Sunday, February 13, 2011

Style Belajar Kanak2 Ribena.

Setiap petang, bila sampai jer rumah,tempat yang dituju Aina terus melekat kat meja dengan homework dia.Kalau tak ditegur boleh sampai berjam2.Mama dia yg muntah hijau tengok kekusyukkan kanak2 ribena No1 ni study + conteng2. Baguslah tu semangat tengah membara kan,tapi kekadang poning juga,kalau setiap hari nangis time buat kerja sekolah.Mana yg dia tak reti nak buat SIAP!!!!!SEDIALAH mama dia untuk hadapi.Kalau tidak berlakulah drama air mata.Kelakar pun ada juga,sebab homework mama & anak boleh bergaduh.
Oklah meh kita study sikit gaya kanak2 ni belajar...sebab setiap dari mereka ni ada cara tersendiri.Macam kitalah dulu zaman muda2, baring sambil membaca,muzik pecah rumah pun blh study,tv on tp mata tgk buku atau buku tutup muka ZzzZZZzzzzz.

Di sini saya sertakan beberapa cara yg boleh dikongsi bersama maklumat untuk membantu anak2 kita belajar dengan cara berkesan. Saya sendiri masih mencari seberapa banyak ilmu untuk pengetahuan saya sendiri dalam mendidik anak2 supaya dapat membantu saya menjadi seorang ibu yg berpengetahuan.


Ni masa Aina (Kanak2 Ribena NO 1) 1 tahun setengah kot.

 1) Jika anak kita aktif,suka berlakon dan membuat persembahan dan menunjukkan kepada orang lain apa yg boleh dia lakukan.Suka kepelbagaian dan gemar mencuba sesuatu yg baru.

---->JENIS PENGHIBUR
Dorong kanak-kanak ini dengan mengakui dan memuji kebolehannya, terutamanya kebolehan menghibur orang lain. Beri dia peluang menjadi tumpuan perhatian dan untuk menunjukkan aksinya.

Petua Pembelajaran
  • Beri arahan yang pendek dan jelas.
  • Aplikasikan pelajarannya dalam kehidupan sebenar.
  • Berikan dia ruang untuk bergerak dan jadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan menggunakan permainan dan objek.
  • Rehat setiap 15-20 minit semasa sesi pembelajaran.


2) Jika mudah beri tumpuan di dalam kelas. Gemar sesuatu yang rutin dan konsisten.Sukakan pelajaran yang dipersembahkan secara teratur.

---->JENIS PENERBIT
Dorong kanak-kanak ini dengan mengakui dan memuji kebolehannya untuk melakukan sesuatu dengan kemas, tepat masa dan teratur. Tetapkan rutin dan jadual rancangan, dan sentiasa mematuhinya.

Petua Pembelajaran
  • Beri arahan dan penjelasan dengan cara yang teratur.
  • Tandakan maklumat penting dalam buku dan nota.
  • Jadualkan sesi pembelajaran dan jangan tukar jadual jika tidak perlu

3) Jika bersifat ingin tahu dan meneroka sesuatu yang baru.Menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah.

---->JENIS PENCIPTA
Dorong kanak-kanak ini dengan mengakui dan memuji kebolehannya untuk menemui perkara baru dan menyelesaikan masalah dengan bijak.

Petua Pembelajaran

  • Bincang dan bertukar pendapat mengenai pelajaran yang sedang diajar.
  • Galakkan dia melukis dan membuat model, dan gunakan program komputer untuk mengajar.
  • Mintanya jelaskan apa yang telah dipelajari daripada menulisnya.

4) Jenis suka membebel walaupun disuruh diam.Gemar menghabiskan masa dengan kawan2 dan suka bekerja berpasukan.

----->JENIS PENGHUBUNG

Dorong kanak2 ini menumpu kesaksamaan,nilai2 murni dan semangat berpasukan di tadika/sekolah.Hargai kebaikan dan sifat timbang rasanya.

Petua Pembelajaran



  • Galakkan dia bermain secara berkumpulan dan berbincang apa yg sedang diajar.
  • Mintanya apa yg telah dipelajari daripada menulisnya.
  • Bergilir2 membaca dengan kuat antara satu sama lain.


5) Suka mengelamun dan mengusulkan idea baru.Pendiam dan pemalu.Cenderung kepada seni lukis dan kreativiti.
----> JENIS PEMIKIR

Dorong kanak-kanak ini dengan mengiktiraf kreativitinya dan memberinya peluang untuk mempamerkan karyanya.

Petua Pembelajaran
  • Galakkan dia menconteng atau melukis gambar sambil belajar.
  • Gunakan gambar, poster atau puisi untuk menjelaskan sesuatu subjek.
  • Sediakan masa tenang untuk dia bersendirian.
BOLEHKAH GAYA PEMBELAJARAN DIUBAH?
Gaya pembelajaran boleh berubah sepanjang masa kanak-kanak membesar, disebabkan pengaruh dan faktor persekitaran. Malah, seseorang kanak-kanak boleh mendapat kaedah pembelajaran baru bila dia membesar, dan gaya pembelajarannya akan turut berubah.

2 comments:

CikSembang said...

tak tau nak masukkan kategori mana..just my 2 cents.. utk anak my roha berikan kertas kosong atau drawing block biarkan dia tulis/lukis apa dia suka.. dari kecik kita ajar dia jgn terlalu structured dgn kertas yg ada line

rohaadam said...

thanks sis..for sharing something yg insyaallah saya boleh try to my lil. doter.