Sunday, March 13, 2011

Student Dulu Vs Student Sekarang (Part 1)

Saya bukan nak mencari kesalahan atau kelemahan.Cuma saya nak berkongsi pengalaman seciput yang ada. Student sekarang yang sedang membaca blog saya jangan cepat melenting ye..bukan semua yang bermasalah cuma segelintir sahaja.Zaman saya study pun dulu ramai juga yg bermasalah cuma bezanya berlainan masa dan keadaan.

Student kini semakin advance , anda sangat beruntung kerana segala-galanya tersedia didepan mata, maklumat hanya dihujung jari..bahkan kalau ponteng class pun, sure anda tak ketinggalan sekiranya rajin mencari maklumat adalah motto anda.So, ambillah peluang ini jangan sia-siakan ..gunakan sebaik mungkin segala teknologi yg ada,  bukan untuk benda2 yang terpesong dari matlamat anda sebagai seorang pelajar.

 Late 90an ,early 2000 tu zaman saya semasa study dulu...laptop bukan semua antara kami mampu untuk miliki, ingat lagi zaman tu bersepah2 CC. Kalau di UiTM dulu, port Seksyen 2 tu lah tempat kami .....berhempas pulas menyiapkan assignment(plus zaman MiRC tengah hot masa tu). Memang payah ok...lagi2 kalau musim assignment,  memang sentiasa penuh setiap ceruk cc di kawasan tu...memang mcm hampeh....sampai tengah malam kat CC pun ada.


Erm, tu baru 2 situasi yang membezakan antara 2  generasi, sebenarnya banyak lagi yang saya ingin kongsikan.Tapi biarlah dulu....just renungkan yang tersirat antara 2 situasi ini.Semoga sama-sama kita saling ingat mengingati.Syukur atas segala-galanya dengan segala kemudahan yang diberi :-)

Nota Kaki : Top up hp pun  masa tu paling murah pun RM60 ok.Mana ada RM5 macam sekarang!

6 comments:

Nora said...

dulu kalau nak beli komputer sendiri, takda RM4000 ke RM5000, jangan beranganlahhh... Internet line... setakat dapat bukak email pun rasa macam heaven :)

rohaadam said...

Nora: sekarang notebook/laptop budak2 sekolah dapat free je.....harap2 x disalahguna oleh mereka2.

bonda dadif aka akish said...

betolla tuh...

student sekang mmg sgt beruntung..

=)

rohaadam said...

Bonda :Mereka sangat beruntung..cuma sedih sikit bila apa yg ada disalhguna.

Unknown said...

oh masa tu sambil2 siapkan assignment kat cc sambil borak kat mirc. haha. sampai temu jodoh dibuatnya :)

sekarang ni kalau nampak cc rasa pelik pulak hehe.

rohaadam said...

Zety:Betui222...dulu memang addicted dgn mirc....happening!