Monday, March 21, 2011

Rutin Harian

Waktu Sekarang ; 11.01 PM (Anak2 dah tidur) so..lega sikit nak berblogging.
Sebagai seorang ibu yg PJJ dgn Mr Hubby ( Isnin - Jumaat jer)...weekend saya lega Mr Hubby dah ada,kenalah pandai berdikari dan berani!( chewah berani lah sangatkan saya ni).

So....rutin harian saya sangatlah mengikut aturan...sebabnya senang saya nak uruskan kanak2 ribena ni.

6:15 AM : Saya dah bangun...tak sempat pun alarm hp tu nak berbunyi..automatik saya terjaga.Tak pun azan Subuh dari Surau IKBN yang mengejutkan saya.Time nilah nak sediakan apa yang patut,nasib baik baju saya & uniform sekolah Aina dah saya iron sebelum tidur. Bag nursery Aleeya pun dah siap packing.

6.40 AM :Kejutkan Aina bangun,mandi dan bersiap untuk ke Tadika.Aleeya saya biarkan lena selagi dia tak terjaga.Sebab mudah saya nak mandi dan sembahyang subuh.Kalau dia terjaga memang haru biru sikit.Dan nasib baik Aina si kakak tu  senang nak bangun pagi dan bersiap .Syukur sangat ,macam dia faham2 jer tak nak mama dia kelam kabut pagi2.Bila dah siap dengan uniform , saya buatkan dia sebotol susu dan bagi dia layan channel Ceria  (kasi ceria pagi2)sebelum van sekolah sampai. So,senang sikit saya boleh mandi dan bersiap juga.

7.15 AM : Kami turun ke Ground Floor ...sebab taska kat bawah apartment kuarters ni je.(senangkan....).Hantar Aleeya dan saya lepak2 dulu sementara menanti van sekolah Aina sampai.Tepat 7.30 AM Geng Van Sekolah Aina pun sampai.Tata ti tut Aina!

7.45 AM : Saya pun melenggang kangkung ....5 minit berjalan2 sambil menikmati dan menghirup udara segar pagi selamat saya sampai di office.Done ! Thumbprint ....dan waktu kerja saya adalah 8.00AM - 5.00 PM.

1.00 - 2.00 PM : Waktu Rehat.Kalau takde plan merayap / lunch kat luar..saya balik rumah je.Boleh juga relax2 dan kemas2 sikit rumah.Sebelum tu singgah taska sat jenguk2 kanak-kanak ribena tu.Tapi selalunya time ni dorang semua tidur.




5.00 PM : Time balik kerjalah. Saya tak terus ambil Aina dan Aleeya. Tapi balik rumah dulu mandi dan sembahyang Asar.Supaya memudahkan kerja saya juga nanti.Dalam 5.30 PM baru saya ambil dorang dari Taska.Erm....lepas tu bawa juga dorang main di taman/ just pusing2 sekitar kuarters tu je.
Saya jarang masak petang2 ni,selalunya sebelum balik just beli makanan yang dah siap dimasak jer untuk dorang.

9.00 PM : Selalunya time ni Aina dan Aleeya dah selamat ZZZZzzzzzz.Masa nilah saya gunakan untuk iron baju,kemas bag nursery,kemas rumah dan sewaktu dengannya.

Simple kan rutin saya,Isnin hingga Jumaat.Dulu susah juga nak biasakan diri sebab dah biasa ada bantuan Mr Hubby uruskan anak. Tapi bila PJJ ni, mental and fizikal kena kuat. Kena ada satu sistem yang memudahkan kita menguruskan anak2 dan pada yang sama mengawal seta menjaga keselamatan mereka.
Bukan boleh dibiar je dorang main tanpa pengawasan, lagi-lagi bergantung pada diri kita seorang untuk mengawasinya.


Nota Kaki : GA still running.Capture 5555 Total Pageviews

 

5 comments:

Fid said...

wah wha berlenggang ya bestnyaa
kami rush sini rush sana tu ada hubby tuh huhuhuhuhu

ariana said...

Kalau pandai bahagikan masa,Inshaallah semua ok kan..:)

rohaadam said...

Fid,
bila PJJ ni baru tau nak buat aturan..selama ni bila ada Mr Hubby bergantung sgt kat dia....bila duk jauh taulah pulak berdikari.Tapi syukur sgt...duduk kat sini even jauh dgn Mr Hubby....semua dipermudahkanNya.

Ariana:Saya memang kena ikut aturan,sebab tak suka terkejar2 buat kerja lain...:-)Alhamdulilah setakat ni masih mampu uruskan anak2.

MyRule said...

bestnyer..taska bawah rumah je.. tempat keja jalan kaki 5 min jek.. :P

rohaadam said...

MyRule,
yups taska dalam kawasan ni juga...under pengurusan kelab kakitangan...lagi2 bila kat kuarters je.tu yg syukur sgt :-).