Sunday, March 9, 2008

Perubahan

Aku tak lah pandai sangat untuk membicarakan mengenai politik.Since, perubahan besar yang berlaku dalam pilihan raya membuatkan aku untuk bersuara. Perubahan nie melambangkan suara rakyat mengatasi segala-galanya.Kekadang aku terfikir, ini kah demokrasi yang dilaung-laungkan.Ya!!! kita tak boleh menafikan hak-hak rakyat untuk memilih siapakah yang layak untuk memimpin mereka.

Rakyat sekarang bukan seperti 30 tahun dahulu, rakyat sekarang mahu kan perubahan....pilihan raya yang baru berlalu membuktikan rakyat seolah2 dah bosan dengan pihak2 tertentu yang memimpin dan mereka mengambil risiko untuk memangkah pihak yang bertentangan w/pun jauh disitu hati mereka seolah-olah berbelah bagi.


Seperti wujud satu isu perkauman dalam pilihan raya kali nie, wujud kumpulan yang cuba mempertahankan hak-hak kaum mereka..seperti kerajaan yang memimpin ketika ini menafikan hak mereka yang sepatutnya...ishhh tak cukup ker apa yang mereka2 dapat selama nie?

Pihak memerintah tak seharusnya menjadi egoistik atas kekuatan anda, mungkin selepas nie....akan busylah segala pucuk pemimpin mengkaji hingga ke akar ubi faktor kekalahan mereka.Kajilah......kajilah secukup2nya..ubah lah segera apa yang patut diubah.....jangan hanya tahu mendabik dada..apapun tarak....

Pihak yang baru mendapat mandat untuk memerintah...rakyat sentiasa menunggu anda merelisasikan segala janji yang dikatakan..bak kata Tun Mahathir " dia orang ni buat janji sebab tahu takkan jadi kerajaan yang memerintah tapi kalau dah jadi tu pandai2 lah kotakan janji"

No comments: