Wednesday, March 16, 2011

Debat Blogger : Cinta tak mengenal usia



Best topik ni, tu sebab nak join sekali. Cuma situasi tu sukar sikit..sebab saya ni perempuan so kena lah andaikan diri as a man.Tapi kalau diikutkan pengalaman saya sendiri, suami saya pun lebih berumur dr saya lebih kurang 10 tahun. Bezanya situasi Mr Kamikaze ni..perempuan yang lebih berusia.
Erm..tu yang menjadikan jalan cerita ni lebih sensasi..sekiranya lelaki lebih berusia dr perempuan pada saya itu normal dan masyarakat sekeliling pun tak berapa ambil peduli.Lainlah anak dara Vs atuk yang dah tua kerepot....(tu memang sensasilah).

Pendapat saya sendiri,sekiranya perempuan lebih berusia dalam linkungan 5 tahun ke bawah..tu perkara biasa.Tetapi situasi akan berubah apabila seorang lelaki mencintai seorang wanita yg seusia ibunya. Erm ....pandangan masyarakat akan mula berubah.Mungkin pelbagai spekulasi akan timbul.Kita tak boleh nak kawal mulut manusia....Niat kita yg suci murni..cinta sepenuh jiwa..itu hanya tuhan dan diri kita je yg tahu.

Orang disekeliling tak akan faham...yang mereka tahu...(jg tepi kain org).Tak salah bila seorang lelaki memilih wanita berusia...cuma kedua-duanya kena berdepan dengan risiko.Risiko untuk memahamkan org disekeliling supaya memahami dan menerima serta risiko berdepan ketidakstabilan emosi sendiri.

Cinta tak kenal siapa...cinta itu buta..siapa dapat menolak sekiranya terkena panahan cinta. Tepuk dada tanya iman jer. Kalau ditakdirkan itu dah memang jodohnya....terimalah seadanya.Pekak kan telinga dengan pelbagai anggpan org.

Anggap jer tu sebagai satu cabaran dan buktikan yang pilihan kita itu adalah yang terbaik!!!!!!!Syukur sekiaranya pasangan itu seorang yg mampu membuatkan anda sentiasa tersenyum....dan belajarnya menjadi lebih matang ....supaya lebih serasi.

So..serasikan diri seiring usia pasangan.InsyaAllah aman semuanya.

3 comments:

Umar Faruq said...

http://red-kamikaze.blogspot.com/2011/03/ramai-yang-boleh-buat-rupanya.html

Kasih Ibu Arif said...

yup betul tu org memang suka amik tahu hal kain org lain! apa pun kalau nak hidup bahagia memang jgn pk sangat apa org nak kata kann?

rohaadam said...

lumrah manusiakan,nak jer tau apa org lain buat..esp..yg dianggap bertentangan dgn kehidupan harian.Tapi bila dah terkena batang hidung sendiri,taulah pulak sonyap :-)