Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Masa ..sempatkah?

Sudah hari Selasa ya.....huh! Lambat seh Jumaat....:-P
Hari ni terjaga 6.48 am maknanya kelam kabut lah nak siapkan Aina & bersedia ke tempat kerja.Lupa nak set alarm malam tadi.Pang sekali..pelupa sangat la ni.
Tapi bagus juga..lambat2 pun cepat juga siap.Tau pulak tak tergedik2 buat tu buat ni..pantas jer....siap pun on time! Tau pulak menghargai masa kan.

" Kalau kita tau bila sampai masanya kita meninggalkan dunia...agaknya masa yang tinggal tu kita akan gunakan sebaik mungkin.Takdelah lalai dan leka dengan duniawi.Erm.....:-( "

Monday, March 28, 2011

Aleeya Yang Gigih


Layan jap gelagat Aleeya ni yer..gigih dia nak naik atas bekas plastik tu.Sampai marah-marah.Mama dia ni pun satu,buat dek jer....seksa dia nak naik benda alah tu.Gigih tau :-P

Ok...masuk cerita mama dia ni pulak, yang semakin lama semakin kurang pulak dengan entry. Busy lah....lagi-lagi bila student dah habis cuti sem, dengan kelas nya.....lagilah nak mengadap blog kat office tu...tak senang.Balik rumah busy dgn anak-anak...so niat nak update entry pun kekadang musnah....anak tidur..mama dia pun layu jer mata.

Next month pulak,kanak-kanak ribena kena hantar balik kampung. Saya ada kursus di Taylor's University College Lake Campus seminggu anjuran JPA.Nak bawak balik Puchong duk dgn abah depa,siang tak de pulak org nak jaga.Lagipun Aleeya ni pula,jenis susah sangat nak dengan orang yang dia tak kenal.Haru pulak jadinya nanti.Harap-harap nanti di kampung semua under control.


Friday, March 11, 2011

Jumaat with smile :-)

Hari Jumaat sudah tiba, bagi weekend Husband Wife.....  hari ni kami "smile" je ok. Mr Hubby sampai petang ni....so bila dia ada di rumah..... start dah fikir menu nak masak apa, Saturday or Sunday nak pi mana?

Kekadang bila PJJ ni,best juga..sebab jarang jumpa..so bila spending time together tu amat berbaloi2.
Time ni lah boleh feeling2 same like falling in love dulu....(kan ayat jiwang dah keluar)

Wednesday, February 16, 2011

Parut Chicken Pox dimuka bukan lagi Nightmare!




Lega beb! esp. tang muka ok,MUKA.Part tu lah paling penting yang diharapkan supaya hilang segala parut yang meninggalkan kesan. Masa 1st and 2nd day chicken pox tu,tengok cermin pun tak selera,hantu mak limah pun lagi cun.
Sekarang selepas seminggu,alhamdulilah tang MUKA 90% kembali seperti sedia kala.Masuk office tadi,semua tegur parut takder ke?
Thanks pada doktor yg suggestkan supaya gunakan cream ni.Tak payah i nak sapu2 bedak sejuk lah,kulit pisanglah......i nak progress yg pantas dan cepat. Janji vogue!

Monday, February 14, 2011

Say No No No to Valentine's Day


Urm..14 Feb yer hari ni. Sure semua dah tahun pasal hukum hakam celebrate Valentine's Day kan.Malas lah saya nak story benda yang sama.Kalau tak faham lagi tak tahulah,bersepah info. pasal ni dah keluar.
Bagi saya "LOVE IS WHO WE ARE & SHOULD CELEBRATE THAT EVERY MOMENT OF EVERY DAY!"


Nota Kakiku :
Saya still cuti hari ni,secara kebetulan apply cuti rehat last week.Udahlah MC 4 hari last week.So,bersambung-sambunglah cuti saya ni.Alhamdulilah demam campak dah surut.Cuma sekarang misi menghilangkan parut.Mak nak vogue jugak.

Sunday, February 13, 2011

Kena Kurung

Layan kanak2 ribena No2 ni----->protes kena tinggal dengan abah & kanak2 ribena No 1 pi pasar & beli breakfast!


Enam hari tau! bukan 6 jam. Hari-hari kerja saya on off laptop,layan Astro, tgk dinnding,ngadap pokok2 macam kena kurung tau.Konon-konon berangan weekend ni nak camping ala berkelah kat Pengkalan Balak dengan kanak2 ribena dan layan Mr Hubby memancing.Tapi,hancus musnah semuanya gara-gara chicken pox ni.Uwaaaaaa......saya ni bukan boleh duduk rumah macam tu jer..harus bosan tahap gaban punya.
Kalau tidak,cuti-cuti ni kalau takde kat shopping2 mall tu..kami mesti ada aktiviti
Ni tinggal 4 hari lagi.....mampukah saya bertahan?
Takpe2 think positive-----> REHAT SECUKUP2NYA!

Friday, February 11, 2011

Bila ku lihat cermin...

Bila kulihat cermin....boleh bikin menangis.Huhuhuhu..tak sanggup tgk muka sendiri.Kalau dulu jerawat pun susah nak hinggap..tapi bila kena demam campak ni..dah macam muka apa ntah.

Semalam memang keluar mendadak bintik2 merah tu, sampai Aleeya nyaris2 tak kenal mama dia ni.Terpegun agaknya tengok kejelitaan mama dia.Mama tak rela lah Aleeya.

Tapi apakan daya, dugaan terimalah seadanya.:-)

Wednesday, February 9, 2011

Demam Cacar Air

Sah saya kena demam cacar.Pagi tadi dah tak tahan sangat gigihkan diri ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah,so sambung MC lagi hari sampai Jumaat.Bintik mereh tu dah menular satu badan dan yang tak syoknya muka pun sama!
Badan duk miang gatal ni, janganlah sampai menjangkit kat kanak-kanak ribena.Nak tidur tak boleh.....TV pun tak larat nak tengok ni.Bosan pulak.Kerja kat office tu melambak,dengan kelasnya, student test lagi...uwaaaaa!!!!!!!!!!

Sedikit info tentang demam cacar ni :

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Tuesday, February 8, 2011

Bila Tak Sihat

Saya adalah MC hari ni. Pagi tadi masuk juga office,tapi rasa dah tak larat,gigih kan diri ke klinik juga. Nasib baik ada officemate yang baik hati,tolong temankan.Sekarang,terbaring kat rumah. Kanak2 ribena kat taska.
Uwaa....macam manalah nanti bila dorang dah balik.Mama depa tak larat ni. Badan panas lagi.Tekak sakit sampai merah,badan ada bintik merah berair, tapi nasib baik tak banyak.Mintak jauhlah kena demam campak.Aku pun tak ingat ni,aku pernah kena tak demam campak.

Dugaan betul kan...agap je ni semua ketentuan Illahi menghapus dosa-dosa kecil.

Friday, December 12, 2008

Bad & Good News

Huhu.......hari nie bos beritahu about bonus and increment.
Actually semalam bos2 besar meeting di Singapore Office.....pasal nielah....
Memandangkan ketidakstabilan Yarn & Textile Price pasaran dunia...so sedikit sebanyak memberi kesan pada company nie.....kita org kat Sales & Marketing Dept pun pening kepala last month jer 2 ke 3 kali change price....client ada juga yg bersungut tp nak buat camner????

So......keputusan muktamad meeting semalam BONUS ada (KL Office-Sales&marketing..lobih skit...YES) berbanding last year dan batu Pahat-Based..kos sara hidup KL tinggi beb) ....TAPIIIIIIIII increment takdak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bos aku cakap lah..dia akan try untuk dapatkan increment juga.....TUNGGUUUUUUUUU...............

Wednesday, November 26, 2008

Ngeri Mimpi ku...

I had a dream last night that was ngeri , seram ,menyampah, sakit hati... %^&@#!$#W@

Bukan seram apa pun.....just ... aku mimpikan yg Mr Hubby is getting married 4 the second time!!......sudah lah tu boleh stay together under one roof........macam mana tu..ishhhh...selisih betul.

Nie semua gara2 perbualan between aku vs Mr Hubby semalam...The story begin after Mr Hubby balik dari A1 kat Sepang...aku mati-mati ingatkan dia pergi berdua... dengan member dia MR Z......TAPI... dia buka cerita semalam rupa2nya Mr Z tu bawak GF sekali.......Mr Z sudah berkahwin ok....anak dah 5 ...sebaya umur lebih kurang dengan Mr Hubby cuma Mr Z tu kahwin awal.His GF tu student tahun akhir kat IPTA.

Sebenarnya aku tahu dah kisah Mr Z nie dah lama (sape lagi cerita kalo tak laki aku)...dan aku kenal sgt dengan wife dia walaupun jarang sgt bersua muka...cuma tak sampai hati nak pecahkan rahsia.

Bila difikirkan memang lah Mr Z ni terlebih mampu untuk tambah sorang lagi.....TAPI..korang2 sendiri fahamlah kan bagaimana perasaan seorang wanita apabila isu BERPOLIGAMI diperkatakan. Kesian kat isteri dia...duduk rumah sepenuh masa jaga 5 org anak yang rapat2 umur diaorg tp diluar pengetahuan dia husband bersuka ria di luar sampai rancang nak kahwin dah .

So, apalagi Mr Hubby kenalah dash dush dash dengan aku w/pun tak der maknannya aku nak bising kat dia kan....sebagai kawan dia just boleh bagi nasihat jer kat member dia tu....jgn dia sekali terjebak sudah.....tapi bila difikirkan bak kata MR Hubby "biarlah dia org kahwin jer daripada menambah dosa" ~~~ huhuhuhu...

Nasihat aku yg mentah lagi tidak arif nie, kepada kaum lelaki sekalian fikirlah sewajarnya sebelum membuat kuputusan untuk berkahwin kali ke2.....fikirlah ketika susah dulu siapa yg banyak membantu memberi semangat dan sokongan....bila senang rezeki melimpah luah .... senang je menabur duit kepada org yg anda baru kenali....lagi2 yg cantik,yang gebu, yg muda.....habis isteri kat rumah tak boleh ke digebukan semula ke, dicantik kan semula, di awet mudakan..dah kata duit banyak.......!!!!

Ada yang mengatakan poligami nie banyak membantu dari soal mengurangkan andartu, ibu tunggal dan membela nasib wanita terbiar. Tp berapa ramai yg berpoligami atas dasar nie? Dah pasti cari yg lebih muda, slim, cute, gebu.......so fikir-fikirkanlah....

Note : Entry nie atas apa yg terbuku jer..tak terjadi kat diri kita senang lah cakap kan....harap2 jgn lah terjadi .......Mr Hubby ingat anda sering diperhatikan!!!!! hehheeh...lepas nie siaplah kalo kuar ngan MR Z lagi... mama ikut......lalallalala

Tuesday, November 25, 2008

Amukkan di Dapur

Gang...sad story nie..

Alkisahnya semalam ntah angin mana yg datang....tiba2 mood ingin membuat puding karamel tercetus. Tambahan pulak, Mr Hubby yang request...

So,balik jer keje....ambik anak dara tu...usung sekali pi SPEED Supermarket..cara barang2....

Ok set...cantik ..semua brg ada..

So..sampai jer rumah.....terus masuk dapur....1st : Aku masak untuk makan malam lah...alah cincai2 jer..Mr Hubby tak nak makan nasi ...so ...aku buat Sandwich Sardin + egg mayo (utk Aina).Ok settle makan malam...yg begitu simple...

so,lepas Maghrib bermula lah episod sadis tu, 1st : aku buat gula hangus...ok cantik jer perang dia...ku pukul2 telur and gula...ok......cantik jer sebatinya...

DAN.....apabila susu ku ingin campurkan dgn vanila essence....aku pun buka lah botol tu dan tuang tanpa sebarang syak wasangka....HUAAAA..rupa2nya aku tuang tu bukan vanilla tp pewarna MERAH....tension giler aku macam mana lah boleh salah ambik...ke mata aku yang kero......dan susu tu betukar jadi pink color..

Datang lah pulak si anak dara tu...mengacau...dia buka tutup botol fresh milk ....yg ada saki baki lagi dan dituangkan ke atas lantai....lagi lah aku hangin....terus lah jadi perang dunia ke3 kat dapur...

So.....aku cancel semua malas nak buat...barang semua aku sumbat balik dalam peti sejuk......gara Vanila Essence boleh mood aku terus hilang........gilos betul kan.

Thursday, November 13, 2008

Update jer...

Nampaknya produktiviti aku menurun bulan nie.... entry blog berkurangan yer puan-puan.Bukan apa ..bila timbul penyakit M, takde sesiapa yang boleh membantu kecuali diri sendiri.Lagi pun last week kan aku kurang sihat sikit, so mood untuk memblogging pun kureng.Alhamdulilah,this week sudah ok...aku kembali cergas cerdas dan bersemangat.

Chewah....nampaknya semangat untuk bekerja sudah kembali..tp akhir2 tahun cam gini biasalah department aku......slow moving sikit..... so byk lah melepak2 kat office tu sambil mencari2 kerja baru..gatal sungguh nak bertukar angin kan aku nie...aku bukan apa..kerja sini ok...bos ok...cuma....benefit kureng sikit...staff bolehlah......cuma enviroment kureng happening berbanding tempat kerja lama......maybe...staff2 kat sini semua sudah berumur...kot..tak boleh masuk ngan kepala aku.Tapi masalah nya...aku malas betul nak attend interview..pi apply rajin bila depa call , mula2 bersemangat nak pi..tapi last minute aku cancel..giloz sungguh.Daripada 4 temuduga yg aku dapat cuma satu jer yg aku pi.....gatai sungguh yg pi apply byk2 tu apahal kan.

Ignore jerlah..lepas nie kalo ada peluang yg lebih baik...harus aku cuba kan.

Tiba2 idea..untuk merapu hilang.ngantuk beb.ok chau..esok sambung.

Wednesday, November 5, 2008

Kelopak mata bergerak?

Tentu majoriti daripada korang semua pernah mengalami kelopak mata bergerak kan....aku selalu gak...walaupun tak kerap sangat....hari nie kelopak mata aku pun bergerak2...belah kanan.

Pelbagai versi daripada org2 tua yg mengatakan kelopak mata bergerak petanda sesuatu kejadian..Huh...percaya ker u allz.terus terang aku memang tak percaya....org2 tua dulu kan banyak sgt pantang larangnya, petuanya dan pandangan.Kita sebagai orang Islam kalo percaya benda2 cam gini sah2 kurafat kan.

contoh kepercayaan ;
1) Sekiranya kelopak mata sebelah kiri bergerak2 menandakan berita kematian orang yang kita kenali.
2) sekiranya belah kanan, nak jumpa org jauh lah..dapat berita baiklah...macam2 lah...

Setelah digodek2 pc nie goggle macam2 jumpalah kajian saintifik about this.DISINI
Kelopak mata bergerak = myokymia

Myokymia is, according to doctors, “a common condition where a few of the muscle fibers of the upper — or more commonly the lower — eyelid contract irregularly. … Myokymia is closely associated with stress, fatigue, lack of sleep and too much caffeine.”

That’s doctorese for, “you’re eyelid’s twitching, moron. Try changing something.”
This doctor says that myokymia is associated with “brainstem neoplasms,” which sounds even cooler than “tremors.” “Brainstem neoplasms” is bound to get people at the office to pay attention when you talk about your problem. But then, the treatment for that includes a “lumbar puncture with examination of cerebrospinal fluid,” so maybe it’s best not to milk the neoplasm idea too far. Especially for a stupid eyelid twitch.

Frankly, when I get The Twitch, I’m not usually stressed out, I am getting as much sleep as ever, sometimes more, and I don’t drink coffee (I even have decaf Coke). Maybe it’s my Evil Plan to Dominate the World, we usually get eye twitches when we do that.

Some people stand by the theory that it is a vitamin deficiency, usually potassium (because someone once heard that potassium has something to do with muscles; we’re still trying to track that one down), and others swear that it’s a B-vitamin deficiency, saying they lose the twitch immediately when they start taking the pills. I have the strong feeling, however, that this is more to do with something that rhymes with the “flacebo effect.” For all of you who want the above remedies to work, I cleverly disguised my opinions about it there.

Treatment: Reduce your stress, get more sleep, nix the coffee, eat more bananas and B-complex pills. Throw in a couple of sugar pills for good measure. Save the cerebrospinal fluid exam for emergencies.

Yups,memang aku stress lately nie....PMS kot(dalam beberapa hari nie badan aku sengal2 bangat,macam nak demam....duk dalam office ni..menggigil2 tak tahan sejuk aircond...berlapis2 aku pakai baju ni ha....)
Tak cukup tidur pun yer.....kot....tp cofee jrg aku minum nescafe memang kerap...

So I need REST!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, October 30, 2008

Confusing (Hapdate)

Busy bangat...pening kepala...confuse222.....tu sebab lama tak update.Lagi pun no mood to update blog. Sekarang tgh sibuk dgn 1 projek nanti akan di war-warkan.....
Lepas tu aku pi menggatal saje test market kat Jobstreet..macam dah boring jer kerja kat sini....setiap masa setiap saat buat kerja yg sama jer...tension222222.
Dalam seminggu nie...ada 2 interview yg aku dapat...both company....memang aku suka....1st interview aku tak pie pun..MALAS.
2nd interview esok (Friday)...rasanya akan aku pergi ...KOT....sebab benefitnya..tersangat lah bagus compare company aku sekarang nie.
3rd interview next month...with SPA. (nie memang ramai desak aku suruh pi sebabnya...GOV lah)
Sampai berdenyut2 kepala aku nie ha!!! fikir pasal interview...sebab dah lama tak pi..rasa seram sejuk pulak......
Apa pun Mr Hubby suruh pi jer...dapat tak dapat lain cerita..yg penting USAHA.
Aku nie bukan boleh fikir byk sgt...start lah kepala nie berdenyut2 tak ingat punya......macam nak hantuk ke dinding je.
Oklah...sekian laporan untuk hari nie...ngantuk..pening2222.

#### Patutnya aku ada interview hari nie...nampaknya tak pielah....macam mana aku nak pie? takder transport...laki aku pulak ada hal....busy jer manjang.Dahlah kat Subang Hi Tech nun...so MALAS.Nak naik taxi pun malas..boleh? Lagi pun aku keje hari nie malas nak ambik half day...so sebab MALAS menguasai diri...so tak pegi lah........
Kenapa lah penyakit MALAS menguasai diri aku sejak akhir2 nie..mungkinkah sudah bosan dgn kerja skg......bestnya kalo duk rumah .... ..main2 ngan Aina.....tapi duit masuk.......biler??????

Tuesday, September 16, 2008

Mana Mood?

Mana lah mood untuk aku merapu dalam blog nie....macam tak der kudrat jer...untuk bercerita...
Takder perkara yg happening berlaku dalam kehidupan aku .... sepanjang minggu nie,

just Aina baru baik demam...demam satu malam jer..boleh? esoknya terus aku bawa pi klinik, resultnya... demam + batuk + selsema = hilang terus...power gak ubat tu yer...

Bercerita tentang anak dara nie....dah 21-month old....cepat betul masa berlalu..........
Alhamdulilah...dalam aku duk risau abt her vocab...dari sehari ke sehari bertambah improve.....
Sekarang nie apa yg we allz cakap dia akan follow..w/pun macam tak kena jer bunyi nya.....dia akan ikut smpi berkali2....

Cuma skg nie...dia memang manja dengan aku.....kalo boleh nak berkepit jer.......time berbuka memang dia duk sopan kat kerusi tu smbil tgk we allz makan...cuma dia buat aktiviti lain...habis semua lauk nak dimasukkan dalam pinggan dia...bukan makan pun..just belek2 jer satu per satu..apa yg dibelek nya pun tak tahu....

this saturday, besday Mr hubby, tengah poning nie nak bagi apa this year...bagi ......samping boleh???? boleh pakai raya terus...hihihi.....plan nak belanja makan...tp ke mana yer...malas lah nak pi makan buffet, rasa macam membazir jer...perut nie bukan boleh sumbat byk2......dalam kepala nie banyak idea - just ingat nak ambik set jer / a la carte
1) steambot 2) Thai-food 3) Nasi beriani 4) western food
#minta tolong kawan2 suggest restoran yg best dan berpatutan esp sekitar Puchong,Sunway / Putrajaya....

Sunday, August 24, 2008

Rainy Weekend


How is your guys weekend going?

Actually aku on leave last Friday....coz Parents in law kan datang..ingatkan nak bawa depa jalan2 tapi pak mentua ku sibuk pulak...secara kebetulan SIL aku akan bermaustation ke Morocco dan akan bertolak on this 28th August,so depa byk habiskan masa dengan cucu2 tersayang di rumah SIL aku.
So, daripada mensia2kan on leave yg telah diambil (hubby pun on leave juga) decide duk rumah jer...lepak...makan2...tidur2...since it was raining most of the day..apalagi bantai duk tergoleklah masing2 tidur....huhuhuuhu.
Straight Friday till Sunday hujan kan....memang kitaorg bantai melepak je kat rumah waktu petang2 weekend nie...activities selain tidur adalah MAKAN...hujan2 nie asyik lapar jer...nasib baik Speed Market dokat jer ngan rumah...hubby start je enjin kereta aku n Aina terus meluru shopping MAKANAN....huhuhuh kelaparan betul anak beranak nie time hujan.
Yang syok nya...time hujan2 nie...waktu tidur petang Aina memang lama..boleh smpi 4 jam...so dapat lah aku merewang online dengan aman damai tanpa gangguan.

Sunday, August 17, 2008

Happy Birthday To Me -26 Years Old



Your Birthdate: August 17


You tend to find yourself lucky - both in business and in life.And while being wealthy is nice, you enjoy sharing your abundance with others.You put your luck to good use: you are very ambitious and goal oriented.Often times, you get over excited and take on more than you can manage.

Your strength: Your ability to make your own luck

Your weakness: Thinking you can do it all

Your power color: Bronze

Your power symbol: Half Moon

Your power month: August

I turned to 26 today.Cepatnya masa berlalu.On 26 years old Syukur Alhamdulilah..kehidupan aku sudah diwarnai kehadiran sebutir permata hati....Nur Aina Sarah dan seorang suami yang begitu memahami.

Monday, August 11, 2008

Versi Balik Kampung

#rebut lah Aina....tak kuasa nak layan


#puas hati lah nie.dapat jejak kat tanah...




Last Saturday,kan aku balik kampung ada kenduri tahlil,mak aku buat lepas Zuhur malas nak buat sebelah malam....macam biasa kalau kenduri kat kampung nie...memang puas hati bangat kalo bab makan..lagi2 kalo abah aku yang masak..


Mr Hubby berkali2 tambah..petang pun dia bantai lagi seround...kalo duk seminggu kat kampung aku tak tahu lah..penimbang berat pun boleh biol agaknya.


Aina cam biasa lah..nak duk berjalan jer...sikit2 gaduh ngan cousin dia beza umur just setahun jer..masing2 tak nak mengalah...duk berebut mainan jer..at last bear masing2 tukar suka sama suka..

Sekarang nie musim rambutan, punya malas nak ambik masing2 buat dek jer..malas nak bawak balik..bukan makan sangat pun.Tp si Aina meraung 2 nak makan....padahal batuk....aku tak bagi bantai dia melalak punya kuat...

Friday, August 8, 2008

Entry on 080808


Saje je aku open this entry,konon nak meninggalkan jejak kan hari nie the uniqueness date 080808.
Mesti ramai yg tunggu tarikh nie untuk kahwin,yg nak bersalin tu kalo boleh nak paksa baby keluar hari ini jugak....kihkihkih

Chinese people memang suka this no.They consider it truly lucky.China goverment pastikan pelancaran sukan olimpik on 08-08-08 at 8:08:08 pm.Cayalah...!!


Hari nie,tak de apa yg special pun untuk aku.Just keje,lunch hour pi menghabis kan duit kat Metrojaya Sg Wang coz redeem vouncer....sempat lah merembat baju raya Aina...Aina lagi.
Esok awal2 pagi nak balik N9,mak den buat kenduri tahlil untuk Arwah tuk aku......kono balek nie...kang mak den bising.....

Oklah ...tak de idea malam2 nie nak mengarut dalam this blog.
Chau chin chau...:-)) Happy 080808 days (terlewat sungguh aku wish)