Monday, February 7, 2011

Weekend Husband & Wife!

Sebenarnya,saya dah lama nak share issue ni. Cuma masa tak mengizinkan,last year memang malas tahap cipan nak update blog. So, this year dengan semangat membara, setiap hari setakat ni..blog ni dah boleh tersenyum..tuan dia dah tak lupa wujudnya blog ni yang dah berusia hampir 4 tahun.

Tup tap tup tap...dah hampir 2 tahun saya di sini di Masjid Tanah Melaka. Bulan Mei ni genaplah 2 tahun saya menabur bakti mendidik anak bangsa di sini. Selama itu lah saya berjauhan dengan Mr Hubby. So jadilah kami weekend husband & wife.Mr Hubby setia berulang setiap Jumaat dan balik semula ke KL pagi Isnin.Memang besar pengorbanan dia..setakat ni,selama hampir 2 tahun....dialah salah seorang pengguna highway KL-PedasLinggi yg setia.

Yang Bestnya Bila Berjauhan.



Mengajar saya erti berdikari ,lagi2 bila adanya 2 kanak2 ribena yang perlu saya beri perhatian.Kekadang tu menguji kesabaran juga, lagi-lagi bila saya demam atau tidak sihat.


Mengeratkan lagi hubungan kami.....jarang jumpa jaranglah bertekak kan..:-)

Bestnya bila ada dua rumah ni,mana-mana pun boleh balik,boring kat Melaka balik KL.Tapi,Melaka best juga,banyak tempat menarik yang tak habis terjah lagi ni.


 Boleh diet tau,bila Mr Hubby takde disisi automatik tak selera sangat nak makan.Tapi bila dia balik,ambik kau...urmmmmm

Yang tak bestnya pulak:



 Bila berjauhan kos pun meningkat, 2 rumah kena maitain, kos ulang alik, ko telefon & kos lain2.Boleh bikin pusing kepala tau. Erm..bilalah gov. nak kasi elaun buat org2 yang berjauhan ni erk.Hehehehehe.



Anak-anak rindu bapanya, mama nye rindu Mr Hubby nye.

Takde org nak ajak bergaduh...sunyi jer rumah lagi2 bila kanak2 ribena dah tido.Dan Mr Hubby pulak kebosanan seorang-sorang duk rumah tu.

Erm tu je kot,so sesiapa yg PJJ jugak tu ...share lah korang punya feeling yeah! Nak juga tau...:-P
Tapi ingat , bila berjauhan ni memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat! Lagi-lagi bila dah anak...so sesiapa yang berjauahn kuatkan semangat,tingkatkan kepercayaan kepada pasangan anda.InsyaAllah rukun rumahtangga.

4 comments:

CikSembang said...

sy dulu pun pernah jugak PJJ ni.. tapi setahun je..tak larat sebab sambung study pulak.. nasib baik husband dpt tukar .sabar je.. tapi kos mmg tinggi kan?

rohaadam said...

urm..kalau diikutkan memang tak larat dah..kekadang tu kesabaran menipis juga.Urm....nak buat macam mana masing2 ada tanggungjawab.

Unknown said...

memang agak tinggi la kosnya. telefon, sewa rumah, minyak, tol. fuh. lepas tu kalau nak cerita apa-apa masalah ke, good news ke, kadang2 tu sampai dah basi cerita tu baru teringat huhu.

rohaadam said...

kekadang tu pejam mata jer dgn kos2 yg terpaksa ditanggung...nak buat mcm mana?