Rules No 1 : Start with draft,outline the point. Jumpa lecturer atau bincang dengan member.Kalau dah last minute baru terhegeh-hegeh nak buat draft tak payah lah yer, sure ntah apa2 idea yg keluar nanti.Dapat jer topic,terus outline the key point. From draft dari situlah kembangkan idea,search and google bantuan yg diperlukan.Ambil key point jer then baru kembangkan.
Rules No 2 : Brainstorming ! Perah otak tu keluarkan idea.Kumpulkan dulu idea2 yg mencurah-curah tu before u start writing.
Rules No 3 : Check ur grammar, at least itu cara nak menunjukkan tahap kepintaran anda dalam menulis.Agak-agak kalau ayat lintang pukang ,apa persepsi orang yang membaca tu? Lu fikirlah sendiri... (ayat dalam blog jangan diamalkan / dijadikan panduan
Rules No 4 : Bila dah siap draft tu dengan idea2 yg bombastic, better jumpalah ur lecturer dulu.....confirm boleh pakai idea tu..start ur writing.
Rules No 5 : Don't just copy paste ! Olah ayat tu mengikut kreativiti anda!----> kalau dah ambil idea orang jangan lupa kan orang itu ,letak rujukan dari mana sumber tu u all dapat.Lagi banyak lagi bagus,tu tandanya u all ada usaha mencari maklumat dan buat kajian.
Rules No 6 : Please ikut format yang sudah ditetapkan.Jangan syok sendiri jer yer,ingat nak tulis surat cinta untuk awek?
Rules No 7 : Twin assignment elakkan! Taulah cari maklumat sama-sama,cari idea pun bersama-sama juga, tapi bila hantar report dari muka depan sampai muka akhir pun sama,urm agak2 lepas tu apa akan jadi yer?
Rules No 8 : Kemas ! Sedap mata memandang dan tersusun. Kekemasan kerja anda amat penting.Mana tau,kalau lecturer tu baik hati,jatuh cinta dengan kekemasan anda,extra bonus di situ.
Rules No 9 : On time ! Due date perlu di patuhi. Itu wajib.Macam saya sendiri memang pantang student hantar assignment lambat......nak reject kesian,so terimalah dengan hati yang panas membara.So,faham2lah tang markah tu yer.
Rules No 10 : Ingat ! jangan meniru 100%. Gunakan kebijaksanaan anda sewajarnya!
Nota Kaki : Ha,kan dah merapu lagi malam ni...gara-gara menanda assignment lah ni.
No comments:
Post a Comment