Monday, March 28, 2011

Aleeya Yang Gigih

video

Layan jap gelagat Aleeya ni yer..gigih dia nak naik atas bekas plastik tu.Sampai marah-marah.Mama dia ni pun satu,buat dek jer....seksa dia nak naik benda alah tu.Gigih tau :-P

Ok...masuk cerita mama dia ni pulak, yang semakin lama semakin kurang pulak dengan entry. Busy lah....lagi-lagi bila student dah habis cuti sem, dengan kelas nya.....lagilah nak mengadap blog kat office tu...tak senang.Balik rumah busy dgn anak-anak...so niat nak update entry pun kekadang musnah....anak tidur..mama dia pun layu jer mata.

Next month pulak,kanak-kanak ribena kena hantar balik kampung. Saya ada kursus di Taylor's University College Lake Campus seminggu anjuran JPA.Nak bawak balik Puchong duk dgn abah depa,siang tak de pulak org nak jaga.Lagipun Aleeya ni pula,jenis susah sangat nak dengan orang yang dia tak kenal.Haru pulak jadinya nanti.Harap-harap nanti di kampung semua under control.


No comments: