Wednesday, February 9, 2011

Demam Cacar Air

Sah saya kena demam cacar.Pagi tadi dah tak tahan sangat gigihkan diri ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah,so sambung MC lagi hari sampai Jumaat.Bintik mereh tu dah menular satu badan dan yang tak syoknya muka pun sama!
Badan duk miang gatal ni, janganlah sampai menjangkit kat kanak-kanak ribena.Nak tidur tak boleh.....TV pun tak larat nak tengok ni.Bosan pulak.Kerja kat office tu melambak,dengan kelasnya, student test lagi...uwaaaaa!!!!!!!!!!

Sedikit info tentang demam cacar ni :

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

2 comments:

Drunbella Khoo said...

uish.
get well soon sis.
=_='
jangan makan makanan yang gatal-gatal.

rohaadam said...

ok..thanks ya!