Showing posts with label My family. Show all posts
Showing posts with label My family. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Pagi Sabtu :Pantai Klebang + Econsave Sg Udang


Sebenarnya tak tahu nak ke mana hari ni,so ronda-ronda by car je tepi Pantai Klebang..tak keluar kereta pun..malas nak berpasir2. Aina dah meroyan bila tengok layang-layang tu.Mama dia je malas nak layan.Zalim kan ! Lepas tu breakfast kat kedai makan tepi jalan Pantai Klebang tu.....jauh sikitlah nak nampak pantai sebab pantai tu kan dah kena tambak.

Sebelum balik,singgah sat Econsave Sg Udang,apa lagi beli barang-brang dapur lah yer.Biasalah hujung2 minggu ni,mood memasak tu di paras kemuncak kan?


A.Yang best Econsave ni,org tak ramai tapi barang2 basah banyak pilihan & fresh.
B.Whole Chicken : RM6.49/kg
C. Ikan pun banyak pilihan
D. Big Boss massage jap,penat sangat agaknya,KL-Melaka-KL setiap minggu

Nota Kaki : Total Pageviews semakin menghampiri angka 5555. Jangan lupa yer capture & Prt SC.

Monday, February 7, 2011

Weekend Husband & Wife!

Sebenarnya,saya dah lama nak share issue ni. Cuma masa tak mengizinkan,last year memang malas tahap cipan nak update blog. So, this year dengan semangat membara, setiap hari setakat ni..blog ni dah boleh tersenyum..tuan dia dah tak lupa wujudnya blog ni yang dah berusia hampir 4 tahun.

Tup tap tup tap...dah hampir 2 tahun saya di sini di Masjid Tanah Melaka. Bulan Mei ni genaplah 2 tahun saya menabur bakti mendidik anak bangsa di sini. Selama itu lah saya berjauhan dengan Mr Hubby. So jadilah kami weekend husband & wife.Mr Hubby setia berulang setiap Jumaat dan balik semula ke KL pagi Isnin.Memang besar pengorbanan dia..setakat ni,selama hampir 2 tahun....dialah salah seorang pengguna highway KL-PedasLinggi yg setia.

Yang Bestnya Bila Berjauhan.



Mengajar saya erti berdikari ,lagi2 bila adanya 2 kanak2 ribena yang perlu saya beri perhatian.Kekadang tu menguji kesabaran juga, lagi-lagi bila saya demam atau tidak sihat.


Mengeratkan lagi hubungan kami.....jarang jumpa jaranglah bertekak kan..:-)

Bestnya bila ada dua rumah ni,mana-mana pun boleh balik,boring kat Melaka balik KL.Tapi,Melaka best juga,banyak tempat menarik yang tak habis terjah lagi ni.


 Boleh diet tau,bila Mr Hubby takde disisi automatik tak selera sangat nak makan.Tapi bila dia balik,ambik kau...urmmmmm

Yang tak bestnya pulak:



 Bila berjauhan kos pun meningkat, 2 rumah kena maitain, kos ulang alik, ko telefon & kos lain2.Boleh bikin pusing kepala tau. Erm..bilalah gov. nak kasi elaun buat org2 yang berjauhan ni erk.Hehehehehe.



Anak-anak rindu bapanya, mama nye rindu Mr Hubby nye.

Takde org nak ajak bergaduh...sunyi jer rumah lagi2 bila kanak2 ribena dah tido.Dan Mr Hubby pulak kebosanan seorang-sorang duk rumah tu.

Erm tu je kot,so sesiapa yg PJJ jugak tu ...share lah korang punya feeling yeah! Nak juga tau...:-P
Tapi ingat , bila berjauhan ni memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat! Lagi-lagi bila dah anak...so sesiapa yang berjauahn kuatkan semangat,tingkatkan kepercayaan kepada pasangan anda.InsyaAllah rukun rumahtangga.

Tuesday, November 25, 2008

Amukkan di Dapur

Gang...sad story nie..

Alkisahnya semalam ntah angin mana yg datang....tiba2 mood ingin membuat puding karamel tercetus. Tambahan pulak, Mr Hubby yang request...

So,balik jer keje....ambik anak dara tu...usung sekali pi SPEED Supermarket..cara barang2....

Ok set...cantik ..semua brg ada..

So..sampai jer rumah.....terus masuk dapur....1st : Aku masak untuk makan malam lah...alah cincai2 jer..Mr Hubby tak nak makan nasi ...so ...aku buat Sandwich Sardin + egg mayo (utk Aina).Ok settle makan malam...yg begitu simple...

so,lepas Maghrib bermula lah episod sadis tu, 1st : aku buat gula hangus...ok cantik jer perang dia...ku pukul2 telur and gula...ok......cantik jer sebatinya...

DAN.....apabila susu ku ingin campurkan dgn vanila essence....aku pun buka lah botol tu dan tuang tanpa sebarang syak wasangka....HUAAAA..rupa2nya aku tuang tu bukan vanilla tp pewarna MERAH....tension giler aku macam mana lah boleh salah ambik...ke mata aku yang kero......dan susu tu betukar jadi pink color..

Datang lah pulak si anak dara tu...mengacau...dia buka tutup botol fresh milk ....yg ada saki baki lagi dan dituangkan ke atas lantai....lagi lah aku hangin....terus lah jadi perang dunia ke3 kat dapur...

So.....aku cancel semua malas nak buat...barang semua aku sumbat balik dalam peti sejuk......gara Vanila Essence boleh mood aku terus hilang........gilos betul kan.

Monday, September 22, 2008

Berbuka Ramadhan 21

Ingatkan semalam(Sunday) nak masak...siap list down ngan Mr Hubby nak masak apa...tiba2 kakak aku call suruh berbuka kat rumah dia.Terus say OK jer..rezeki jangan ditolak yer tak.
Bagus juga pagi ahad tu..sungguh meletihkan...nasib baik iman kuat lagi...kalo tak habis satu botol air aku kerjakan.Mana tak nya, sibuk mengemas rumah...angkat almari,meja...kononya nak ubah style sikit lah....letih....smpi menggigil kaki nie.Aina pulak dok jadi tukang kacau satu hari semalam pagi sampa petang dia tak nak tidur.Main ..... jer...huhuhu...letih aku.

Sampai rumah kakak aku awal lagi dalam pukul 5 cam gitu.Tgk 2 abang ipar aku tgh busy kat dapur.Kakak aku ngan aku nie sama jer .... nasib baik dapat suami yg kaki masak....relax sikit......tp dalam relax2 jadi tukang potong2 jerlah.
Abang ipar masak special sikit semalam...n sedap sangat...5 bintang!!!
- Steambot (udang,fishball,kangkung,cendawan) ala tomyam ..yg sedap sgt
- Ketam panggang (umphh)
- Ikan merah masak kicap.(favourite aku nieh)
- Masak lemak cili api nenas dan ikan kurau
# smpai lupa nak snap gambar punya laju jer kita org makan....sedap22222

TQQQQ..lain kali jemput lagi yer.....

Saturday, September 20, 2008

HapPy BiRthday My WonderFul HusbAnd


#siapa punya birthday la nie...Aina yang over

Sometimes I worry about you
You don't relax enough
You work so hard
There is so much for you to do

Sometimes I worry about you
You don't realize how much
you are appreciated
or how much you give
of yourself to others
or what a wonderful husband
you are to me
and what a perfect father
you are to our children

Other times I am thankful
for the way you are
as I realize it is the
only way you could be

But at all times
I want you to know
that I respect you greatly
and I thank you for
being the best man in the world
in every way
I love you
- Susan Polis Schutz

Happy Birthday with All My Love Always
Hari nie 20 Sept , Birthday Mr Hubby, just beli 2 slices cakes kat SR..itupun saja jer...sebab Aina nie pantang sikit tgk cake..start lah mulut dia bising..."behday to u......" sampai muncung2 mulut dia duk nyanyi kan lagu birthday tu.Bila smpi kat SR,dia dah start lompat2 sambil nyanyi2...itupun beli lepas buka puasa.Hari nie just berbuka kat Restaurant Manggo Chili (Thai Food) kat Giant Kinrara,malas nak kuar jauh2..sure ramai org shopping raya...lagi2 shopping2 mall kat KL.
Pagi Sabtu tadi, sempat pi Jusco IOI shopping raya sikit, Aina just tinggalkan kat taska,nasib baik pagi tak ramai sangat org..senang sikit nak membeli dan membayar....kalo Aina ikut memang susah sikit nak shopping...duk main2 kejar dengan dia. Dekat 3 jam jugalah meronda2 kat situ...huhuhu...pokai sekejap..hehehhe...
Sempena birthday Mr Hubby hari nie....harap2 dia bacalah yer " Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa diberkatiNya, dimurahkan rezeki, semoga panjang umur untuk kita sama2 melihat anak kita membesar...dikurniakan cucu dan cicit...yang dapat kita saksikan perjalanan hidup mereka.Didiklah isterimu menjadi isteri yang solehah....anak yang mengenang jasa orang tuanya.
Semoga cinta dan kasih sayang ini terus mekar selama-lamanya.Amin."

Thursday, September 11, 2008

For MIL


Lunch time tadi sempat ke First Lady Ampang Park, carikan jubah for MIL and SIL (adik Mr Hubby) huhuhu...First Lady jer mampu...Munawarah tak mampu lagi den ....hehheheee.Design kureng sikit tapi dapat gak lah yang berkenan dihati.Disebabkan this year beraya kampung aku di N9 n Segamat so jubah tu just courier jer....sebab raya ke3 baru balik Penang.Raya utara selatan lah aku tahun nie...apo nak buat dah anak mak...kenalah juga balik kampung MrHubby.

Saturday, August 23, 2008

Talk Part (II)




Sekarang nie tengah giat mengajar Aina...to speak properly.Boleh dikatakan setiap hari cari information about this.Tapi takder lah sampai memaksa dia mengikut cara aku.Setiap maklumat yg aku dapat aku kaji mengikut kesesuaian penerimaan Aina.Sometimes budak2 nie memang tak boleh nak push them directly,need time, kena sabar dan yang paling penting every learning process tu aku make sure ada fun.. kalo tidak sure lah Aina tu boring bangat.

Mengikut pemerhatian aku..setakat nie daya focus Aina berada dalam tahap yg memberansangkan......contohnya dia boleh focus and sit with her blocks....over 20 minutes..leka mencantum2 kan blocks tu.

Sejak akhir2 nie penambahan vocab alhamdulilah semakin bertambah...

- nak main (biasanya mengikut laporan BS kat taska lebih kurang pukul 5 petang jer dia dah gegar pintu kat taska nak main kat playground..n dia nie memang pantang nampak playgroung over yg amat) so perkataan main nie dia dah biasa sangat dgr di taska

- dog,cat,fish,bird,hot (dia dah boleh sebut dgr jelas dan faham bila untuk digunakan..)

- cantik..

- sit...

-yg kelakar time singing the song old mc donald..Aina akan sambung part (E-I-E-I-O) betul pulak tu cara sebutan dia.

update 26/08/08

- sedap

-makan

-uwa.(keluar)

-pa..(lapar)sambil tunjuk perut

There are some techniques to support child's language development.

  1. Memberi respon ketika baby menangis. Proses pembelajaran mereka untuk tahun2 pertama adalah communication melalui menangis untuk menunjukkan kehendak & keinginan mereka dapat didengari & merasakan keadaan sekililing mereka selamat.


  2. Senantiasa ada 'conversation' with them. Young babies begin the skills of conversing by "taking turns."


  3. Talk naturally with your baby throughout your time with her. Babies learn receptive language skills long before they learn expressive ones. Your daughter will understand what you are saying to her well before she is able to speak many words. When babies grow up in a language- rich environment, they naturally learn to speak.


  4. Extend her language and describe what you see her doing.Contohnya bila baby reaches our nose,sooing n we can say " That's is my nose'.


  5. Talk to your baby about what you are doing with her.


  6. Talk about your own actions as well.


  7. Sing songs or tell her stories.


  8. Read books.





Tuesday, August 19, 2008

Gifted,Genius?


"Wah..pandainya Aina menari" ...

Ayat-ayat pujian aku bila Aina start nak dancing bila dengar jer lagu rancak.


" Wah..pandai Aina lukis"

Bila Aina start conteng2 paper dengan color pencil..dgn harapan ..mesti nanti anak aku pandai melukis.Padahal dah memang tabiat budak2 pantang nampak pencil start lah...buat kejer lain..kadang2 habis satu badan dia dengan contengan pen.


" Wah..pandai nya Aina nyanyi"

Bila dia start menyanyi lagu yg kerap dia dgr macam ABC,Twinkle Twinkle..padahal...ntah apa2 bahasa...hanya dia jer yg faham.Dalam hati pandai juga anak aku menyayi.W/pun aku tak teringin langsung anak aku jadi seorang penyanyi.


Siapa tak nak anak yg berbakat or Gifted or genius kan....

Tapi tak semua kanak-kanak tu berbakat sebenarnya.Tetapi pada aku setiap kanak2 tu ada kebolehan masing-masing. Only one in 100 consider highly gifted.

Macam mana tu erk.....walaupun sekarang nie pelbagai teknik ada untuk menjadi anak2 kita cerdas,pintar, lagi berbakat e.g infant-stimulate techniques,educational DVD/CD, learning toys n pelbagai class to enrich their knowledge bukan faktor yg menambah bilangan gifted kids. Sebabnya, You can't build giftedness; it's mostly built in.


Oklah aku share some info. from Parenting.com


True giftedness may be as rare as Einsteins and Mozarts, but the good news is that there's loads you can do to help your child reach her full potential. Even better: Whether young children are truly advanced or happily average (where they have lots of company), in the early years they need pretty much the same things. To raise a happy, emotionally healthy kid, follow these five steps to success:


1. FORGET ABOUT THE "G" WORD


'Gifted' is often misunderstood," says Julia Roberts, director of the Center for Gifted Studies at Western Kentucky University. "People don't always recognize a gift because they're expecting a prodigy." And parents whose kids are "highly capable" or "advanced" in one area or another may not feel satisfied until somebody official labels it "gifted."


2. START WITH THE BASICS


In the first three years of life, all children need to feel a sense of security and attachment. Being held, being loved, and having one's basic needs met are all critical for future learning


Provided a predictable life with a reasonably ordered environment
Held and touched often
Talked to (or sung to) often
Read to frequently
Exposed to interesting experiences
Given many opportunities to learn through play.


3. PLAY'S THE THING


What even chart-busting toddlers and preschoolers don't need are special "gifted" programs or learning tools such as flash cards, educational DVDs, or brain-building computer games. There's no evidence that this "edu-tainment" does anything to boost children's intellectual ability.
Most educators believe kids don't benefit from academically oriented preschools, either. Far more important is having opportunities to explore without constraint -- and teachers and parents who know how to keep learning fun.



4. TUNE IN TO YOUR KID


That's what Jackie Brezinski of Apple Valley, Minnesota, did. She credits talking to 21-month-old Seth and reading to him from infancy for his big vocabulary. "I talk a lot. I tell him what we're doing, what we're eating, where we're going," she says. Now he wants to "read" the books to her.

Building on ability is known as "scaffolding." It means presenting experiences that are challenging but not overwhelming and doing it in a positive, supportive way to help the child reach the next level, higher than she could on her own, explains Schader. For example, if your child asks about a stop sign, you can describe the sign and explain its meaning. Point out the letters S-T-O-P. Later, you can point out an "S" on a store name, then ask if she can find some more.

Enrichment doesn't have to cost money. There's learning in practically everything you do with a young child.


5. BE A GUIDE, NOT A COACH


the relationship between a child and his parents and teachers shapes his attitude toward learning. Aim to be a gentle guide, not a high-pressure coach. "Rather than ask, 'Is this kid counting better than others?' ask, 'Am I supporting what's interesting and exciting to my child?' " says Alison Steier, Ph.D., director of clinical training at the Arizona Institute for Early Childhood Development.




Friday, August 15, 2008

Should I be worried about her..

Aina 20-month old yesterday!!!
Ermm..mommies yg sudi baca blog nie...should I be worried about her..she's not talking yet..(secara lebih teratur n properly)

Oklah that she can say a few words dengan lancar sekali...example (mama,baba,cat.fishhh...,nak air,nenen,bye bye, A,B...O, bird,baby....etc)

Dan..Aina nie boleh mematuhi semua arahan yg diberikan dengan cepat e.g ( give baba,go...change pampers, nak makan?, pi..mandi, take shoes, nak nenen?,......)

Benda pun dah banyak yg boleh dia kenal...cuma tak tahu sebut jer....
Cuma sekarang ni dia just bablers...singing ntah apa2 song but sometimes macam rentak ABC but still not clear....

Agak2lah maybe she late-talkers ..bukan apa sometimes ada juga oreng2222 yang tegur "lambat yer dia cakap"LOL...errrheemmmm

Untuk tidak menambah kegusaran aku...aku just ignore the people said...let's go to check the answer...

1) LOOKING at Language Chief Investigator Professor Mabel Rice said the research found that 13 per cent of children at two years of age were late talkers.(tak per have 4 month lagi Aina turn up to 24 month-old)

2) Boys were three times more likely to have delayed speech development.(She is a girl...lalalala)

3) The study found that a mother's education, income, parenting style or mental health had no impact on a child's likelihood of being a late talker.(so...mama dia nie tak de kena mengenalah...hari2 aku baca kan story book untuk dia ...bagi banyak sikit vocab.:-)) )

4) By 24 months, children will usually have a vocabulary of around 50 words and have begun combining those words in two or three word sentences. (kira Aina still lagi belum boleh dikategorikan as late taklers...after 24 month kalo still lagi no improvement haruslah aku kisahkan?)

5) Fakta lain... late talkers," a term used to describe children 18 to 20 months old who have fewer than 10 words, or those 21 to 30 months old who have fewer than 50 words and no two-word combinations.(risau lah pulak....maybe lebih daripada 10 words rasanya ..kira2...)

#Mommies plz share ur toddler speech development.

Monday, August 11, 2008

Versi Balik Kampung

#rebut lah Aina....tak kuasa nak layan


#puas hati lah nie.dapat jejak kat tanah...




Last Saturday,kan aku balik kampung ada kenduri tahlil,mak aku buat lepas Zuhur malas nak buat sebelah malam....macam biasa kalau kenduri kat kampung nie...memang puas hati bangat kalo bab makan..lagi2 kalo abah aku yang masak..


Mr Hubby berkali2 tambah..petang pun dia bantai lagi seround...kalo duk seminggu kat kampung aku tak tahu lah..penimbang berat pun boleh biol agaknya.


Aina cam biasa lah..nak duk berjalan jer...sikit2 gaduh ngan cousin dia beza umur just setahun jer..masing2 tak nak mengalah...duk berebut mainan jer..at last bear masing2 tukar suka sama suka..

Sekarang nie musim rambutan, punya malas nak ambik masing2 buat dek jer..malas nak bawak balik..bukan makan sangat pun.Tp si Aina meraung 2 nak makan....padahal batuk....aku tak bagi bantai dia melalak punya kuat...

Friday, August 8, 2008

Entry on 080808


Saje je aku open this entry,konon nak meninggalkan jejak kan hari nie the uniqueness date 080808.
Mesti ramai yg tunggu tarikh nie untuk kahwin,yg nak bersalin tu kalo boleh nak paksa baby keluar hari ini jugak....kihkihkih

Chinese people memang suka this no.They consider it truly lucky.China goverment pastikan pelancaran sukan olimpik on 08-08-08 at 8:08:08 pm.Cayalah...!!


Hari nie,tak de apa yg special pun untuk aku.Just keje,lunch hour pi menghabis kan duit kat Metrojaya Sg Wang coz redeem vouncer....sempat lah merembat baju raya Aina...Aina lagi.
Esok awal2 pagi nak balik N9,mak den buat kenduri tahlil untuk Arwah tuk aku......kono balek nie...kang mak den bising.....

Oklah ...tak de idea malam2 nie nak mengarut dalam this blog.
Chau chin chau...:-)) Happy 080808 days (terlewat sungguh aku wish)

Sunday, August 3, 2008

Weekend activities

Saturday

Breakfast at Mamak Restaurant,Mr Hubby n me bedal roti canai...sementara tunggu Giant Kinrara open their operation at 9.30am.Awal sgt kan we alz smpi sana....saja pi awal sikit orang tak ramai lagi....tepat 9.30 am we alz dah terpacak kat parking lot....antara org terawal smpi ke Giant pagi2....hehehehhe...lepas shopping the groceries ...naik tingkat atas ke Play land..the favourite place cik Aina tu.....memang seronok sakan dia....lagi2 ada geng.....turun naik gelongsor ...macam dia lah yg the power kat situ.

Ada lah dalam 2 jam we alz kat situ...sebelum balik..make sure perut kasi kenyang dulu..sebab malas nak masak....smpi rumah masing2 dah kepenatan...tidurlah..ZZzzzzzz

Petang,agak2 dah boring ajak Mr Hubby ke Shah Alam,lama sungguh tak bersantai kat Tasik Shah Alam tu sejak meninggalkan Uitm 5 years ago.......ayoooo..punya lama tak ke Shah Alam aku boleh confuse jalan masuk ke tasik tu....plan nak ke tasik belakang masjid tu tp tak jumpa jalan masuk....at last pi belakang Plaza Alam Sentral tu kat kedai kopi.....Aina punya excited tgk tasik.......macam terpegun sangat dia tgk....punya menghayati betul..baru aku sedar selama ni..aku TAK PERNAH BAWA DIA KE TASIK.....ayooooo...apa punya mama n baba nie.Patut lah anak aku jakun sangat ngan tasik tu......sampai dia tak nak balik...punya meraung masuk bila masuk dalam kereta.Tak pe ye Aina..lain kali kita pi lagi yer....

Sunday

Pagi macam biasa......kemas,basuh baju,vacum,blablabla...hari nie turn Mr Hubby masak..tp aku kena masak juga ..masak nasi n masak sayur.Mr hubby masak special hari nie ayam masak merah umphhhh...dia suggest nak masak nasi tomato..tp aku tidak setuju..sebab rasa tak de mood untuk makan nasi tomato.Teruk betui.....
Petang tunngu Mr Hubby friend..dtg tolong pasangkan lampu baru yg we alz beli last week kat Ikea.....Mr Remy siap bawa anak n wife..Aina ada geng main lah..
Siap je pasang lagi sekali we alz n together2 Mr Remy n family ke Giant Kinrara lagi..adoi hai.....saje bawak 2 org kanak2 itu bersuka ria di Play land n aku sebenarnya teringin nak makan manggo stick pulut siam tu.....sebab kat sana ada karnival Thailand..ahazzzz.

Saturday, August 2, 2008

Kempunan


Cuba perhatikan secara terperici gambar nie,
Hahahah...cempedak ini dibeli oleh MrHubby di pasar malam semalam, excited sungguh MrHubby ingin memakan cempedak goreng....
Awal pagi tadi,dengan bersemangat waja untuk menyediakan sarapan pagi.Setelah tepung siap dibancuh oleh MrHubby..dia pun mula membuka cempedak tersebut...tetapi alangkah terkezutnya MrHubby apabila cempedak yang dikopek itu..hanya terdapat 2 ulas sahaja..hahhahaha...alangkah kecewanya MrHubby..kempunan betui......bau punyalah kuat satu rumah..tapi bila buka takde isi..just 2 ulas jer......ngabihkan boras jer...hahahahha

Hapdate Aina's Blog

Lama sungguh tak hapdate her blog....mesti itu kanak2 sudah marah sama mama dia...aku kan part time writer for her....

Let's click here AINA's BLOG

Saturday, July 26, 2008

Berderau darah aku...

Ntah apa lah mamat ni usha lagi

sape nak tolong angkat nie...?

Hari nie kita org decide nak pi Ikea...survey dining table n lampu....so decide pi pagi lah..kalo petang sure ramai org punya ...kan Ikea dah start sales.


Sampai jer...hubby terus pi masuk Ikea...aku ingat nak melencong ke Ikano dulu....singgah branded outlet tp hampeh laju jer mamat nie jalan masuk Ikea..sebab dia nie kalo nak beli dia just cari barang dia nak beli jer....barang2 lain tak masuk dlm kamus fikiran dia.


Survey..punya survey...just ambik dining table 4 seater je...tak der sales pun...just lower price macam dlm website punya price.Lepas tu survey lampu.....hubby berkenan pulak....lantak pi lah dia punya duit...suka hati dialah.Aku ngan Aina biasalah berkepit jer..



HUHUHu dalam berkepit2 tu...something happen yg membuatkan darah aku berderau tadi....tak smpi seminit.....aku duk tolong hubby angkat box dining table tu..Aina lesap daripada pandangan kita org....wuit mana budak nie....pusing sini tak da pusing sana tak da.....hubby dah gabra....rupa2nya dia ada kat sini juga..cuma terselit kat celah2 box tu......


Sempat tanya dia.."Aina duk mana tadi?" ...pantas jer tgn dia tunjuk celah pokok bunga tu...huhuhu buat mama n baba risau jer....aku dah nangis masa tu....padahal dia ada kat situ juga cuma dia ni suka sgt merayau...tak boleh pegang langsung.Sebenarnya aku tak nak bawa dia...ingat nak tinggal nursery jer..tp hubby nie kesian pulak tgk dia...tu lah bawak...

Aku tak dapat bayang kan kalo Aina......missing tadi...tak sampai seminit hilang daripada pandangan pun aku dah tak tentu arah......huhuuhuh..seriau betul....start saat tu aku terus tak lepas kan dia..sanggup aku dukung dia daripada biarkan dia duk berlari sana sini.Stroller memang dia anti betul..ishhhhhh.

Monday, July 21, 2008

From GSC

Dear R********,

We note that your birthday is just around the corner and we would like to wish you a very "Happy Birthday". With this, we are pleased to offer you a selection of benefits and privileges exclusively for GSC website members:
A complimentary Birthday Treat Voucher - Use this voucher to redeem one complimentary ticket during your birthday month at GSC cinemas nationwide (terms & conditions apply).

# harus aku redeem nie dgr kadar segera....apa yer citer best ...maybe this
for next month

Thursday, July 17, 2008

Alahai...

Just nak story wat happen malam tadi....seperti biasa aina tido around 8.45-9.00 pm .Lepas tu aku pun sibuklah mengemas bilik dia....susun balik her toys,books etc... lepas tu lipat baju yg dah macam nak meletup tu..bak kata hubby aku..smpi dia suggest "apa kata upah org lipat baju2 tu.." amboi2 perli nampak....nampak sangat tahap kemalasan wife dia melipat baju terserlah..tp dalam malas2 tu habis jugak aku settle kan hal2 melipat tu jugak..bukan dia tlg pun tlg tgk ada...

dalam pada aku duk sibuk2 ngan gaya ala2 makcik2 melipat baju..duk bersipuh ala2 anak dara kampung melipat baju..tiba2 hubby..bising..apa yg aku tahu td dia yg suka rela nak tukarkan diapers Aina yg tgh syok tido..tu..apahal pulak...la..rupa2nya anak dara aku ter poo poo dalam tidur...habis basah tilam tu..dah lah aku baru jer tukar bedsheet lain.....habis...lencun semua..tp yg pelik Aina duk lena jer tidur..selama nie kalo dia poo poo..memang tak leh tido punya...hubby dgn sepantas kilat bila dia buka diapers tu dan terlihat poo poo terus dia angkat Aina w/pun dia tahu budak tu tgh tidor.Terkejut aku terus dia bawak pie toilet bersihkan poo poo tu..Aina pun terbangunlah...tiba2 je....dah lah sedap tido tahu2 jer...dalam toilet..nasib baik dia tak mengamuk nangis maintain jer muka..boleh sambung balik tido..

Apa yg aku terkezut tadi tindakan sepantas kilat hubby aku bawak Aina ke toilet..tanpa sepatah arahan daripada aku...uik..pelik sungguh ...laju jer....

Apa kesimpulan cite nie sebenarnya?Entah lah aku sendirik pun tak faham.
Tp yg aku perasan lah..Aina kalo dia poo poo.dia akan cari abah dia...abah..abah..suruh cucilah tu...
Lagi satu kalo Aina tumpah kan something..abah dia juga akan dia cari padahal mama dia nie ada depan mata."pah..pah..abah..abah...."
Pelik pelik..tp bagus jugak....mama dia blh relax

Sunday, July 13, 2008

Back to mama hometown

#laki aku ngan berkain pelikat..cuba terbangkan kite si anak buah aku tu

# tgk anak dara aku,start dah nak melolos kan diri keluar


Hari sabtu,awal2 pagi kitaorg dah bertolak ke n9 kampung aku ler....ala bukan jauh mana pun Gemas tu..dalam 2 jam lebih dah smpi...tu pun berhenti breakfast lama gak kat McD Senawang....abah dia lah perut memulas pulak....

Sampai je..Aina cam biasa malu2 kucing ngan tok mak n tok babah dia..melalak lak tu...ala kejap jer..lepas tu dah start dah tak reti diam..lagi2 ada cousin dia...erm lagilah...nak keluar jer manjang..
Balik nie..sempat jugak aku pi tempah baju kurung raya..mak aku nie memang reti menjahit tp dia malas nak menjahit punya pasal..hantarlah kat jiran aku tu...tema this year maroon.Aku sempat shopping kain kat Jakel KL hari Jumaat hari tu..ahazzzz

Abah aku seperti biasa susah nak lekat kat rumah..yerlah hari sabtu ahad..manjang org kahwin jer...dia kan tukang masak kat kenduri kendara.Dapat gak bawak balik nasi minyak.









Wednesday, July 9, 2008

Malaysia Politic


Ahaz.....not in the topic...just nak buat suspend je....tak kuasa aku nak bercerita abt the politic in my blog....tak kuasa sungguh......buat semak jer..lagi2 kalo cerita abt the Malaysia politic yg semakin huru hara nie....


Just nak story abt my lil. honey....baik aku story abt her daripada story hal yg memeningkan dan meluat untuk dibaca.

ha nie lah gaya dia kalo nak membaca..style landing baik punya..peduli hapa dia kalo tak pakai pillow to cover her head....memang cam ginilah..style dia

# sori pic. capture tak clear ...hp murah beb...

1) Mood membaca dia akan dtg anytime...kalo dtg mood tu...siap lah either mama or baba dia kena baca story tu kuat2....kalo tak siap! merajuk le..buat muka jeling kat kita org

2) Dah pandai respond back ..kalo tahu mama dia nie nak marah esp.kalo sepahkan barang siap lah...dia yg jeling kat kita dulu...panjang sungguh jelingan dia nie..nantilah aku try capture her jelingan tajam tu...

3)Segala arahan dapat diterima dgn jelas...."Aina...take ur shoes!"-terkedik2 lah dia pi rak kasut tu..."Aina..tidur!"- tak nak tidur luar depan tv....cepat2 dia tunjuk bilik siap salam 2,3 round ngan abah dia. "Aina...baca doa!" - sama ada..nak nenen ke....makan ke....that's rule.comel jer..tadah tangan " Aina mandi!" - cepat2 dia buka seluar n tarik baju.

4) "nak....air...." lembut betul kalo nak minta air..jelas pulak tu sebut..ntah sape ngajar aku pun tak tahu......

5) her favourite song skg nie lagu cindarella....tu..ala cite kat tv3 malam selasa tu..terkinja2 menari anak dara aku nie..

6)sekarang nie..setiap pagi aku memang rajin masakkan bekal untuk Aina ke taska...n dia akan peluk tupperware tu smpi lah taska..kalo tak mengamuk...smpi taska..tak der sesipa boleh setuh selagi dia tak makan kecuali sis. yg jaga dia..ish..garang tau dia nie..

7) lagi satu skg..pandai dah nak cubit kita....ngan buat muka ala2 geram tu......

sekian..catatan mama buat Aina....muahhhhh sayang my lil. honey.........bak kata Fid setiap nak tu adalah Unik!!!!

adios........