Tuesday, March 23, 2010

Tak Sangka Sungguh

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan pegawai di atas seperti berikut :




Bahagian Tarikh Perkara Keputusan

A 27/10/2009 Perintah Am, Arahan Pentadbiran dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam LULUS

B 28/10/2009 Perlembagaan dan Undang-undang Am LULUS


*****
Tak sangka bila lulus dua-dua paper,tak berkarat jugak otak aku ni,padahal masa exam aku belasah jer jawab, siap dah daftar balik untuk ambil lagi sekali  this year sebab tahu macam tak lulus jer lagi -lagi Paper B.

Lega mak tau,tak payah lagi nak ambil exam ni dah, sekarang tunggu result exam jabatan and pergi kursus induksi Umum dan BTN. Banyak sungguh perkara yang perlu buat bila nak disahkan jawatan dalam kerajaan nie. Kalau dulu kerja swasta habis 6 bulan tak payah kursus2 tak payah exam2 terus confirm jer.

Bulan 5 nie,maybe kena pi kursus Induksi Umum & BTN 2 minggu .....pening kepala bila fikirkan nak tinggalkan Aleeya nie.Cukup ke stok EBM aku masa tu? Semoga dipermudahkan semuanya.Amin.


No comments: