Friday, April 29, 2011

@ Batu Feringgi

Hari ni balik Penang ,tapi adik saya dah booking kan bank negara resort di bt feringgi untuk sehari ni, harus mak setuju jer kan...hehehehe.Lagi2 sebelah Hard Rock.Esok baru terhegeh2lah balik Tasek Gelugor...huhuhuhu.Janji enjoy dulu hari ni.
Yang penting tadi ke Gurney Drive...melantak Pasembor berirama yang super umphhhh tu...best2!

Layan gambar..jerlah yer.Ponat ni sehari on the road dari Melaka ke Penang..petang ronda satu pulau smpi Balik Pulau pun kita org terjah.





Wednesday, April 27, 2011

Ke Pesta Buku PWTC




Pagi tadi sehari suntuk di PWTC,cari latest hospitality book untuk stock library.Pergi pun by transport jabatan,oklah tu...setiap jurusan wakil seorang pengajar.
Ada koje giler nak belek2 satu-satu buku kat setiap booth tu,so kerja senang just direct PIC dapatkan list jer..hehehehehehe.
Ikutkan tak payah nak pi Pesta Buku ni bagai,just contact jer Publisher & order....tapi sudah arahan jabatan kan..haruslah kena ikutkan.Tapi bagus jugak,at least dapat juga usha2 buku yg lain.

Monday, April 25, 2011

Nikmatnya Menikmati Nasi Lemak di tepi Pantai

Hujung minggu lepas,kami bermalas-malas di rumah je.Agak-agak dah meroyan... petang kami cuci mata di tepi Pantai Pengkalan Balak.Mula2 just nak minum2 jer,sekali bila terrrrrnampak sorang mamat ni jinjing bakul yang penuh dengan nasi lemak.Hati pun meronta mau..mau..mau..makan nasi lemak.Konon2 order sebungkus jer,sekali makcik kedai tu letak 5 bungkus atas meja kita org.

Excited bukak..sekali makan sodappppppppppppnye..ha!sekali 4 bungkus lesap kena ngap!....lagi2 makan tepi pantai dengan angin sepoi2....sambil menghirup air kelapa...memang nikmat betui.



Seciput jer,mana tak berbungkus-bungkus sekali ngap kan...


Saja tinggalkan sebungkus......cover...hehehehe


Mana tak nikmat,betui2 depan pantai

Friday, April 22, 2011

JAWATAN KOSONG - URGENT!


Ronda-ronda FB tadi,terjumpa pulak somebody yg share this banner. Menarik kan......banner yang boleh dijadikan peringatan bersama.
Salam Hari Jumaat!

Mana Idea ni?

Lately ni,memang kurang update blog.Banyak koje satu hal.Idea pun takde.Bosan juga kalau dok update pasal hal sendiri je..ada yang muntah hijau dok bacakan.At least kena juga update entry yg berguna dan boleh dimanfaat oleh readers yg terjengah ke blog ni.

Nak dapatkan topik entry pun susahkan....kalau dah satu topik menarik..pun cukuplah tapi hampeh..idea kering kontang ni.....
Wa......mana idea ni?

Sunday, April 17, 2011

EduQuest Camp Petronas

Minggu ni memang sibuk + memenatkan . Lepas jer habis training kat Taylor's Jumaat lepas,sekali mak call suruh bawakkan adik bongsu saya ke UTP untuk program EduQuest Camp Petronas for scholarship bagi budak2 lepasan SPM. kuang kuang  ponat seh..kesian pulak kan...dah  namanya adik kenalah bawakkan. Sudahlah sampai Isnin program nyer.

Dan sekarang kami,dah berada di Ipoh.Semalam sampai... sebab pendaftaran start 8 pagi tadi.Melilau juga cari hotel di Tronoh . Nasib baik dah dua kali sampai kat sana.At least tak lah sesat barat.At last....kita org decide stay kat Ipoh jerlah.Akhirnya check in di Grand View Hotel  betul2 area pasar pagi Ahad ala2 flea market tu...best gak erk...heheheheh.

Aina with Mak Cu

View Ipoh Flea Market from  Hotel Room

Lepas je hantar adik saya tu,kami pun balik semula ke Ipoh..sebabnya camp tu 2 hari 1 malam..dan dia stay kat hostel UTP.Ada lah sesi ceramah,penilaian & temuduga.Chaiyokkkk yer ....Dan kami..blur kat dalam bilik hotel ni,tak tau nak ke mana...penat training pun tak habis ni..tarik selimut ZZZZzzz pun best gak ni.

Tuesday, April 12, 2011

Opss GA dah over...

Nampaknya 1st Giveaways saya dah over,cuba lihat kat total pageview tu,bukan dah lebih 5555 ker?Saper yg dah capture...cecita cecita sikit...meh Prt Sc..buat entry.

Takde saper ke..yang dapat capture ni?

Nota Kaki: 2minggu ni memang busy sikit,sekarang pun tengah attend training.Nak buka blog pun takde masa....waaaaaaa

Sunday, April 10, 2011

At Pyramid Tower Hotel Sunway

Now dah check-in at Pyramid Tower Hotel Sunway,untuk course F&B Supervisory PPK 2011 anjuran JPA.Course esok di Taylor's Uni. College.Suppose,ikut plan asal check in di Ruemz Hotel,Taylors tp last minute bertukar pulak.
Dah start mood rindu2an kepada kanak2 ribena.Aduss...tak lena lah tidur malam ni :-(

Thursday, April 7, 2011

Kursus Oh Kursus!

Hampir lima hari,takde entry baru.
Gara-gara badan yang kurang sihat + penyakit M + kerja2 yg menimbun = Zero Entry lah.
Harap-harap mood blogging tu kembalilah stabil :-P

Baru jer lepas packing bag,tapi tak settle lagipun..sambung esok lah.Lunch hour lari sat..kemas-kemas sikit rumah dan yangs sewaktu dengannya. Yerlah nak tinggalkan rumah seminggu,harus kena clear mana yang patutkan?

Saya berkursus next week start 10hb - 15hb di Taylor's University. So,kanak2 ribena akan dihantar ke kampung petang esok sesudah waktu kerja.Harus meroyan mama dorang ni,nanti startlah drama rindu kesumat selama seminggu dalam blog.So,sesiapa yang terterjah ke blog ni,bila terbaca entry2 berbaur rindu dendam...silalah jgn muntah.

Penginapan disediakan di Ruemz Hotel Taylor's ..tapi macam nak stay semalam jer..selebihnya..baik saya balik rumah di Puchong jer....Mr Hubby kan ada,so kenalah ambil kesempatan ni yer :-P

Cuma,risaukan Aleeya jer ni...harap2 dapatlah dia sesuaikan diri esp. time nak tidur tanpa mama dia ni.Harus berSkype setiap hari .

Nota Kaki : Total Pageviews semakin menghampiri angka 5555,so rajin2 lah jenguk sini yer.Kalau nak dapatkan 1st Give Away saya.

Saturday, April 2, 2011

Postur Duduk Yang Betul

Setiap hari berjam-jam kita di depan PC kan? Yang akhirnya boleh menyebabkan,pinggang kita yang "ramping macam kerengga" tu terpeliot.Cuba kita perhatikan,posture duduk orang2 disekeliling atau cara kita sendiri.Erm...majoriti dah sedarkan,yang sebenarnya cara tu memang salah.

Tapi kekadang tu,bukan kita sedar pun macam mana cara kita duduk kan?Janji selesa......! Erm...cara senang nak bagi selesa just letak bantal yang comel untuk back up belakang pinggang kitakan?

Kenapa kita perlu amalkan posture duduk yang betul?

Ketika duduk, kepala dan punggung mestilah berada dalam garisan yang lurus. Ini adalah supaya berat badan anda disokong sepenuhnya oleh punggung. Ini dapat menghindari dari menghadapi sakit belakang.





Benefits of Good Posture



•Helps keep bones and joints in correct alignment so muscles can be used properly.
•Helps to decrease abnormal wear and tear of joint surfaces that could result in arthritis.
•Decreases stress on ligaments holding joints of the spine together.
•Prevents the spine from becoming fixed or restricted in abnormal positions.
•Prevents fatigue as muscles are used more efficiently.
•Prevents repetitive strain or overuse syndromes.
•Prevents backache, muscular spasm, and headaches.
•Helps you look strong and confident.

Common Contributors of Poor Posture



•Weak muscles
•Tight muscles
•Decreased flexibility
•Prolonged static positions
•High heeled shoes
•Foot pronation (flat feet)
•Poor ergonomic work setup
•Poor sitting and standing habits

Credit to : Infosihat.com & torontochiropractor.ca/posture.

Pagi Sabtu :Pantai Klebang + Econsave Sg Udang


Sebenarnya tak tahu nak ke mana hari ni,so ronda-ronda by car je tepi Pantai Klebang..tak keluar kereta pun..malas nak berpasir2. Aina dah meroyan bila tengok layang-layang tu.Mama dia je malas nak layan.Zalim kan ! Lepas tu breakfast kat kedai makan tepi jalan Pantai Klebang tu.....jauh sikitlah nak nampak pantai sebab pantai tu kan dah kena tambak.

Sebelum balik,singgah sat Econsave Sg Udang,apa lagi beli barang-brang dapur lah yer.Biasalah hujung2 minggu ni,mood memasak tu di paras kemuncak kan?


A.Yang best Econsave ni,org tak ramai tapi barang2 basah banyak pilihan & fresh.
B.Whole Chicken : RM6.49/kg
C. Ikan pun banyak pilihan
D. Big Boss massage jap,penat sangat agaknya,KL-Melaka-KL setiap minggu

Nota Kaki : Total Pageviews semakin menghampiri angka 5555. Jangan lupa yer capture & Prt SC.

Friday, April 1, 2011

MAHARAJA LAWAK!!! Layan...terbahak2



Tengah layan Maharaja Lawak ni! Best lah depa! Siapa yang korang sokong yer! Sure ramai yang tertungu-tunggu show terbahak-bahak dari Johan & Zizan kan! Tapi,peserta lain pun tak kurang hebatnya juga!opssss...JoZan nak on air dah.

Di Terjah Media pagi tadi

Sekolah Hospitaliti,IKBN Alor Gajah diterjah pihak media pagi tadi.Tak silap dua/ tiga press dari media cetak yang datang.Tujuannya untuk mempromosikan kemasukan / pengambilan student melalui UPU Online . Start kemasukkan July ni, semua permohonan masuk ke IKBN adalah melalui UPU yer..

Buat adik-adik diluar sana yang masih tercari-cari pilihan untuk sambung study ,cepat2 online sebab tarikh tutup untuk fasa 2 ni dah nak tamat iaitu 4 April 2011.
Jadi cepat-cepat terjah

PERMOHONAN MASUK ILKA/TEVT

Masa ni bengkel amali Chinese Service ( F&B) tengah running.

Cashout $$$ Nuff Akhirnya


Akhirnya,terasa nak cashout pulak RM Nuff ni,saja gedik2..padahal seciput jer....:-P