Di kebanyakan kejiranan di bandaraya itu, 19 peratus atau hampir seorang daripada lima kanak-kanak mengalami asma manakala kadar di tempat lain adalah serendah tiga peratus. Sebelum ini, kesibukan trafik, insinerator perindustrian dan sumber pencemaran udara luar lain dikatakan punca penyakit itu.
Namun penyelidik di Universiti Columbia mendapati kanak-kanak yang tinggal di kejiranan dengan kadar tinggi asma adalah dua kali ganda berkemunkinan membawa antibodi terhadap protin lipas dalam darah mereka, petunjuk bahawa mereka terdedah dan alah kepada serangga perosak itu.
Malah, kediaman di kejiranan dengan kadar tinggi asma mengandungi lebih alergen yang dihasilkan lipas dalam habuk rumah. - Reuters
Sumber: Berita Harian

No comments:
Post a Comment