Suddenly, aku teringin sangat menulis tentang berubat secara Islam nie.Aku aderlah kenal seorang hamba Allah....oklah aku kenal kan dia sebagai Mrs XX.Mrs XX ini megalami banyak tekanan dalam hidup samada daripada family,financial,kesihatan dan persekitaran.Mrs XXX terlalu banyak mengeluh dalam menghadapi dugaan2 nie...tapi yg aku perhatikan tanggungjawab sebagai seorang hambaNya kekadang dia seakan lalai menunaikannya...dia terlalu mengharapkan segala jenis perubatan tradisional untuk menghilangkan segala kesukarannya....
Kekadang tue aku terfikir,kenapa mesti dia bersusah payah mengeluarkan beribu2 duit padahal hasil tak nampak pun...kenapa tidak dia bermohon direct kepadaNya untuk meminta pertolongan kenapa perlu menggunakan org ke3 untuk memohon kepadaNya..
Mungkin aku tak berada dalam situasi dia skg..tu sebab aku tak memahami nya kot....kekadang kesian jugak tengok keadaan dia...maybe tak boleh salahkan dia dalam hal nie...mungkin...dalam keadaan tertekan dia hanya dapat berserah saja pada keadaan...
Aku bukan menolak kepada perubatan tradisional 100% tp aku masih yakin ader keberkesannya...tp dengan cara yg betul dan tidak menyalahi hukumNya...insyaAllah akan diterima....
Berubat melalui perubatan Islam adalah harus .Walau bagaimanapun berubat secara tradisonal adalah tidak bercanggah dengan syarak dengan mematuhi syarat -syarat seperti berikut:
1. Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau melalui mimpi berjumpa wali
2. Tidak boleh mengatakan bahawa Nur Muhammad atau orang-orang soleh menjelma ke dalam dirinya
3. Tidak boleh memuja atau memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk.
4. Tidak menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami serta bercampur aduk dengan ayat al-Qur'an
5. Jampi yang digunakan ialah ayat al-Qur'an, bahasa yang difahami dan tidak beriktikad bahawa jampi itu yang menyembuhkan penyakit.
6. Tidak menggunakan kata-kata pemujaan kepada berhala atau syaitan
7. Tidak boleh membaca ayat al-Qur'an secara songsang
8. Tidak menggunakan al-Qur'an dengan cara menghina seperti menggantung dan menunggunya berpusing.
9. Tidak boleh meninggalkan ibadat wajib seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan
10.Tidak menggunakan kaedah 'menurun' seperti memanggil roh simati..
No comments:
Post a Comment