Monday, January 31, 2011

Musibah Banjir & Huru Hara di Mesir

Dua isu penting, yang mana semua orang tertanya2 keadaan terkini.

Musibah banjir di Selatan tanah air, terutama di Segamat & Gemas...risau sangat sebab rumak Tok memang kawasan yang dikelilingi kawasan banjir. Semoga semua saudara maraku di sana  dilindungiNya.


Kami di kawasan Ramuan China Besar,Masjid Tanah ni pun risau jugak ...sebabnya kawasan berhampiran di Lubok China pun dilanda banjir pagi tadi.Sehinggakan officemate pun tak lepas nak pergi kerja pagi tadi. Tapi alhamdulilah hujan dah berhenti.air semakin surut.

Isu ke2, demonstrasi jalanan yang sedang berlaku di Mesir. Hanya doa yang mampu dipohon, semoga semua pelajar kita di sana selamat kembali ke tanahair.
Latest new DISINI



Sunday, January 30, 2011

Besarnya..


Besarkan pokok bunga kertas ni..teruja tengok....selalu kalau jumpa pun yang sedang2 aje.
Picture ni we all snap di Pantai Cenang,Langkawi berdepan Nadias Inn.

Redah Arus

Petang tadi on the way kami balik ke Melaka dari kampung....tiba di satu kawasan dari jauh kami nampak banyak kereta berhenti di bahu jalan, ingatkan ada kemalangan....tapi rupanya....air hujan naik hingga ke jalan....memang kuat arus tu....
Cuak juga ingatkan banjir....duk desak Mr Hubby pusing balik ikut jalan lain, tapi Mr Hubby confident dapat lepas air tu jugak. So,kami pun redah jer.Nasib baik lepas.....






Disebalik nya......

Jangan menilai pada gambarnya sahaja,lihatlah disebaliknya....








Saturday, January 29, 2011

Homecoming Message Alumni Hotel & Tourism UiTM


Baru jer dapat inbox Mesej FB...about this.

Dear friends,


Pemberitahuan,

Sukacita dimaklumkan Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan akan mengadakan Homecoming Alumni pada pertengahan tahun ini. Tentative awal yg dapat diberitahu adalah diantara Jun atau Julai. Sila block meeting anda, kerana kami ingin melihat lebih 1000 penyertaan para alumni HotCat / HotTour sekalian. Butiran lanjut akan diwar-warkan oleh En. Ismawi Ismail (promotion & event). Datang....jangan tak datang.
 
Jom para alumni Hot Cat....kita terjah.

Kes Culik Kanak2 DiPuchong - Polis Nafi

.Semalam berderau jugak bila ada member update status di Facebook tentang kes culik kanank2 ni. Tup tup keluar berita yang polis nafikan tentang kes tu.Alhamdulilah kalau ia tidak berlaku.

Tapi bila tersebar berita macam ni terutama di Facebook, apa reaksi anda? kekadang tu terus kita percaya kan tanpa selidik sumber berita ni dari mana.....urm....entahlah...tapi memang syukur berita ni tak benar, Kalo benar2 berlaku......memang tak tau dah nak cakap macamana .



Thursday, January 27, 2011

Do homework 1st!


Budak ni..balik jer dari Taska 5pm..terus terpacak kat meja ngan homework dia....siap homework sibuk mewarna.....sampai mama dia yang suruh berhenti.Mana taknya, kekadang tu makan tak nak,minum susu tak nak...dok leka sampai ke malam...ish ish.......ish....

Wednesday, January 26, 2011

Langkawi Trip Day 2 (Episod 2)

Selepas sessi menipiskan wallet di Pekan Kuah, kami buat keputusan untuk ke Langkawi Cable Car.Pada mulanya, aku tak sanggup nak naik, tapi Mr Hubby dok perli jer ....... so berani kan jer lah diri erk..tak pergi nanti menyesal pulak.

Apapun pun memang enjoy dan mengayatkan kat atas tu.



Yang tepi sekalilah , tu lah Mira..cousin hubby yg menjadi tourist guide kami.Thanks Mira!





Tuesday, January 25, 2011

Langkawi Trip Day 2 (Episod 1)

Ok..sambungan dari episod 1, hari ke2..cousin Hubby datang pick up kami. Lepas jer breakfast, kami pun menuju ke destinasi yang pertama. Tempat yang wajib dilawati kalau dah sampai Langkawi ni.

Dataran Helang lah..lepas posing sana posing sini sampai penat....kami ronda-ronda ke Taman Lagenda...sebelah jerkan...ishhh sayang kan tak jaga taman ni..nampak terbiar sangat tau.Walaupun mcm arca yang dibina....tapi tempat ni macam tak dijaga langsung.




Erm.....agak2 dah bosan kat taman tu.....mana lagi kalau tak ke Pekan Kuah.Shopping Time!!!!!!!!

Monday, January 24, 2011

Happy 1st Birthday Nur Aleeya Yasmin

25 Jan 2011
Genap sikecil Nur Aleeya Yasmin dilahirkan kedunia ini.
Kehadirannya melengkapkan lagi kehidupan kami.
Senyuman nya pengubat duka kami.
Tangisannya penyeri hari2 kami.
Selamat Hari Lahir Sayang!


Sunday, January 23, 2011

Day 1 Langkawi Trip (Episod 2)

Di Langkawi,kami tak sewa kereta pun,sebab kebetulan cousin Mr Hubby mengajar kat sini,so hari ke2 nanti dia yang akan jd tourist guide kami.Senang sikitkan bila ada org yg dah biasa tentang selok belok pulau ni.

Untuk hari pertama,disebabkan kami pun sampai dah petang, so tempat yg terdekat utk diterjah adalah Pantai Cenang. Wow......happening Pantai Cenang ni.....bak kata Mr Hubby ..dah jd ala2 Bali pulak.

So sape2 yg nak cuci2 mata.....silalah terjah Pantai Cenang.Ish ish ish.


Aina memang pantang jumpa air, Aleeya takut2 sebab sejukkan....

Day 1 Langkawi Trip 20-22 Jan 2011(Episod 1)


Selamat sudah pulang dari Pulau Lagenda.So,sekarang time to share moment2 terindah di sana.Sebenarnya plan ke Langkawi ni dah lama,cuma budget dan masa yang x kesampaian.At last,hujung Dec hari tu...godek2 AirAsia.com,tgk2 ada package yg menarik tu yg hati tertarik2 tergoda2....terus booking.
Plan asal..booking just we all anak beranak jer...tp bila fikir2 kesian pulak adik yg dok tunggu result SPM dok meroyan kebosanan kat rumah,so kakak dia yg baik hati ni pun....booking lah utk dia sekali.

Kami bertolak dari Melaka ke LCCT lebih kurang 9am ,park kereta kat LCCT parking jugak.RM90 for 3 days.Flight ,1405. Ala...sejam dah sampai.Nak lena pun tak sempat.Cuma yang penatnya melayan kanak2 ribena 2 org ni,huhuhuhu blh bikin sakit jiwa mama dia ni.

Sampai jer,Airport Langkawi...1st sekali cari Taxi. Taxi ke Pantai Cenang (kami menginap di Nadias) ,rate RM18 . oklah kot...sebab Airport ke Pantai Cenang just lbh kurang 15 minit.

Yang penting,sampai jer bilik..masing2 landing dulu..penat seh.Petang kami terjah Pantai Cenang dulu..seberang jalan hotel jer.....




Wednesday, January 19, 2011

Flight to .....

Esok cuti...tapi Melaka tak ambik pun Thaipusam as Public Holiday. Tapi ada aku kisah...tak bagi public holiday....aku ambik annual leave (yg tahun lepas pun ada balance lagi ni)


Deng deng.....
Esok kami anak beranak akan ke mana yer?



Sure semua tahu punya location helang ni kan?

Semoga perancangan kami berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.



Sunday, January 16, 2011

Weekend yg happening

Semalam Sabtu, mak & abah datang ...sebabnya hantar my youngest sister ke sinilah...(baru habis SPM kan)  bosan meroyan duk kat rumah je...tu yang merayap ke rumah kakak dia ni.Lagipun nanti dia akan ikut aku & family pi cuti2 this coming Thursday.Ke mana? Tunggu..........

Tanpa disangka2 Kakak aku yg kat KL tu datang terjah sekali....so happening lah rumah ni....dengan anak2 buah + kanak2 ribena yang sedia ada kat rumah ni.

Pagi tadi....kami terjah ke Pengkalan Balak..tujuan asal abah nak memancing.....tapi yg lain2 apalagi duk follow lah sekali..lepak2 menghirup angin Selat Melaka.Best & enjoy bila dapat bersantai bersama familykan.



Friday, January 14, 2011

Kisah Aleeya



Kesian Aleeya tau,mama dia xder nak story pasal budak kecil sorang tu.Hari2 dok cerita pasal sekolah kakak Aina jer tau.

Sekarang Aleeya sedang bertatih. Tak lama lagi genaplah setahun budak kecik tu.(25hb Jan).Cepat betul masa berlalu.

Gedebuk bunyi nangka jatuh

Pagi hari Jumaat yang memalukan betul hari ni. Excited nak ke toilet bila perut memulas2....tetiba gedebuk jatuh tergolek depan pintu office. Sebabnya ada lopak air dan kebetulan pakai selipar jepun yang dah takde bunga(mcm tayar kereta pulak).

Udahlah jatuh betul2 depan brother yg duk sibuk buat wiring telefon..sungguh memalukan. Habis baju basah...yelah jatuh terletang betul2 atas lopak air tu.

Officemate apa lagi...satu hari duk bercerita....xpe2...jatuh tu pun still boleh control maintain & cun lagi.Lantaklah kalo mamat dua orang tu nak gelakkan pun.(ada aku kisah).

Wednesday, January 12, 2011

Tengah geram dengan Facebook

Saya tak boleh update status...tak comment status sendiri atau orang lain.
Dunno why?
Buntang share tak appear..
Grrrr....Busan betui!


Tuesday, January 11, 2011

Semester Baru Sudah Bermula

Lepas ni tak dapat lah nak bersenang lenang, semester Jan 2011 sudah bermula. Kerja yang setia menunggu dah melambai-lambai.

Semester ni ada 5 module/subjek menunggu,Penyelaras 2 Kelas (adus macam2 perangailah jumpa lepas ni), Penyelaras Bahan Mentah(dah jadi tugas hakiki mak dah ni) dll (SYMP).

Apapun tugas yang diamanahkan perlu dilaksanakan. Azam tahun 2011....menunggu dengan setia untuk direalitikan dan semoga success!

Janji posing dulu yer!

Students yang setia melaksanakan tugas ---- Masa ni dok bersihkan mock up room ada lawatan dari Delagasi Indonesia.


Nak jugak tempek gambar ni... just snap di D'casa IKBN (Mock Up Room for Hospitality School)----> Belum dirasmikan pun lagi...

Monday, January 10, 2011

Selepas seminggu bersekolah

Berposing sambil menunggu Van Sekolah


Buat homework!


Alhamdulilah..selepas seminggu bersekolah Aina menunjukkan minat yang memberangsangkan untuk belajar.Semoga semua urusannya dipermudahkan.Amin.