun berbunga2 lah nak tau,kata jiran prihatin kan? Sepantas kilat,saya sambar terus hp,tekan sms ke member,yg dok sebelah rumah dia.Tanya ,apa yg happening sgt kat situ.Rupanya rumah dia,diceroboh oleh Si Snake.

Uikss,dup dap dada mak bila dgr Si Snake dtg ceroboh.Tak lama lepas tu dtg lah Bomba & team,tak smpi sebulan bomba & team dtg lepas case lebah kat rumah saya hari tu.Hari ni , depa datang lagi,tapi kali ni pasal Si Snake punya angkara.Fuh! Nasib baik depa jumpa juga,Si Snake tu ..Alhamdulilah...dapat tidoq lena penghuni kuarters malam ni.

Risau juga bila persekitaran kuarters ni dikeliling pokok-pokok getah.Lagi2 bila hutan belakang tu dah diceroboh & dibuka untuk pembangunan,sure penghuni2 hutan tu,nak cari tempat baru.Risau mak tau.....udahlah laki weekend jew ada,apa2hal harap kat jiran2 ni lah yg ada.Nasib baik depa semua ok,minta tolong senang je nak membantu.Kekadang,syukur sangat bila ada jiran2 yg begitu memahami.:-)

Monday, June 20, 2011

Eagle Ranch Resort PD

Kami celebrate 6th anniversary & hari bapa di Eagle Ranch Resort PD  semalam  & hari ni. Kebetulan tempat ni,dekat je dari rumah,so malas lama2 on the road,kami pun decide ke sini je.Dalam 20 minit dah sampai.Best sebab banyak aktiviti yg boleh dilaksanakan di sini. Room pun unik dan bersih.Rate memuaskan.Breakfast buffet sempoi jer,tapi oklah.Persekitaran bersih,unik & staff pun friendly.

Untuk company yg nak adakan team building pun sesuai sangat.Sebab kemudahan untuk team building semua ada.Sebab kami pilih resort ni untuk percutian yg singkat kerana,location,rate,concept dan aktiviti2 yg disediakan.Bosan juga kalau selalu sangat lepak hotel2 tepi laut kan,so sekali sekala meh jengah resort yg ala2 red-indan ni.

Layan jer gambar ni yer.
Bandwagon,kita org stay kat tingkat atas.Best! Unik coz semua daripada kayu.

Bandwagon from other side.

Ada loteng kat atas tu,blh lepak2 kalau nak ler.

Jakuzi.

Dapat juga naik kereta kuda ni.

Mr Hubby & Aina laya Go-Kart.


Teppees

Budak kecik ni,tak nak masuk pelampung,nak berendam jer...konon2 terrer lah.

Kanak2 red Indian