Tuesday, February 22, 2011

Tiada Hukum Khusus Bersanggul Tinggi

Credit info : Soal Jawab Agama Harian Metro

ALLAH menetapkan cara bergaul, berpakaian dan berhias yang terbaik di dalam al-Quran sama ada bagi kaum lelaki atau perempuan yang beriman.
Bagi lelaki, Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan." (Surah al-Nur ayat 30).

Manakala bagi wanita Allah berfirman yang bersambung dengan ayat di atas: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah al-Nur ayat 31).
Setiap lelaki dan perempuan mukmin hendaklah mematuhi suruhan Allah di atas. Hukum bersanggul bagi wanita pula, tiada larangan khusus mengenainya.

Dengan kata lain, ia masih dibenarkan apabila memenuhi syarat berpakaian bagi seorang wanita itu berada bukan bersama mahram dan di luar rumah seperti menutup aurat, tidak menampakkan tubuh badan (tidak ketat) dan tidak menarik perhatian ramai.

Ini kerana cara berpakaian yang membuka aurat, ketat dan menarik perhatian ramai dan seterusnya bergaul bebas antara lelaki dan wanita bukan daripada ajaran Islam.
Namun terdapat hadis yang menyentuh persoalan akhir zaman dengan masyarakat manusia mula melupai ajaran agama. Mereka tidak menghiraukan tata cara bergaul dan berpakaian yang diajar agama.
Mereka lupa tanggungjawab untuk mendidik keluarga dengan ajaran agama. Ini berlaku sama ada kepada kaum lelaki atau wanita.
Contohnya, Rasulullah bersabda: "Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat." (Riwayat Ahmad).
Seterusnya: "Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini." (Riwayat Muslim).
Hadis ini perlu difahami secara umum dan dalam konteks tertentu seperti di atas. Ia bukan boleh dijadikan asas hukum wanita bersanggul tinggi semata-mata.
Ini kerana hadis berkenaan menceritakan wanita-wanita terlaknat kerana mengabaikan ajaran Islam. Begitu juga dengan kaum lelaki yang disebutkan di atas. Walaupun begitu, kita hendaklah berwaspada supaya tidak melakukan perbuatan sedemikian.

Nota Kaki : Peringatan untuk diri sendiri juga.Erm...camner dgn sanggul palsu pulak erk?


4 comments:

sisdee said...

kdg2 conpius yg mana satu betul yg mana satu salah...kan... emmmm

rohaadam said...

memang konpius....xperlah yg penting niat kita :-)

aisyahalya said...

kalau ikut penjelasan.. rasanya dlm kategori haram jugak.. tapi kita kena semak semula dgn org yg arif ttg agama dan hukum hakam... silap letakkan hukum kita yg dosa....

rohaadam said...

aisyahalya:yups rujuk pada yg lebih arif adalh langkah yg terbaik