Tuesday, March 22, 2011

Tak Salahkan bila "Lelaki Memasak"?

Lelaki memasak? Tu perkara biasa..di hotel-hotel besar pun Chef Exec. majoriti semua lelaki.....Kursus Chef Training pu la ni kebanyakkannya pun lelaki.

Tapi yang saya maksudkan di sini adalah bila lelaki terutamanya suami-suami memasak di rumah untuk isteri dan anak-anak. Tersentuh jiwa raga si isteri bila dapat rasa air tangan suami tau.Lelaki jangan lah pulak fikir bila masuk dapur masakkan untuk keluarga dah jatuh kejantanan anda, tu semua fahaman lapuk yang harus dimansuhkan.

Mr Hubby saya? Alhamdulilah...dia yang lebih terrer memasak dari saya sebenarnya.Adusss malu beb..tapi saya tak kisah sebab saya boleh belajar dari dia..cumanya....kekadang tu saya ambil kesempatan juga.Bila mood memasak tu takder...saper lagi yg kena tolak ke dapur kan? Bukan selalu  tau.....kesian juga mentang2 dia boleh memasak ..saya dera dia je yang masak..ishhhhh tak adil lahkan..kan (dalam hati.....bestnya kalau hari2 dia yg masak)



Sebenarnya..bagus juga bila suami isteri boleh masuk dan meriahkan dapur dengan air tangan masing-masing.Selain tolong-menolong dan mengurangkan bebanan kerja rumah salah seorang dapat juga mengeratkan hubungan antara satu sama lain..lagi-lagi kalau hujung minggu kan?Jangan pulak....hujung minggu je..suami terbongkang depan TV dok pegang remote ..tak pun main games. Sampai masa makan..makan..agak-agak mengantuk Zzzzzzz.
Si isteri pulak.....mana nak uruskan anak, basuh sidai baju,memasak,mengemas rumah....kesian tau lagi-lagi bila si isteri tu juga bekerja spenuh masa .

Tapi,saya rasa suami zaman sekarang memang havoc,masing2 multitask...kerja-kerja isteri di rumah....petik jari jer mereka boleh buatkan?Mungkin zaman semakin berubah..masing-masing dah saling memahami dan bertimbang rasa.

Nota Kaki : Isteri-isteri sebenarnya amat berbangga sekiranya suami memahami tugas sehariannya dan ringan tulang membantu menguruskan rumahtangan.

3 comments:

Aisumi Chan Kawa'i said...

suka lelaki yang pandai memasak =)

jomsantaisekejap said...

Arwah ayah sy memang pandai masak.. cakap apa saja dia boleh masak. Kalau mak sy dah tak tahu nak masak apa, mulalah arwah ayah ke dapur dan sekejap je dah keluar masakan dia...
emmm nak cakap jugak ke yang sy pun boleh masak...ahakksss.

Blog No 59 - blogcomment 2

rohaadam said...

Aisumi : Saya pun sukeeeeeee

JSS : :-) thumbs up!