Tuesday, March 10, 2009

Ragam Aina Part 1

Sejak akhir2 nie ragam Aina memang menggeli hati aku n Mr Hubby.



case 1



Sekarang sekiranya, aku hilang dari pandangan mata kasar dia even 5 minit je,dia akan mencari pelusuk rumah. Semuanya bermula , beberapa minggu lepas apabila MIL datang ke rumah....ketika tu pagi Sabtu aku ada class around 8am,so ketika Aina masih lena diulit mimpi, Mr Hubby hantarkan aku dan tinggalkan Aina bersama MIL.



Tak jauh pun class hari tu kat Serdang je, so dengan harapan sempatlah Mr Hubby sampai sebelum dia bangun.Tetapi, seperti dia tahu2 jer mama dan baba dia tiada,dia pun bangun sambil mencari2 ,sekali MIL datang untuk memujuk...mula lah dia meraung tak ingat. MIL keluar dari bilik...dia diam,duduk di sudut katil sambil menutup muka..taknak turun dari katil dan keluar dari bilik sehinggalah baba dia balik.



Ketika Mr Hubby jemput aku tengahari tu,di bawanya Aina bersama yang ketika itu sedang enak diulit mimpi di seat hadapan. Apabila aku,terjah masuk kereta duduk seat belakang dan bersuara, terus sepantas kilat dia bangun dan melompat ke blakang sambil memeluk aku dan tersengih2 seperti sudah bertahun tak jumpa.



case ke2

Last Saturday, aku ada mid term exam di Uniten. Just 1 jam jer...so decide bawa Aina sekali and Mr Hubby ditugaskan mengawasi kerana selepas exam kami akan pulang terus ke N9. So,aku tinggalkan depa breakfast kali ke2 di Kafe (padahal sebelum tu dah melantak nasi lemak kat restoran mamak). Aina yang ketika itu tidak menyedari kehilangan aku ke exam hall,enak menyamu mihun goreng dengan begitu asyik.


Dalam 1/2 jam aku berjaya menjawab kesemua soalan dengan begitu yakin sekali &%%#$%$%.Dari atas sudah kelihatan kelibat Aina dan kedengaran suaranya. Begitu berhati2 aku menuruni tangga exam hall d lobby library Uniten itu,gayat aku.Ketika di 2nd floor, Aina sudah mula perasan kewujudan aku di situ, so bermula lah drama,apabila dia terus berlari meninggalkan baba dia, sambil menangis tak ingat punya, bergema lobby tu dengan teriakan nyaring Aina. Semua disitu melihat perilaku dia, yg seperti kehilangan seorang mama.


Mr Hubby membuat laporan,sebelum tu dia sudah mula mencari2 aku,tetapi mungkin disebabkan dia sembunyikan perasaan untuk menangis..tu yang bila nampak jer aku..habis diluahkan perasaan dengan teriakan anak kehilangan ibu.

sambungan

No comments: