Thursday, June 30, 2011

Gara-gara layan taste Mak Buyung

Suasana pejabat  tenang dan aman damai minggu ni disebabkan pelajar-pelajar sedang syok bersuka ria sempena cuti semester,dicemarkan dengan pot pet para pengajarnya yang agak-agak lemau sampai berpinar biji mata uruskan markah-markah final exam minggu lepas.

Sekali adalah seorang mak buyung yang sungguh tinggi tahap ngidamnya,nak makan daging rusa.Habis dijelajahnya macam-macam website nak cari info pengedar daging rusa.Huh! makcik sorang tu,pantang org sebut makanan2 yang agak2 pelik dan jarang2 dapat,siaplah datang terus selera dia yg tinggi bebenor tu.

Disebabkan tahap keterujaan yang amat tinggi,akhirnya dapat juga dia cari pembekal daging rusa di Melaka.On the spot calling, dan saya yang mula-mula dok mengutuk tadi pun dok sama tertempah juga sekilo.Adussss...mak cair lah bila terbayang pulak daging rusa masak rendang ala nogri 9.

Dalam dok kecoh2,mula2 order 2 kilo jeww,tapi disebabkan tahap keterujaan tu dah beralih arah ke saya,maka pesanan pun meningkat kepada 6 kilo.Bab2 memujuk yang lain2 boli,serah jer pada saya,gerenti semua terjangkit juga..hihihihi.

So,esok walaupun saya on leave,tetap akan ku terjah juga office petang tu,sebanya dah janji dengan pembekal  untuk received after 3pm.Huh!!! excited mak lebih dari mak buyong pulakkkkkkk.



No comments: