Artikel ini adalah dicedok tanpa kebenaran dari sini.
Faktor Pemakanan Anak menjadi Pintar.
Untuk membentuk anak yang ceria, cerdik dan cemerlang memerlukan kesabaran dan penelitian yang penuh dari kedua ibu bapa. Anak yang ceria adalah anak yang periang, anak cerdik adalah anak yang pintar dan cerdas minda manakala anak yang cemerlang adalah anak yang gemilang dan istimewa, dari segi fizikal dan mental.
Dalam memastikan anak-anak anda ceria, cerdik dan cemerlang, anda perlulah memberikan perhatian yang lebih kepada pemakanannya. Ini kerana 20 peratus dari apa yang dimakan oleh anak-anak anda akan ke otak. Makanan inilah yang akan membentuk fizikal, otak, fikiran, perasaan dan tingkahlaku.
Makanan terbahagi kepada dua kategori iaitu makanan neurofilik dan makanan neurotoksik.
Makanan neurofilik adalah makanan yang akan merangsang perkembangan otak dan saraf. Manakala makanan neurotoksik adalah makanan yang meracun otak dan saraf.Makanan neurofilik adalah seperti ikan, kekacang dan kekeras, bijirin, sayuran, buah-buahan, kismis, tamar, kurma, susu dan makanan dari susu, ayam, gula semulajadi (enau), koko atau coklat, belalang kunyit, majerin sayuran, minyak sayuran, beras warna coklat, roti mil penuh, ubi kentang, ubi keledek, madu lebah, daging tanpa lemak, makanan laut yang mengandungi iodin dan telur.
Makanan yang disenaraikan di atas adalah makanan yang boleh mnecerdaskan fikiran, menjadikan seseorang itu rajin, mencerdaskan akal, meningkatkan daya fikir, kreatif, menajamkan tumpuan dan ingatan, menghilangkan rasa resah, runsing dan takut, meningkatkan semangat serta menghilangkan bosan.
Sementara makanan neurotoksik adalah seperti aiskrim, air berklorin, cuka, asam, jeruk, biji dan ulam gajus, biskut dan kek, buah pala, kepala ikan, kicap dan garam, gula, kopi dan teh, makanan yang berminyak, belacan, budu, cencaluk, dadah dan makanan segera serta makanan ringan.
Makanan-makanan di atas akan menyebabkan mengantuk, malas, hilang ingatan, lupa dan gangguan emosi. Ini bukanlah bermaksud anda tidak boleh mengambil makanan neurotoksik, tetapi adalah memadai anda mengambilnya dengan jumlah yang sedikit.
Faktor pemakanan haruslah diambil kira oleh ibu bapa bagi melahirkan generasi yang ceria, cerdik dan cemerlang. Harus diingat, makanan yang diberikan kepada anak-anak anda akan menjadikan mereka seorang yang positif atau negatif. Anda sebagai ibu bapa tentunya ingin melihat anak anda sentiasa ceria, cerdik dan cemerlang dalam kehidupan. Dengan itu berilah makanan yang berkhasiat kepada mereka.
No comments:
Post a Comment