Wujudnya pelbagai laman sosial zaman la ni,lagi lah senang kita lihat ,kita dengar, kita baca,pelbagai pekung didada. Baik buruk atau yang baik macam-macam ada. Saya pun salah sorang daripada nya, blog ni pun salah satu uinsur mendedahkan kelemahan atau kekuatan yang kita ada. Oleh itu gunakanlah sebaiknya, teknologi yang kita ada.
Janganlah,masing-masing nak berlumba2 menunjukkan diri masing2 tu perfect.
Ingat yer anak-anak pesan tok nenek kita " Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk" semakin banyak ilmu kita,orang itu semakin merendah diri. Pi lantaklah org nak kutuk ker apa, yang penting kita jgn kutuk dia balik, puji dia --->kata rendah dirikan (kalau org yg kutuk tak sedar juga kita dah cuba merendahkan diri , time tu lah ) "Biar putih tulang,jangan putih mata"rela korbankan nyawa drp menanggung malu,
Apapun ingatlah, walau macam mana sekali pun ketidakpuasan kita pada seseorang "Buanglah yang keruh,ambil yang jernih!" dan ingat! bila masing-masing tak nak mengalah " Kalah jadi abu,menang jadi arang" faham tak ni? kedua-dua pihak yang berkelahi tadi sama-sama menanggung rugi tak kiralah sapa yg menang atau kalah,dua-dua hangus tau.
Sekian, sesi merapu saya malam ni :-)
2 comments:
aku rasa idup ni best sebab manusia yg pelbagai ragam ni la
barulah meriah dunia ni kan?
Post a Comment