Tapi yang saya maksudkan di sini adalah bila lelaki terutamanya suami-suami memasak di rumah untuk isteri dan anak-anak. Tersentuh jiwa raga si isteri bila dapat rasa air tangan suami tau.Lelaki jangan lah pulak fikir bila masuk dapur masakkan untuk keluarga dah jatuh kejantanan anda, tu semua fahaman lapuk yang harus dimansuhkan.
Mr Hubby saya? Alhamdulilah...dia yang lebih terrer memasak dari saya sebenarnya.Adusss malu beb..tapi saya tak kisah sebab saya boleh belajar dari dia..cumanya....kekadang tu saya ambil kesempatan juga.Bila mood memasak tu takder...saper lagi yg kena tolak ke dapur kan? Bukan selalu tau.....kesian juga mentang2 dia boleh memasak ..saya dera dia je yang masak..ishhhhh tak adil lahkan..kan (
Si isteri pulak.....mana nak uruskan anak, basuh sidai baju,memasak,mengemas rumah....kesian tau lagi-lagi bila si isteri tu juga bekerja spenuh masa .
Tapi,saya rasa suami zaman sekarang memang havoc,masing2 multitask...kerja-kerja isteri di rumah....petik jari jer mereka boleh buatkan?Mungkin zaman semakin berubah..masing-masing dah saling memahami dan bertimbang rasa.
Nota Kaki : Isteri-isteri sebenarnya amat berbangga sekiranya suami memahami tugas sehariannya dan ringan tulang membantu menguruskan rumahtangan.
3 comments:
suka lelaki yang pandai memasak =)
Arwah ayah sy memang pandai masak.. cakap apa saja dia boleh masak. Kalau mak sy dah tak tahu nak masak apa, mulalah arwah ayah ke dapur dan sekejap je dah keluar masakan dia...
emmm nak cakap jugak ke yang sy pun boleh masak...ahakksss.
Blog No 59 - blogcomment 2
Aisumi : Saya pun sukeeeeeee
JSS : :-) thumbs up!
Post a Comment