Friday, December 31, 2010

WELCOME 2011,GOODBYE 2010.

2010 bakal menutup tirainya beberapa jam jer lagi. So, sempena hari terakhir 2010, jari jemari ni pun diringankan untuk menaip entry baru.
Pelbagai suka duka diharungi sepanjang tahun 2010 ni.Terlalu banyak kalau nak diceritakan satu persatu.

Apa yang penting,setiap peristiwa yang berlaku ada hikmahnya, semoga tahun 2011 yg bakal menjelma nanti, memberi seribu satu kenangan terindah.

Azam?
Biarlah rahsia.....
Biar tuan empunya diri ni,menggapai azam dengan jiwa yg semangat dan kental.

Tapi salah satu azam harus dikongsi....

AKTIFKAN BLOG SENDIRI NI SEMULA.BUKAN SEKADAR BLOG HIASAN LAGI.

WELCOME 2011.
GOODBYE 2010.

Thursday, October 14, 2010

Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM)


Sekarang masih lagi di Ciast Shah Alam,kursus tinggal sehari jer lagi ni.Tapi sekarang Ciast tengah busiest lah sangat,sebab host for PKM Final Competition 2010.
Student we all juga layak ke Final PKM untuk bidang Masakan & Restaurant Services. Tapi for hospitality ,tak diadakan di Ciast,tapi di UPM.
Maybe esok,lepas habis kursus,nak pi terjah sana ..bagi sokongan padu kat depa.

SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN AKHIR PKM UNTUK BIDANG MASAKAN & RESTAURANT SERVICE

Cooking

MOHD AIMAN BIN YUSOF Uitm Dungun
MUHAMAD SYAFIEE BIN MUHAMAD YUSOF  Giatmara Balik Pulau
MOHD HILMI BIN MOHAMAD ALIAS AHMAD Politeknik Tuanku Syed Sirajudin Ulu Pauh Arau Perlis
ADRI AKMAL BIN MOHD ARIFF  IKBN Alor Gajah Melaka
HIDAYAT BIN NARTONO Kolej Komuniti Sg.Petani
KHAIRUL ASYRAF BIN KAMARU'LKHIR  Giatmara Balik Pulau
MOHD HAFIS BIN ZULBHARI  Politeknik Merlimau
NURUL KHAMISAH BINTI ALIAS  Sek.Men.Teknik Kuala Kangsar Padang Rengas Perak

Restaurant Services

MUHAMMAD SAFFIAN BIN AHMAD SABRI  IKBN Alor Gajah Melaka

NUR SAFINAH BT MOHD YUSSOF Jabatan Pengajian Kolej Komuniti KPTM Seri Kembangan Selangor
SITI NUR ADILA BINTI MD NAWI  IKBN Bachok Kelantan
AISYAH SYAHIRAH BINTI MOHD ARHAN UITM Kampus Dungun Terengganu
NORHIDAYANTI AMNI BINTI ABU HASSAN  IKBN Peretak
FAIZ NUR BINTI ROSLI  Kolej Komuniti Sg. Petani
SAFWAN BIN HAMZA Jabatan Pengajian Kolej Komuniti KPTM Seri Kembangan Selangor
MOHAMAD SUNAWAN BIN SUTAMAT  UITM Kampus Dungun Terengganu




CHAIYOKKK IKBN ALOR GAJAH!!!!!!



Monday, October 4, 2010

Course Again

Course lagi...sekarang di CIAST Seksyen 19 Shah Alam.
2 minggu!!!!
Best sebab dapat ulang alik dr rumah sendiri & jumpa Mr hubby everyday!
Tak best sebab ,kat office byk kerja terbengkalai....waaaaa.


Monday, September 27, 2010

Buffet Raya Jurusan aka Majlis Sayonara

Last week diadakan majlis jamuan raya jurusan kita orang yang disekalikan dengan majlis perpisahan salah seorang tenaga pengajar yang dinaikkan pangkat dan akan bertukar ke IKBN Miri next month.

Secara kebetulan ni ni adalah satu task dalam salah satu modul untuk semester ni iaitu 'Buffet Service' so dah alang2 menyeluk pekasam.....sekali jer kan lah denngan jamuan raya.Menu2 pun boleh tahan,dah kata ikut tekak dan selera masing2 kan.




Meriah!


Tahniah En Enal!

Barisan Tenaga Pengajar yg vogue!hihihi

Apapun,thanks pada semua student yang menjayakan & rakan sekerja yang begitu sporting dan bombastic dan tahniah kepada En Zainal atas kenaikkan pangkat tu yer!

Wednesday, September 22, 2010

Jadual Open House

Erm..biasalah lepas2  raya ni, melambak2 lah jemputan rumah terbuka :-))....

Tadi tengahari jer settle satu jamuan hari raya tu pun sebenarnya task student untuk Modul Buffet Service Semester ni...so dah alang2 lepas raya jadual task tu....sekali kan jer dgn rumah terbuka jurusan for Hospitality School.Erm food biasalah meriah..Hari Raya Theme kan...

Esok...bawa 40 students as server ke Open House Kementerian Belia & Sukan di Bukit Kiara..makan lagi kan....

Jumaat,Pengarah pulak buat Open House..dari petang hingga ke malam.....

Sabtu...member sekerja....

Ahad....x tau lagi..ura2 ada yang nak buat...ker aku? hihihi

Next week ,Jamuan Raya again..IKBN AG ler......setiap jurusan kena buat satu stall , so jurusan kita org just buat stall cendol & lai chee kang..jo.

Apapun....makan jerlah..dah rezeki jgn ditolak!

Monday, September 20, 2010

Bila 1st day start kerja selepas cuti panjang

Bila lepas cuti2 panjang,nak masuk kerja pun mood pun ala suam2 ku. Suasana pagi pun bertukar menjadi kelam kabut.Aina buat hal tu tak kena ni tak kena,baju nak bawa pi taska pun memilih tak puas hati dengan jiwa nurani,Aleeya meraung bila nak kena tinggal.Bikin hati jadi panas jer pagi2...memang lah kelam kabut lagi hidup PJJ ni kan....

Sampai ofis,biasalah tengok meja tak tau nak start dari mana...lepas tu biasalah ader jew memo yang terkejut2 badak datang,,,bikin panas je.

Urm..janji hati tenang kerja siap...& semua urusan berjalan lancar.

* TAPI....no bloghopping2, time working hours..sebab blog dah kena SEKAT penggunaanya..dalam jabatan kami yer tuan2 dan puan2.

Sunday, September 19, 2010

Cuti Raya Part 4

Sambungan dari PArt 3, Sebenarnya planning awal kita orang balik dari Penang nak singgah ke Cameron,tapi last minute tukar plan.....(nasib baik x pi on the way balik Penang - KL hujan lebat sepanjang jalan).
Lepas tu fikir2 ke Morib jer nak rehat2 jer kan...tu pun tukar plan lagi...x jadi pergi sebab kes yang tengah hot yang berlaku kat kawasan sekitar Morib tu....
At last lepas survey online,akhirnya kami ke PD jew....dokat senang lepas tu terus balik Melaka.

Try call Rumah Peranginan Perseketuan,harap2 ada kosong...Alhamdulilah ada kosong on Friday...17Sept..hihihi....

Sekarang ni Rumah Peranginan Persekutuan PD diambil alih pengurusannya oleh MITC Ancasa Hotel....yang uruskan Permaisuri Resort.So,kami amatlah berpuas hati dengan service & harganya esp untuk gov servant.
 Link :

http://www.mitcchainhotel.com/wt-permaisuriresortpd.php
Untuk goverment  servant abaikan yer room rate dalam website tu, yang sebenarnya jauh lebih murah.

Kita orang just ambik Apt 2 bilik kat blok lama,dengan rate RM46(inc. service tax ) per night jer...tu pun dah puas hati.Cuma, jangan lupa bawa ubat nyamuk sebab nyamuk akan berdondang dengdang.

As gov servant,x payah susah nak apply online thru BPH mcm rumah perangina persekutuan lain tu,just call this number 066621558 untuk booking bilik...make sure tanya gov rate,kalo x dorang akan charge harga macam dalam website tu...sebagai contoh Apartment 3 bilik VIP untuk weekend RM650/night tapi untuk gov. servant just RM177/night jer.

So cuci2 mata yer tgk picture ni..



Antara yg kemudahan yang disedikan :

1) Tmpt BBQ (byk jugak disediakan)
2) Private Beach
3) Swimming pool yang dijaga rapi
4) Makanan x taulah pulak sebab kami makan diluar

Basic Butter Cake

Bosan cerita pasal cuti raya jer,meh kita sembang pasal makanan pulak.Sekarang dah balik Melaka dah,esok start kerja. So,s3malam dok kemas2 rumah,bilik & dapur yang ditinggalkan 2 minggu..fuh sampai sakit pinggang ni.Tengok-tengok ada balance  a few item saki baki buat kuih raya hari tu..ha...mcm sesuai jer buat simple butter cake.

So pagi tadi...bangun jer dari tidur,terus masuk dapur...godek2 apa yang patut untuk buat butter cake yang very the basic....hihihi..Jom Layan..memang senang mudah....yang tak tahu buat kek pun boleh try..sebab so simple jer kek ni yang penting sodap,lagi-lagi makan time panas!

Bahan2nya..




1) 250 gm butter (nak senang guna jer buttercup)
2) 250 gm castor sugar
3) 250 Self raising flour
4) 4 biji telur
5) sedikit susu UHT ( just nak cairkan bancuhan jer)
6) beberapa titik esen vanil
Cara2

1)Masukkan gula & butter.

2)Pukul gula + butter hingga kembang.

3)Masukkan telur 1 demi 1

4)Masukkan tepung sedikit demi sedikit

5)Masukkan kedlm acuan...1/2 dr acuan tu.Pastikan acuan disapu butter


6)Bakar 180 degree 40 minit / hingga masak.

7)Siap dimasak & untuk dimakan.Cuma potongan hodoh sikit sebab pisau tak sesuai.Janji sedap!!!


Ni just simple butter cake, mana yg kreatif atau ada extra item macam choclate powder,pewarna yg colourful blh lah tambah...nak buat perasa oren ka,strawberry ka apa2 jerlah mengikut tekak masing2.Saya pun budak baru belajar,kalo salah resepi maaf yer :-))

Cuti Raya Part 3

Hihi...masuk part 3 dah...ambik ko sekali update berderet-deret..kalo x update bersawang-sawang blog ni..

Ok part 3 ...just berkisarkan hari raya kami di Penang jer...alhamdulilah..perjalanan dari N9 ke Penang ,berjalan lancar....sebelum sampai...MIL dah beritahu satu rumah pi keluar ke Kedah ada kenduri..so dalam kepala otak kami sampai tengahari nanti surelah..dapur x berasap..so bila kita orang sampai jer terus cari kedai makan pulak tu perut tengah berkeroncong...biasalah time2 raya ni..jarang2 kedai bukan time lunch hour yang ada pun kat Penang ni kedai Nasi Kandar...bosanlah...Sekali masuk jer Sg Dua...tengok2 kedai Mee Udang buka....so apalagi.....slurpppp jerlah.

Kat Penang lagi zalim..hihi..just beraya jiran2 sebelah rumah jer...lagi malas tahap gaban..hahahahah...Lepas tu pi meronda2 ke pulau .....cari jeruk....pusing2 gurney road....tu jerlah..selebihnya lepak kat rumah jer...sebab cuaca..panas...hihihi..kesian baby ...again alasan menggunakan baby.

Bercanda dengan Aleeya di tepi bendang

FIL dengan cucunya(merangkap anak buah aku lah kan?) hihi

Cuti Raya Part 2

Ok sambungan dari Part 1...

Alkisahnya beraya lah kami di Segamat Hari Raya Pertama & Kedua.Macam biasa dipagi raya adalah sesi bersalaman sambil hulur duit raya , melantak ketupat rendang, sesi berposing2 sampai muntah  & yang sudah pastinya pergi berjalan rayalah.Tempat yang dituju sekitar Segamat jer..biasalah bila ada anak kecil ni memang malas nak beraya jauh2 (alasankan)padahal memang malas tahap cipan.
Raya ke2 kami balik ke N9 semula....sebabnya esok Raya ke3 kami akan ke Penang.Pulang ke rumah ibu mertuaku.So balik rumah mak lebih selesa,alasanya nak basuh baju yang menimbun2 tu...hihihi...


 
Aina boleh menyorok pulak blkg mama



   
Aina her cousin Nabihah

.
Samping Mr Hubby dah jadi skirt dah..huh!

Saturday, September 18, 2010

Cuti Raya Part 1

Setelah beberapa ketika blog ni menyepi tanpa sebarang khabar berita,so mood lepas2 raya ni mengasak2 supaya kembali ke arena ini..chewah...hihihi...disebabkan mood raya masih lagi suam2 panas, biar aku story sikit apa yg terjadi sepanjang 2 minggu bercuti raya...(cuti raya plg panjang dalam sejarah sejak mula bekerja)...dah dapat cuti panjang takkan nak tolak...balance annual leave pun berderet lagi...hujung tahun dah dekat niiii....cuti panjang ni pun sebab cuti raya ni bersamaan dgn cuti semester student,so dapatlah berjimba2 dgn cuti pjg ni..sampai muntah darah lah nak tunggu habis cuti ni.

Tapi,apa pun memang happy sangat sebab cuti 2 minggu memang full dengan activities hingga ke titisan akhir.

Start cuti hari 4/9 - 7/9 aku balik rumah Puchong.Tu pun sebab Mr Hubby still kerja lagi..so as isteri yang mithali dan solehah (hihihihi) kenalah tunggu Mr Hubby cuti balik kampung sama2 kan.

So, waktu dan ketika tu memang masa banyak habis di rumah sahaja....mood malas keluar shopping takder ..sebabnya semua baju raya & barang2 sewaktu dengannya dah complete..so buat apa nak pening2 kan menyemakkan diri kat shopping complex tu..TAPI opsss sempat jugak..bila jiwa meronta2 bila buka shoppingnsales.com pasal warehouse sales Parkson at Subang Parade...urmmm tapi akhirnya pulang dengan perasaan kuciwa.....nothing yang boleh memuaskan hati...hihihi..TARGET warehouse sales ni murah lah kan..Tapi lebih ;kurang jer harganya dengan sales yang selalu depa dok buat..baik tak payah buat poster besar2 tulis WAREHOUSE SALES.

8/9 Pulang lah aku ke rumah mak at N9 (tahun nie giliran i yer) hihihi.....sempat tidur semalam jer...sebab esoknya balik ke rumah Tok di Segamat(acara wajib setiap tahun) beraya di Segamat dulu.

Kita cuci mata dulu ....tgk gmbr2 kat rumah mak .... PART 2 sambung nanti lah....:-))












Anak buah




Mama & Aina










Thursday, September 16, 2010

Nak Update Lah

Terasa nak update,banyak cerita nak story...TAPIIIIII........:-(( mana mood ni.


Monday, July 19, 2010

Ronda2 Kota Melaka

Aktiviti ronda2 kota Melaka sebenarnya aktiviti minggu lepas,tu pun bawak SIL yang baru balik dari Morocco pusing2 kota Melaka.
Tak kemana pun just duduk bersantai di Pengkalan Balak sambil menikmati ABC dan mengambil angin di tepi sungai Melaka.

Photobucket

Sunday, July 18, 2010

Update 14 June-28 June 'Kursus Induksi Umum P&P dan Sok 1 KBS & BTN'

Disebabkan kemalasan tahap gaban untuk update blog nie,aku just summarize kan peristiwa2 penting yang berlaku dalam sebulan dua ni.

14hb hinggalah 28hb June hari tu terlibat dgn kursus Induksi Umum & BTN,biasalah bila dah kerja ngan gomen ni bila nak confirm jawatan macam2 lah rintangan,onak duri yang terpaksa dilalui.
Apapun enjoy dengan kursus tu walaupun bukan seperti kursus2 sebelum ni yg diadakan di hotel2, tp w/pun hanya dikelilingi lombong2 di Batu Gajah tu we all tetap happy !
Terima kasih kepada semua penceramah dan fasi2 atas segala input yg diberi.

Terutama bila join BTN....'yg tidak seperti apa yg kecoh2kan didada2 akhbar sebelum ni', yang banyak membangkitkan semangat CINTAKAN NEGARA SENDIRI.

Photobucket

Photobucket

Saturday, June 12, 2010

Hari yg Sabtu yg santai

Hari sabtu yg best , lepak atas katil lama2 ,guling2 ngan anak-anak layan cartoon, tp MrHb x sampai lagi nie,selalunya Jumaat ptg/malam dah sampai,tapi hari nie lambat sikit coz pick up MIL kat KL Sentral dulu, baru balik Melaka, kan nak ambil kanak2 ribena ni balik Puchong , coz mama dorang ni kena pi kursus next week.



Friday, June 11, 2010

Bila lama x update

Tu lah kan,bila lama x update blog sendiri jadi blur nak story pasal apa, padahal byk cerita yg nak dikongsi bersama.

Bila lah idea nak mengarut nak dtg ni, sekarang bila dok layan FB jer...sampai blog ni tak dijengah pun.....

Apa cerita menarik?

Erm sekarang student tgh cuti semester yg diawalkan 2 minggu ,disebabkan berlansungnya SUKMA & IKBN Alor Gajah terlibat secara langsung dlm penginapan atlit & venue utk acara karate & silambam.Nasib baik tak offer diri jadi sukarelawan kalo tidak memang lah tak cukup tangan,so minggu ni relax sikit dapatlah settle kan kertas2 exam and dokumen2 untuk exam akhir nanti.

Next week 14hb sampai 28hb kursus di Lumut (Kursus Induksi Umum & BTN)...bila dgr BTN jer...berdebar2 pulak apa yg akan berlaku nanti....terpaksa lah tinggalkan kanak2 ribena ni dgn abah dorang,nasib baik ibu mertuaku willing nak jaga.

Harap2 mama dia taklah demam teringatkan anak2 nanti....:-))

Monday, May 24, 2010

Bekerja Di hari Sabtu & Ahad


 

Sabtu & Ahad lepas ada Program Skill For Youth (melibatkan pelajar2 sekolah menengah sekitar negeri Melaka), so kenalah turun padang, heret sekali Aina, nasib baik Mr Hubby ada, so adalah orang jaga Aleeya kat rumah.Aina memang over excited bila dpt ikut,yg geram tu time aku mengajar time tulah dia minta dukung..ishhhh...kaki sakitlah aperlah(masa duk lari sana sini x ingat dunia)...dia syoklah ramai abang2 & kakak2 yg duk layan dia.