Thursday, March 31, 2011

After 5PM,Aktiviti Ibu-ibu PJJ

Officemate saya masing-masing tengah gian mencari remis di Pantai Kg Sungai Baru Linggi Melaka. Saya yang selama ni hanya menjadi tukang makan,akhirnya terpengaruh juga dengan aktiviti after office hour depa ni.Yang kelakarnya tadi, majoriti yg pi semua ibu-ibu yang PJJ ,apa nak buat dah Mr Hubby masing-masing takde kan.....so sekali sekala boring juga duk terperap jer kat rumah.Dalam 5.30 petang tadi berkonvoi lah kami 4 kereta ke sana.

Tapi,sekali air pasang da...bahayalah sikit ombak kuat. Hasil remis pun berkurang. Tapi tetap enjoy,lagi2 kanak-kanak ribena turut serta. Anak penyu pun ada tau! Yang bahaya dan berbisa pun ada obor2.Nasib baik nampak bila obor2 tu dah sampai ke tepi pantai.Kalau kena sengat ....huh! habislahhhh.

Anak penyu mendarat!

Obor-obor (1st time tgk live)

Sakan yer Aina..pantang jumpa laut

Geng2 taska

Opsssssssss...

Ibu2 sibuk cari remis,Anak2 sibuk main pasir

Cari jgn tak cari

Nota Kaki : Enjoy the moment! Abah dorang sampai  dua tiga kali call risau anak bini pi laut tanpa dia.

No comments: