Thursday, March 17, 2011

Bila Kanak2 Bersosial

"Mama..Nabihah mana...pergi rumah Nabihah kan?" Itulah ayat yang diulang2 sejuta kali sekiranya saya berjanji dengan dia untuk ke rumah cousin dia yg lebih kurang sebaya tu..just setahun je beza dorang.Sampai muntah hijaulah saya nak menjawabnya.Kekadang boleh meroyan saya di buatnya..dok ulang2 benda yang sama selagi tak menjejakkan kaki ke rumah close cousin dia tu.

Tapi bila dah jumpa... malu-malu kucing pulak...mula-,mula lah..tapi lepas tu  bila masing-masing  tak nak mengalah sewaktu bermain erm..pening nak leraikan.Kalau time mood baik & sopan santun je oklah....tapi kalau mood masing-masing start terpeliuk sikit..siap!Pelikkan budak-budak ni, seribu satu perangai yang perlu kita fahamkan.

Macam Aina..since lepas habis je cuti berpantang...Nurserylah rumah ke2 dia.So,maknanya...sejak berusia 3 bulan sebenarnya dia dah mula terdedah kepada kehidupan "bersosial". Hendak tak nak itulah hakikat yang perlu kita hadapi zaman sekarang....kanak2 membesar tanpa pengawasan kita lebih kurang 10 jam sehari.Dalam masa 10 jam itulah ,pelbagai perkara yang boleh dia pelajari tanpa sekatan yg sewajarnya.Pengaruh rakan sebaya dan sekeliling memang kita tak boleh elakkan. Itulah risiko utama apabila anak-anak kita mula bersosial.

Bagusnya...dalam pada mereka bersosial...akan ada satu interaksi dua hala yang boleh membentuk satu emosi semulajadi dalam diri mereka.Cuma kita sebagai parents kenalah pandai mengambil peranan membentuk semula.....sekiranya ada sedikit kepincangan sosial dalam diri anak kita. (saya pun masih belajar dan akan terus belajar dalam membentuk +ve social value dlm diri anak2 saya).


Tapi dalam kita sedar atau tidak...dalam zaman yang canggih ni social life anak kita sebenarnya telah dirampas oleh teknologi.Berapa banyak masa anak-anak kita habiskan sehari untuk melayari internet, menggunkan mp3, psp, sms dan sebagainya. Aktiviti2 inilah yang sebenarnya membantutkan aktiviti bersosial semulajadi yang ada.Yang juga boleh mempengaruhi cara mereka berkomunikasi.Tak adil juga kita nak salahkan kemajuan teknologi..cuma kita perlu seimbangkan kedua-duanya..supaya kanak-kanak sekarang tidak keliru dalam kehidupan social mereka.

Nota Kaki : Ibu bapa zaman sekarang memang berat tanggungjawabnya.....anak2 semakin advance dan jangan sampai orang lain / teknologi take over membentuk peribadi yang negatif pada anak-anak kita.


No comments: