Friday, February 20, 2009

Berkahwin lah dengan restu kedua org tuamu

Chewah..skema punya topic. Aku bukanlah manusia yang layak mengutarakan isu nie.Cuma tertarik dengan perbincangan rancangan Semanis Kurma di TV9 malam tadi yang dikendalikan Ustazah Norbahiyah dan suami (fuh ustazah nie kalau dah start bercakap...macam bullet train...suami dia alahai....senyum jer)

Seharusnya dan sewajarnya buat pasangan di luar sana apabila anda ingin melangsungkan perkahwinan dapatkanlah restu kedua org tua supaya tidak menyesal dikemudian hari.
(mungkin ada yg akan mengatakan "senanglah dia nie cakap, tak terkena batang hidung sendiri") memanglah aku tak menghadapinya Alhamdulilah perkahwinan kami direstui kedua2 belah pihak. Tapi, bagaimana pulak sekiranya ada mana2 pihak yang menghalang?

Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan halangan, sama ada perbezaan taraf,pendidikan, agama dll.
kekadang tu ibu bapa pun perlu bersikap lebih memahami , jgnlah bila ada perbezaan sikit,melatah tak ingat,selidik bakal menantu jgnlah terus tak setuju.

Ada satu caller malam tadi, seorang janda (balu) yang kematian suami berhasrat bernikah satu lagi tetapi keluarga pasangan belah lelaki menentang apabila tahu status sebenar wanita tu.Apalah salah dgn status janda yg kematian suami , apa teruk sgt ke, sampai menantang habis-habisan. Ishh kekadang tak faham sikap manusia nie,sebab status jadi satu isu besar.So,kalau anak dia kawin anak dara, sahlah anak dara tu baik,suci murni,sopan santun dan janda tu teruk sgt ker.(emo sat..bukan ape kesian pada aku wanita terbabit tak bersalah pun dia berhak dapat kebahagian kali ke2 selepas kematian suami)

So,cara terbaik pada pasangan nie sekiranya betul2 berhasrat berumah tangga, lembutkanlah hati bakal mertua tu, tunjuk kan sikap kita yang sebenar,doa dan mintalah pertolongan dariNya, agar dipermudahkan segala urusan.Tetapi jika tidak direstui juga bersedialah menghadapi kenyataan yang cinta itu bukanlah segala2nya....mungkin sudah tidak tersirat dia bukanlah jodoh kita .Mungkin selepas ini akan hadir cinta lain yg dapat membahagiakan kita.Perlu diingatkan perkahwinan tanpa restu itu amatlah berbahaya,byk pancaroba dan dugaan yg perlu ditempuhi.

Sekian.

2 comments:

Anonymous said...

dear..
i'm agree with you..

and off course, i had experience with this matter..

fuh, biler pk balik...tragic la
=D

rohaadam said...

ishhh..

tragic sgt ke kak intan?