Apabila anak membuli baba nya.
Case 1
Isnin lepas, di parking lot apabila kami tiba dari kampung.Setelah memunggah semua barang di dalam kereta ..... Aina membantu dengan membawa bantal & bebe. Tiba2, jiran kami mahu keluar bersiar2 bersama anak isteri,Mr Hubby yg peramah pun pot pet pot.....aku dan Aina berjalan bersaing terhegeh2 menuju ke tangga, tiba2 Aina berhenti dan pusing semula ke arah baba dia yang masih pot pet pot pet dengan jiran itu, pantas Aina menjerit "Baba, balik!!"(diulangi 2 atau 3 kali apabila disedari baba dia tak dengar) "baba,balik!!!^&^^&*&8*(&^&^(sambil potpet marahkan abah dia)aku pun tak faham..aku gelakkan jer.
Case 2
Malam semalam kami bersenang lenang di depan TV sambil menonton cerita yg mengarut(Julia Juli) walaupun mengarut aku tgk juga,sebab aku sukakan gaya Dynas.
Mr Hubby seperti biasa akan pot pet pot kan sesuatu..(huhuhu tak penat ke dia bercakap).Aina yg ketika itu,sedang leka bermain block dan menyepahkan buku2 dan majalah2 mama, menyedari yang ketika itu baba sedang memperkatakan sesuatu.
Terus Aina berkata..."Baba,diam.*&*&*&)&70,diam.....shhhhh"sambil diletakkan jari dibibir menyuruh baba dia berhenti bercakap.(aku dah bantai tergelak)
Baba dia tk puas hati ,so bercakap semula. dan Aina mengulangi perkataan yang sama "Baba,diamm..shhhhhhhhhhh..(*(&&^&889"sambil berdiri dan mecengkak pinggang.Hahaha padan muka baba..heheheh

No comments:
Post a Comment