Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Style Belajar Kanak2 Ribena.

Setiap petang, bila sampai jer rumah,tempat yang dituju Aina terus melekat kat meja dengan homework dia.Kalau tak ditegur boleh sampai berjam2.Mama dia yg muntah hijau tengok kekusyukkan kanak2 ribena No1 ni study + conteng2. Baguslah tu semangat tengah membara kan,tapi kekadang poning juga,kalau setiap hari nangis time buat kerja sekolah.Mana yg dia tak reti nak buat SIAP!!!!!SEDIALAH mama dia untuk hadapi.Kalau tidak berlakulah drama air mata.Kelakar pun ada juga,sebab homework mama & anak boleh bergaduh.
Oklah meh kita study sikit gaya kanak2 ni belajar...sebab setiap dari mereka ni ada cara tersendiri.Macam kitalah dulu zaman muda2, baring sambil membaca,muzik pecah rumah pun blh study,tv on tp mata tgk buku atau buku tutup muka ZzzZZZzzzzz.

Di sini saya sertakan beberapa cara yg boleh dikongsi bersama maklumat untuk membantu anak2 kita belajar dengan cara berkesan. Saya sendiri masih mencari seberapa banyak ilmu untuk pengetahuan saya sendiri dalam mendidik anak2 supaya dapat membantu saya menjadi seorang ibu yg berpengetahuan.


Ni masa Aina (Kanak2 Ribena NO 1) 1 tahun setengah kot.

 1) Jika anak kita aktif,suka berlakon dan membuat persembahan dan menunjukkan kepada orang lain apa yg boleh dia lakukan.Suka kepelbagaian dan gemar mencuba sesuatu yg baru.

---->JENIS PENGHIBUR
Dorong kanak-kanak ini dengan mengakui dan memuji kebolehannya, terutamanya kebolehan menghibur orang lain. Beri dia peluang menjadi tumpuan perhatian dan untuk menunjukkan aksinya.

Petua Pembelajaran
  • Beri arahan yang pendek dan jelas.
  • Aplikasikan pelajarannya dalam kehidupan sebenar.
  • Berikan dia ruang untuk bergerak dan jadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan menggunakan permainan dan objek.
  • Rehat setiap 15-20 minit semasa sesi pembelajaran.


2) Jika mudah beri tumpuan di dalam kelas. Gemar sesuatu yang rutin dan konsisten.Sukakan pelajaran yang dipersembahkan secara teratur.

---->JENIS PENERBIT
Dorong kanak-kanak ini dengan mengakui dan memuji kebolehannya untuk melakukan sesuatu dengan kemas, tepat masa dan teratur. Tetapkan rutin dan jadual rancangan, dan sentiasa mematuhinya.

Petua Pembelajaran
  • Beri arahan dan penjelasan dengan cara yang teratur.
  • Tandakan maklumat penting dalam buku dan nota.
  • Jadualkan sesi pembelajaran dan jangan tukar jadual jika tidak perlu

3) Jika bersifat ingin tahu dan meneroka sesuatu yang baru.Menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah.

---->JENIS PENCIPTA
Dorong kanak-kanak ini dengan mengakui dan memuji kebolehannya untuk menemui perkara baru dan menyelesaikan masalah dengan bijak.

Petua Pembelajaran

  • Bincang dan bertukar pendapat mengenai pelajaran yang sedang diajar.
  • Galakkan dia melukis dan membuat model, dan gunakan program komputer untuk mengajar.
  • Mintanya jelaskan apa yang telah dipelajari daripada menulisnya.

4) Jenis suka membebel walaupun disuruh diam.Gemar menghabiskan masa dengan kawan2 dan suka bekerja berpasukan.

----->JENIS PENGHUBUNG

Dorong kanak2 ini menumpu kesaksamaan,nilai2 murni dan semangat berpasukan di tadika/sekolah.Hargai kebaikan dan sifat timbang rasanya.

Petua Pembelajaran



  • Galakkan dia bermain secara berkumpulan dan berbincang apa yg sedang diajar.
  • Mintanya apa yg telah dipelajari daripada menulisnya.
  • Bergilir2 membaca dengan kuat antara satu sama lain.


5) Suka mengelamun dan mengusulkan idea baru.Pendiam dan pemalu.Cenderung kepada seni lukis dan kreativiti.
----> JENIS PEMIKIR

Dorong kanak-kanak ini dengan mengiktiraf kreativitinya dan memberinya peluang untuk mempamerkan karyanya.

Petua Pembelajaran
  • Galakkan dia menconteng atau melukis gambar sambil belajar.
  • Gunakan gambar, poster atau puisi untuk menjelaskan sesuatu subjek.
  • Sediakan masa tenang untuk dia bersendirian.
BOLEHKAH GAYA PEMBELAJARAN DIUBAH?
Gaya pembelajaran boleh berubah sepanjang masa kanak-kanak membesar, disebabkan pengaruh dan faktor persekitaran. Malah, seseorang kanak-kanak boleh mendapat kaedah pembelajaran baru bila dia membesar, dan gaya pembelajarannya akan turut berubah.

Cerdas kah Anak Kita?

Setiap ibu bapa mesti punyalah akan risau tentang tahap kecerdasan anak-anak mereka.Saya? Saya memang amat risau.....lagi-lagi bila fikirkan tahap mana sebenarnya tahap kecerdasan anak saya. Semakin dia meningkat usia semakin saya risau...mampukah anak saya menerima segala-gala yang dicurahkan,memahami dan melaksanakannya.

Tipulah,kalau kita tak risau. Risau beb,lagi-lagi bila tengok anak orang yang sebaya anak kita dah boleh membaca,menulis atau melaksanakan sesuatu yang anak kita tak boleh lakukan.Erm..korang risau tak?
Kalau boleh ,on the dot juga saya nak anak saya tahu apa yg orang lain tahu.TAPI.........ada hadnya.
Saya kena terima hakikat,bukan semua kanak-kanak tu sama penerimaanya.Anak kita bukan robot, yang boleh kita guna remote control ditekan sesuka hati.

KECERDASAN?apa tu!!!!!!! -----> Keupayaan untuk belajar atau memahami atau menangani situasi baru atau mencabar-Merriem Webster

Di sini ada 2 situation :

1st situation : Kata lah anak saya dari kecil pandai menari,menyanyi, melukis--->masuk competition sure menang.Kononlah.Tapi bila masuk bab study...ada je pen merah dalam buku rekod. So,anak saya tu kira cerdas tak?

2nd situation : Kata kanlah juga, anak jiran saya seorang yang pediam dari kecil,takut bersukan,melukis lagilah fail,bila suruh menari terus masuk bilik.Tapi bila masuk bab study...dialah yg score...straight A+ kompemlah setiap kali exam.So,anak jiran saya tu kira cerdas tak?

Ha! sekarang ada 2 situation.Sebenarnya,takde satu carapun nak uji tahap mana satu yang tepat boleh menerangkan maksud kecerdasan itu sendiri.Bagi saya, sama ada anak saya / anak jiran tu dua-dua sama cerdas.Masing-masing ada tahap kepintaran dan kekuatan masing-masing.Bergantung kita sebagai adult menilai tahap kecerdasan mereka. Sejauh mana yg boleh mereka pergi dengan membawa tahap kemampuan mereka itu yang perlu diberi perhatian.Penting bagi kita untuk menghargai tahap kecerdasan setiap anak-anak kita.Setiap orang itu mempunyai keistimewaan mereka sendiri.

Takpelah,maybe nanti saya akan cuba mencari erti 'kecerdasan' tu dengan lebih specific. Mungkin membawa maksud yang lain. Dimana lahirnya tahap kecerdasan seseorang sama ada bakat,asuhan / keturunan?
Erm........fikir2kanlah.

Sekarang apa yang penting, semoga anak saya meneruskan apa jua kecerdasan yang dia miliki sekarang ke arah yg positive, dan saya sebagai ibunya seharusnya mengembangkan lagi tahap kecerdasan itu,dengan mencari keistimewaan yang wujud dalam diri mereka. Seorang ibu tidak harus mengalah dalam mencari sesuatu dalam diri anak-anak mereka!